3 Komponen Utama Dalam Pengurusan Harta Secara Faraid.

Secara ringkasnya ada 3 komponen yang perlu di ketahui oleh setiap individu dalam menyelesaikan kes kes faraid.

๐Ÿ“”komponen pertama.

Mengetahui kerangka sesuatu pusaka iaitu melibatkan prosuder ASAS #faraid. Ia terdiri daripada

1. Rukun faraid

2. Sebab

3. Syarat.

4. Penghalang hukum faraid.

๐Ÿ“”komponen kedua.

Berkaitan individu individu yang berhak menerima pusaka si mati dan masih hidup sebelum si mati meninggal.

Ia terdiri daripada 3 golongan waris :

1. Ashab al- furud.

2. Asabah.

3. Dhawi al- arham.

Perincian.

*Waris ashab al – furud* ialah waris waris yang telah ditetapkan bahagian atau pecahan mereka dalam pembahagian harta pusaka menurut Al Quran, hadis, dan ijmak.

*Waris Asabah* ialah ahli ahli waris yang tidak dinyatakan bahagian mereka dalam harta pusaka sama ada melalui alQran dan hadis.

Kadang kadang mereka menerima semua harta pusaka, kadangkala pada baki pusaka dan adakalanya tiada memperolehi harta kerana harta telah dihabiskan ( dibahagi) kepada ahli waris ashab ul-furud.

*Waris dhawi al arham* ialah ahli waris yang mempunyai hubungan kerabat atau darah dengan si mati selain daripada ahli waris ashab al-furud dan asabah. Contoh cucu perempuan daripada anak perempuan.

๐Ÿ“”komponen ketiga.

Melibatkan kaedah penggagihan dan pengiraan faraid.

Ini termasuklah kaedah kaedah pembahagian dan permasalahan seperti al-hajb, al-taโ€™sil, al-tashih, Al-awl dan al-rad.

Aliff shanusi

Perunding Harta Pusaka bertauliah

Author: Aliff Shanusi

Alumni USM Penang, Major Di Dalam Pengurusan Dan Minor Psikologi. Seorang Shariah Wealth Advisor suka berkongsi ilmu kehidupan dan kewangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s