Dalam setiap Temujanji bersama pelanggan kami sebagai perunding akan terlebih dahulu membuat fact finding terhadap bakal pelanggan kami.
.
Tujuan fact finding di lakukan adalah untuk mengenal pasti Keperluan kewangan yang diperlukan oleh pihak pelanggan dan juga risiko yang mereka tanggung dalam kehidupan seharian.
.
Antara maklumat maklumat penting dalam sesi ini adalah umur, pekerjaan, komitmen bulanan, bilangan ahli tanggungan dan
Impian kewangan yang bakal pelanggan inginkan.
.
Selepas itu perunding kebiasaannya akan menawarkan penyelesaian berdasarkan keperluan pelanggan tersebut. Keperluan adalah keutamaan untuk dilindungi dan di kekalkan.
.
Walaupon begitu, bukan semua mereka menerima dengan baik. Kadang kadang ada pelanggan yang mahukan penyelesaian mengikut kemampuan mereka sahaja.
.
Kemampuan ini biasanya merujuk kepada kemampuan bulanan seperti bayaran dan komitmen yang perlu di lakukan oleh pelanggan.
.
Ada juga yang mahukan penyelesaian yang mengikut kemahuan mereka. Hal ini tiada masalah jika kemahuan mereka melebihi keperluan dan mereka mampu itu sudah lebih daripada baik.
.
Walaupon begitu ada masanya kami akan menasihatkan untuk tidak, kerana over cover tidak semestinya bagus . Jika kemahuan tidak selari, itu sangat bahaya takut takut penyelesaian yang di ambil sia sia.
.
Kepada yang mengikut kemampuan, tidak mengapa insya allah ada rezeki tambah lagi. Apa yang penting kita tahu dan sedar tentang keperluan kewangan dan risiko kita terlebih dahulu.
.
Mulakan melindungi keperluan kita, dan seterusnya kemahuan. Jika tidak, mulakan dengan kemampuan dan fahami serta cuba untuk capai perlindungan keperluan kita. Jangan tiada langsung. Itu sangat bahaya.
.
Jom tingkatkan kebijaksanaan Kewangan Kita.
.
Aliff shanusi
#kewanganBijak101