Bagaimana Caranya Tukar Nama Pemilik Kereta?

Tukar nama pemilik?

Ada pelbagai sebab untuk menukar nama pemilik lama kenderaan kepada pemilik baharu. Antara sebabnya adalah jual beli, pemberian hadiah, hibah dan juga kematian pemilik asal kepada kenderaan. tidak kisahlah kenderaan apa jenis pon yang penting memerlukan pembaharuan cukai jalan dan insuren/takaful kenderaan.

Kelmarin pelanggan Cik Aliff bertanya, macam mana saya mahu tukar nama saya pada kereta yang saya pakai sekarang?

Cik Aliff bertanya kembali, maaf tuan, cik Aliff hendak bertanya kereta ini milik tuan atau orang lain tuan?

kereta ini milik saya dan mahu tukarkan kepada anak saya yang pertama. di sudah mula bekerja dan perlukan kereta untuk tujuan pengangkutan. Jika guna grab memang mudah tapi kos hariannya agak tinggi. lagipon dia sudah ada lesen memandu, biar dia pandu nanti bersawang pula lesennya.

Jika masih hidup mudah tuan yang bijaksana, cik Aliff menyambung.

Cara Ringkas Menukar Nama semasa Hidup.

  1. Pastikan kereta sudah milikan penuh ( bebas Hutang).
  2. pemilik kereta perlu kereta ke PUSPAKOM untuk di inspection , kosnya bernilai RM 35++ dan perlu mengisi borang B5.
  3. pemilik kereta dan bakal pemilik boleh hadir secara serentak atau berasingan ke JPJ.   pemilik kereta perlu mengisi  Borang JPJK3(Pind. 1/2014) – Borang Penyata Pertukaran Milikan Kenderaan Motor Secara Sukarela Oleh Pemunya Berdaftar/Pemunya Baharu.
  4. selesai mengisi borang dengan lengkap pemohon boleh ke kauter untuk pengesahan thumprint oleh pegawai bertugas.
  5. Setelah selesai, pemohon akan mendapat slip Rujukan Tukar Hak Milik.
  6. Selepas proses thum print berlaku, semua insuren/takaful kenderaan dan roadtax akan terbatal.
  7. Pemilik kereta baharu perlu membawa dokumen seperti berikup bagi tujuan thumprint pemilikan kereta baharu itu,  ic pemilik lama, slip keputusan inspection puspakom, geran asal, dan slip Rujukan Tukar Milik (thumprint pemilik lama).
  8. Setelah urusan thumprint selesai, perlulah    pemilik baharu memperbaharui roadtax dan juga insuren/takaful kenderaan untuk kenderaan tadi.
  9. selesai.

 

Mudah sahajalah sebenarnya untuk proses tukar nama ini. ingatkan susah mana. jawab pelanggan cik Aliff.

Betul, bukan susah mana pon. jika pemilik lama dan baharu datang sekali, sehari atau 2 semuanya selesai. tapi tuan itu jika pemilik kereta hidup. Cuba Bayangkan jika pemilik dah tiada?

Roadtax dan insuren/takaful kenderaan boleh aktif 6 bulan sahaja. selepas itu sudah tidak boleh tuan. tersadai kereta tidak boleh pakai. jadi besi buruk .( sambil buat muka cebik).

Senyum kelat, pelanggan cik ALiff tadi. dia sambung…

Habis macam mana nak urus?

Ada 2 cara tuan. yang pertama cara paling mudah dan yang kedua cara yang mungkin menyusahkan.

Macam mana tu cik Aliff?

Cara Paling Mudah Uruskan Penukaran nama pemilik kereta selepas Meninggal dunia.

  1. Dapatkan Surat Kuasa ( klik: Bagaimana untuk dapatkan Surat Kuasa) daripada mahkamah.
  2. langsaikan hutang kereta jika masih ada ( baca: cara mudah langsai Hutang)
  3. dapatkan pelepasan geran dari bank, atau bawa geran asal.
  4. bawa kereta untuk di inspection di puspakom
  5. hadir ke Jpj untuk proses penukaran nama.
  6.  tukarkan nama kepada pemilik (waris) yang dinyatakan didalam distribution order (sijil faraid).
  7. Selesai.

 

APa Risiko Kita Gunapakai Kereta yang Belum tukar nama setelah pemiliknya sudah Meninggal?

1. di segi syarak kena minta izin waris yang lain, atau perlepasan hak kepada harta tadi. takut jatuh berdosa jika mereka tidak izinkan.

2. dari segi undang undang,boleh tiada masalah selagi roadtax dan takaful di perbaharui.

3. yang menjadi masalah adalah, jika berlaku kemalangan, bagaimana nak buat tuntutan Takaful kenderaan sedangkan pemilik sudah meninggal?

4. Jika tuntutan lulus, duit tadi akan di masukkan kedalam akaun arwah dan akaun arwah sudah pula di bekukan setelah 3 hari meninggal sudah satu hal lagi.

Garu kepala pelanggan cik Aliff sambil senyum, secara asasnya masalah  pelanggan cik ALiff sudah selesai untuk kereta pertama beliau, cuma 2 lagi kereta belum habis bayar dan masih atas namanya lagi.

Parah juga waris kena cari duit sedebuk atau bulan bulan untuk selesaikan hutang kereta sebelum dapat tukar nama. itu belum urusan surat kuasa dan sijil pembagian faraid.

 

Urus harta semasa hidup dengan cermat dan rancang pengurusan pusaka dengan berkhemah.

untuk Tujuan Konsultasi, Perancangan HIBAH, HIBAH AMANAH DAN TAKAFUL serta WASIAT. Bolehlah berhubung dengan Link Dibawah : http://AskForAdvice.wasap.my

insyaALLAH Team Cik Aliff Akan bantu untuk sediakan maklumat dan penyelesaian terbaik.

 

Adobe_Post_20181218_140613

Author: Aliff Shanusi

Alumni USM Penang, Major Di Dalam Pengurusan Dan Minor Psikologi. Seorang Shariah Wealth Advisor suka berkongsi ilmu kehidupan dan kewangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s