Siri 1: Pengurusan CashFlow

Cashflow, atau dalam bahasa melayunya adalah aliran tunai keluar masuk tunai kepada kita atau kepada perniagaan kita.
Dalam pengurusan CashFlow (CF) kita akan membincangkan tentang 2 perkara asas :-
A. Aliran Masuk ( pendapatan/income)
B. Aliran Keluar ( perbelanjaan /expenses)
.

A. Aliran Masuk ( pendapatan/income).

.

Pendapatan adalah sesuatu nilai yang kita perolehi daripada sesuatu pekerjaan atau keuntungan daripada sebarang aktiviti pelaburan yang kita lakukan.

.

Contoh sumber sumber pendapatan adalah :-

1. gaji,

2. elaun,

3. bonus,

4. token,

5. dividen,

6. pulangan,

7. interest,

8. royalti,

9. komisyen,

10. Profit

11. Pampasan

12. Derma / pemberian/ hadiah tunai.

13. Kupon

Dan sebagainya selagi mana ia mendatangkan keuntungan kepada kita.

Soalan : Berapa sumber pendapatan yang kita ada?

Penting bagi kita memahami dan mengetahui sumber sumber pendapatan kepada diri kita, terutamanya bagi seorang suami atau pencari nafkah bagi sesebuah keluarga.

Kegagalan atau kehilanggan sumber pendapatan adalah suatu bencana kepada diri kita dan juga keluarga.

Berapa nilai/ wang yang di bawa balik setiap bulan?

Setelah mengetahui sumber sumber pendapatan kita, langkah ke 2 adalah berapa jumlah yang kita ada.

Penting mengetahui jumlah yang kita bawa balik bagi melaraskan dengan kegunaan dan perbelanjaan bulanan pula.

Gaji kasar : adalah gaji yang diterima manakala gaji bersh adalah gaji yang sudah di tolak dengan komitment seperti kwsp,socso dan sebagainya.

.

B. Aliran Keluar ( perbelanjaan /expenses)

Perbelanjaan adalah belanja yang perlu dikeluarkan / dibayar bagi mendapatkan keperluan asas dan memenuhi kehendak kehidupan.

Contoh asas perbelanjaan bagi sesebuah keluarga atau individu seperti :-

1. Tempat tinggal ( securiti)

2. Makanan

3. Utiliti ( elektrik, air, telepon )

4. Kenderaan ( bayaran bulanan, minyak, toll)

5. Hutang/ loan

6. Sedekah/ nafkah keluarga

7. Yuran penjagaan anak

8. Pendidikan

9. Cukai

10. Hiburan

Dan sebagainya yang memerlukan kita mengeluarkan tunai untuk mendapatkan sesuatu perkidmatan atau pon barangan.

Pendapatan – Perbelanjaan = baki ( +ve @ -ve )

Perbelanjaan yang sepatutnya mewakili maksimum 60% daripada jumlah pendapatan bulanan kita. Itu di gelar sihat.

Memang di zaman kita susah untuk mengawal pebelanjaan, lebih lebih lagi jika sudah bekeluarga atau tinggal dalam keluarga yang besar, akan tetapi untuk mendapatkan lebihan pendapatan itu yang kita kena laksanakan.

Jadi bagaimana caranya.?

1. Mengawal perbelanjaan.

Seperti biasa dan asas adalah dengan mengawal perbelanjaan. Senaraikan keperluan asas yangnperlu di dahulukan.

Tangguhkan kehendak dan perbelanjaan tidak penting.

Tuan puan boleh amalkan tip top penjimatan dan yang menarik mengunakan teknik games untuk berjimat.

Follow : t.me/aliffshanusichannel untuk lebih banyak tip penjimatan.

2. Tambah pendapatan.

Tambah lebih banyak aliran dan sumber pendapatan. Anda juga boleh membuat kerja sambilan atau menggunakan hobi dan kemahiran untuk mendapatakan duit.

Adakah anda belajar sesuatu?

Like| Share | Comment | kepada kawan kawan untuk sebarkan lebih banyak manfaat.

Aliff shanusi

Sahabat kewangan anda.

#cashflow #belajarbasic

Author: Aliff Shanusi

Alumni USM Penang, Major Di Dalam Pengurusan Dan Minor Psikologi. Seorang Shariah Wealth Advisor suka berkongsi ilmu kehidupan dan kewangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s