Tabung Tayar

#TabungTayar101.

Semalam cikAliff tukar 2 biji tayar sekali. Kedua duanya di sebabkan bocor dan satunya koyak dibelah tepi dan tidak dapat ditampal.

Biasa bagi mereka yang kerap dan memang menggunakan kenderaan seharian perkara ini memang dijangka akan berlaku. Setuju?

Kenapa kena tukar tayar?

Biasanya tayar bocor dan tidak boleh ditampal atau bocor di bahagian tepi. Ada juga di sebabkan tayar sudah ‘botak’ dan bunga sudah habis. Selain tayar rosak , kembung atau tidak rata pembukaannya.

Di sini pentingnya ada tabung tayar. Tabung ini khas digunakan untuk menukar tayar sahaja.

Kebiasaannya mereka menggabungkan tabung tayar dengan tabung emergency. Ya boleh. Tapi jika ada spesifik lebih baik.

Contoh bagi kereta malaysia seperti persona, wira, saga dan seangkatan dengannya saiz tayar yang digunakan ada saiz 15. Harga bagi sebiji tayar anggaran 170 ke 250 mengikut kualiti dan jenamanya.

Contoh kita ambil purata sebihi tayar rm 200. Dan kita memerlukan 4 biji kebiasaannya kerana belum ada kenderaan 3 tayar lagi di malaysia.

Rm 200 x 4 = Rm 800.

Jadi perlukan anggaran rm 800 setahun untuk tayar kita.

Jika Rm 800/ 12 bulan , bermakna sebulan kita perlu menyimpan Rm 67 ke dalam tabung tayar ini.

Kita beranggapan tayar tidak akan rosak dan hanya perlu di tukar pada tahun berikutnya.

Jika berlaku kerosakkan berkaitan tayar gunakan fuit didalam tabung ini. Menampal atau menukar.

Jika tayar rosak, di sarankan menukar 2 biji sekali gus untuk membolehkan tayar di rotate penggunaannya depan dan belakang .

Dan yang pasti berkaitan keselamatan , tayar bahagian hadapan perlu sama untuk aligmen kereta yang baik.

Oleh kerana tabung tayar cikaliff belum cukup semalam, cikaliff mengambil initiatif mendapatkan tayar 2nd.

Ada beberapa tips mendapatkan tayar 2nd yang bagus. Dan alhamdulillah cikAliff dapat 2 biji tayar pada harga rm 60 sebiji dan bunganya masih tebal.

Jadi bajet tak “burs” untuk perkara lai dan duit dalam tabung tayar digunakan.
Ada belajar sesuatu?
Insyaallah cikAliff akan kongsi tips tayar 2nd yang baik untuk tujuan kecemasan. Semoga perkongsian ini bermanfaan, teruskan membaca di t.me/celikwang101 untuk lebih info kehidupan.

#Celikwang101 by #Aliff shanusi.
Berbelanja ikut Diri sendiri.

Adobe_Post_20181113_095802.jpg

Author: Aliff Shanusi

Alumni USM Penang, Major Di Dalam Pengurusan Dan Minor Psikologi. Seorang Shariah Wealth Advisor suka berkongsi ilmu kehidupan dan kewangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s