ASB: Untung ke?

Asb: bila Announcement semalam dibuat. Ramai yang dm mahu mulakan semula melabur di ASB.

UNTUNG ke melabur di asb?

Teruskan membaca perkongsian ini.

Asb adalah sebuah dana pelaburan di bawah Asnb yang dikelolakan oleh PNB, Permodalan Nasional Berhad iaitu salah sebuah syarikat GLIC.

Ada beberapa dana lain di bawah Asnb. Cuma yang menjadi perhatian dan perbahasan adalah ASB. kerana hanya dibuka kepada bumiputera dan Orang melayu sahaja. Tambahan pula pihak bank dan syarikat kewangan memberikan jamilan pinjaman untuk pelaburan ininpada kadar pulangan yang berpatutan tidan pada pelaburan lain.

Walaupon terdapat beberapa dana lain yang boleh di labur oleh bukan bumi dan rakyat malaysia yang lain di bawah ASNB. ASB memberikan pulangan sekitar 4 – 8 % menjadikan ia di cemburui kepada kaki pelabur bukan bumi.

Terdapat juga dana dana di bawah Asnb yang boleh di labur menggunakan wang Epf kita. Tanpa tunai atau pinjaman. Bumi atau bukan bumi juga boleh melabur dan pulangannya sekitar 3-5% setahun. Benar, pulangannya agak rendah tapi selamat dan hampir konsisten.

Berbalik kepada perbincangan ASAS kita.
Adakah melabur di Asb untung?

Bagi pendapat personal cik Aliff, melabur di asb adalah Menguntungkan jika kena caranya dan matlamat kita jelas. Dan pelaburan ini selamat setakat ini kerana dana daripada pelaburan ini di laburkan didalam projek projek kerajaan serta pulangan yang konsisten.

Kenapa matlamat pelaburan mesti jelas?

Ada 2 ketogeri yang menyertai Asb ini. 1 cik Aliff gelarkan penyimpan dan yang ke 2 adalah pelabur.

Pelabur secara konsistem melabur setiap kadar masa yang mereka tetapkan kedalam Akaun asb mereka untuk tujuan mendapatakan pulangan tahunan. Tidak kisahlah bulana, suku, setengah atau setahun sekali.

Ada juga pelabur yang membuat pembiayaa pinjaman untuk melabur, jika mereka menggunakan fasiliti pinjaman Asb, ia bagus jika bukan seperti personal loan, itu merugikan. Kerana pembiayaan asb berbeza kiraan akhir hutang dengan personal loan.

Ketogeri penyimpan pula adalah mereka yang masukkan duit dan keluarkan semula pada tempoh tempoh tertentu dan tidak mengharapkan pulangan tahunan yang konsisten. Mereka lebih bersifat jangka pendek dan terhad.

Adakah kita mampu menjadi jutawan dengan Asb?

Ini agak mustahil, akan tetapi setelah berjumpa dengan beberapa senior dan pelanggan sepanjang perjalanan kerjaya sebagai perunding. Cik Aliff sudah bertemu dengan mereka yang mempunyai lebih 1 juta simpan dan pelaburan di asb dan dipelbagaikan ketempat lain seperti hartanah.

5. rahsia yang cik Aliff dapat kongsikan.

1. Matlamat pelaburan yang jelas.
2. Kesabaran dalam mencapai matlamat.
3. Perancang dan mendapat nasihat yang jelas.
4. Memahami konsep ( 72/ x ).
5. Back up plan.

Ke 5 lima perkara ini mesti ada dalam diri seorang pelabur. Baru kita menikmati hasil pelaburan tadi.

Bila ia akan mencapai 1 juta ( rahsia 4 konsep 72/x) dan adakah duit pelaburan itu akan digunakan jika berlaku kecemasan ( rahsia 5) dan adakah matlamat pelaburaan contohnya untuk persaraan ( rahsia 1) boleh tercapai setelah pelaburan kita di sentuh kerana kecemsan.

Faktor faktor ini perlu di amb kira oleh kita sebagai pelabur untuk mendapatkan pulangan efektif dan menguntungkan melalui ASB.

Dapatkan lebih banyak Tip dan perkongsian menarik di t.me/celikwang101 berkaitan asb dan cara untuk mendapatkan 1 juta untuk persaraan.

Aliff shanusi
Toward financial expert.

 

Adobe_Post_20181222_095448.jpg

Author: Aliff Shanusi

Alumni USM Penang, Major Di Dalam Pengurusan Dan Minor Psikologi. Seorang Shariah Wealth Advisor suka berkongsi ilmu kehidupan dan kewangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s