𝗨𝗻𝗶𝘁 𝗔𝗺𝗮𝗻𝗮𝗵 ( 𝘂𝗻𝗶𝘁 𝘁𝗿𝘂𝘀𝘁 ) 𝗕𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴 𝗞𝗲 ?

Soalan yang akan mula mula di tanya oleh kita orang biasa kepada perunding unit amanah apabila mereka selesai penerangan.

Jawapan yang pelanggan perlu tahu adalah setiap instrumen pelaburan datang bersama risiko. Risiko itu boleh rendah dan tinggi berdasarkan jenis dana yang di laburkan.

Insyaallah saya akan kongsikan berkaitan risiko pada hantaran yang seterusnya. Bagaimana kita boleh padankan risiko yang bakal di hadap dengan kemampuan diri kita untuk menyerapnya.

Hari ini cikAliff mahu kongsikan bagaimana untuk membaca penyata asas pelaburan kita, Untung atau belum sekarang ini? Boleh minta dengan perunding masing masing untuk tangkap layar ini.

 

unit trust statement reading

Berdasarkan gambar di bawah, terma dan apa yang kita pelabur kena tahu.

A. Nombor akuan Pelaburan kita sama seperti akaun bank. Ini adalah nombor akaun kita bersama dengan syarikat pelaburan ( fund house).

B. Nama pelabur, bila di berikan tangkap layar pastikan ia adalah nama kita dengan ejaan yang betul serupa di kad pengenalan kita.
Kesilapan ejaan boleh menyukarkan proses menambah atau mencairkan unit.

C. Nama dana yang kita laburkan, jika 1 ada satu sahaja nama, jika ada yang lain ia akan tertera ke kotak yang bawah.

Nama dana yang tertera adalah nama dana yang kita labur di dalam fund house yang sama. Jika dana berlainan fund house boleh rujuk tangkap layar portal fund house itu.

Selain itu kita juga dapat melihat keseluruhan dana yang kita labur di syarikat berbeza di portal app kwsp kita.

D. Pelan Pelaburan, cuma ada 2 sahaja. Sama Tunai ( Cs) atau kwsp ( epf ). Boleh melabur menggunakan akaun 1 anda di bawah had yang dibenarkan oleh kwsp.

E. Jenis mata wang yang digunakan. Ada fund house yang membenarkan penggunaan mata wabg berbeza mengikut dana yang di beli. Contoh selain mata wang malaysia adalah mata wang singapura.

F. Jumlah perlaburan yang sudah di keluarkan untuk pelaburan ini ( baki terkini) . Dari awal sehingga kini. Termasuklah yang di tambah atau yang dikeluarkan.

G. Harga Kos. Ini adalah harga terkini di pasaran dana yang kita laburkan.

H. Jumlah unit yang kita ada. Di dalam unit amanah, kita menyimpan unit. Setiap duit yang di laburkanakan di tukarkan dalam bentuk unit. Setiap dividen atau pembahagian pendapatan ( income distribution) di berikan berdasarkan unit yang ada.

I. Harga NAV . NAV adalah singkatan Net Asset Value, yang bermaksud Nilai aset Bersih.
Bermakna nilai unit kita yang sudah laburkan sekarang untuk seunit.

J. Tarikh harga unit & kenyataan pada tangkap layar di bawah.

K. Jumlah harga unit yang kita sudah beli setakat ini.

Bersambung…

Jika kita belajar sesuatu daripada post ini mohon di sebarkan kepada rakan kita supaya lebih ramai yang faham tentang pelaburan yang mereka lakukan.

Aliff shanusi
AS RHB Asset Management SB.

Share
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *