Deklarasi harta sepencarian

Setiap wanita itu ada bahagiannya didalam pengurusan harta pusaka.

Sebagai seorang ibu, anda berhak mendapat 1/3 jika belum mempunyai cucu dan 1/6 jika sudah ada.

Sebagai anak perempuan kita perlu tahu bahagian kita 1/2, 2/3 dan asobah.

Manakala sebagai seorang istri kita hanya layak menerima 1/8 sahaja daripada keseluruhan harta suami dan berkongsi dengan madu yang lain jika ada, 1/16, 1/32 dan 1/64 jika madunya 4.

Di sini hadirnya deklarasi harta sepencarian. Sebelum kita pergi jauh lagi pembincangan kita mari kita fahami apa itu definisi ” HARTA SEPENCARIAN”.

HARTA SEPENCARIAN : Segala Harta yang di perolehi oleh suami dan isteri semasa perkahwinan yang sah, termasuklah secara langsung atau tidak.

Sumbangan secara langsung seperti memberi modal, kerja bersama, usahakan bersama jika perniagaan dsb.

Sumbangan tidak langsung seperti sokongan moral, emosi dan masa sepanjang tempoh perkahwinan.

Selain itu harta sepencatian juga merangkumi Harta yang diperolehi sebelum berkawin seperti rumah contohnya dan diusahakan mengandakan nilai dan penambahbaikkan bersama atau oleh pasangan.

Bila kita perlu menuntut harta sepencarian?

Kebiasaannya harta sepencarian di tuntut selepas penceraian atau pembubaran perkahwinan. Selain itu tuntutan du buat terhadap harta pusaka si mati.

Dalam dua keadaan ini harta sepencarian akan dituntut dengan menyatakan segala sumbangan termasuk bukti kepada pihak Mahkamah.

Jika semua bukti dan tuntutan dapat dinyatakan, mahkamah mudah menyelesaikannya .

Situasinya bila tiada bukti dan penyataan yang disediakan oleh penuntuk menyebabkan banyak tuntutan menjadi batal.

Deklarasi Harta sepencarian?

Deklarasi harta sepencarian bukanlah satu benda yang baharu malah dibarat sudah lama mempraktikkan perkara ini.

Seperti Robert dan Kim kiyosaki. Pasangan ini membuat deklarasi harta peribadi sebelum mereka berkahwin. Yang mana pihak sesama pasangan tidak boleh menuntut harta pasangan mereka jika mereka bercerai atau mati.

Begitu juga harta sepencarian. Pasangan yang melakukan perkara ini adalah tanda ikatan kasih sayang sesama pasangan mereka.

Kenapa cikAliff berkata begitu?

Deklarasi harta ini membuatkan proses pembahagian harta dan tuntutan menjadi mudah sekiranya pasangan meninggal dunia, ini yang pertama.

Yang keduanya adalah soal keselamatan ( security) kepada isteri. Hak anda akan terbela jika suami ingin berpoligami.

Ha disinilah pentingnya deklarasi harta sepencarian, pastikan suami dan anda berbuat demikan sebelum menandatangani borang kebenaran berpoligami.

Surat ikatan hak adalah salah satu khitmat daripada Assalihin Trustee yang berfungsi sebagai satu kontrak meletakkan hak kepada pasangan terhadap harta yang dipersetujui.
Jika pasangan meninggal, harta tadi tidak perlu di letakkandalam senarai harta pusaka yang perlu di bahagikan. Pasangan terus menjadi pemilik multak terhadap harta tadi.
Menarik?
Ada sebarang pertanyaan tentang harta sepencarian dan menguruskannya?
Boleh dm cikAliff terus di sini > t.me/aliffshanusi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan memberikan pengetahuan kepada yang perlu.

Aliff shanusi
Terima kasih sudi membaca.

 

Adobe_Post_20181111_072800

Author: Aliff Shanusi

Alumni USM Penang, Major Di Dalam Pengurusan Dan Minor Psikologi. Seorang Shariah Wealth Advisor suka berkongsi ilmu kehidupan dan kewangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s