Awak Kerja Apa?

Tengah hari tadi cikAliff sempat singgah ke pejabat pos untuk melaksanakan beberapa urusan.

Alhamdulillah selesai semuanya seperti yang di rancang.

Apa yang menariknya untuk dikongsi adalah perbualan cikAliff dengan seorang pelanggan pejabat pos yang mahu mengunakan perkhidmatan disana.

Perbualan bermula apabila bayi berusia 7 bulan itu mula memengang dan menarik baju cikAliff seolah olah menyapa untuk ajak bermain.

CikAliff membalasnya dengan senyuman kenyitan kedua dua belah mata. Bayi itu pon senyum kembali. Bayi kacukan tionghua ipoh mali ini bersama darah indonesia sangat comel bila tersenyum.

Bapanya pula membalaskan senyuman dan perbulan bermula dengan cikAliff menanyakan asal beliau. Beliau memberi tahu bahawa beliau berasal daripada pantai remis ipoh dan sudah lama menetap di johor.

Perbualan berbalas sehinggahlah beliau bertanyakan kerjaya cikAliff, you kerja mana?

I kerja sini sahaja, sambil menghulurkan kad Perniagaan Takaful kepadanya , ” I buat Prudential takaful.” Ooo insuren ha? Balas beliau.

CikAliff membalas senyuman. I sudah ambil satu keluarga dengan Great Eastern, semua ambil dengan orang yang sama. Terbaik sambil membuat cap jempol ๐Ÿ‘ kepada beliau. Isteri u sudah ada , cikaliff membalas.

Dia tidak mahu ambil, dia tidak percaya dengan insuren. Sambil bercerita tentang pengalaman keluarga isterinya yang tidak dapat menuntut pampasan dan beberapa lagi hal kaitan sikap perunding dari seberang itu.

Cikaliff hanya membalas dengan anggukan sambil berkata dalam hati yelah, mana mana pon perunding mainkan peranan.

Beliau menyambung, dulu ambil sama Company ABC, Bila mahu pakai itu orang sudah tak buat. Kalau sudah tak buat bagi tahulah, suruh orang lain jaga.

Kita ambil sama perunding biar ada orang jaga, ada orang tolong bila mahu pakai, bantu claim, nada sedikit tegas. Itu bank bank call ha, memang murah tapi kita tanya sama mahu tolong bila mahu pakai? Bank jawab sendiri buat. Ahahahha. Beliau ketawa pula .

Ini duit sikit bagi perundinglah kasi jaga sama kita. Nanti kita ambil lagi tambah lagi kasi dia boleh jaga kita.. beliau senyum.

Beliau bersambung lagi, selepas insiden yang membolehkan tuntutan insuren di buat kepada diri beliau barulah isterinya percaya. Tapi waktu itupon beliau sudah ambilkan awal awal untuk isterinya. Wah sayang sama isteri you ha.. cikAliff mencelah.

Beliau ketawa, tapi riak mukanya serius secara tiba tiba. Siapa mahu tolong kita kalau kita susah?

Kalau kita mahu pakai duit nanti sakit?

Ini insurenlah tolong, bayar sikit nanti dia tolong kita. Kita riaknya kembali ceria.

Cerita kami berubah kepada hal keluarga apabila anak anak yang lain tiba bersama isteri beliau. Setelah beberapa ketika perbulan kami terhenti apabila nombor giliranya dipanggil. Kami berbalas senyuman.

Itulah cerita tengahhari tadi di pejabat pos.

ALIFF SHANUSI

#inspirasisosial

Author: Aliff Shanusi

Alumni USM Penang, Major Di Dalam Pengurusan Dan Minor Psikologi. Seorang Shariah Wealth Advisor suka berkongsi ilmu kehidupan dan kewangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s