Tabung Kecemasan

Rata rata kita sudah mendengar dan tahun apa itu tabung dan fungsinya, tidak lain dan tidak bukan untuk mengasingkan sesikit daripada kewangan kita untuk masa depan.

Mana tidaknya sejak dari kecil kita sudah di asuh untuk menyimpan dan rasa seronok apabila pada hujung tahun kita dapat melihat dan berbelanja hasil tabungan kita sepanjang tahun.

Apa Itu Tabung Kecemasan?

“Tabung Kecemasan adalah tabungan yang di gunakan dalam keadaan kecemasan atau jarang jarang berlaku dalam kehidupan seharian kita.”

Apa contoh kejadian kecemasan?

Contoh kejadian kecemasan, antaranya seperti di berhentikan atau terpaksa berhenti kerja, gaji di potong separuh, sakit, kemalangan atau kerosakkan yang menggangu aliran tunai seharian kita.

Jumlah Tabung kecemasan di sarankan oleh pakar kewangan adalah 6 – 12 bulan simpanan pada jumlah gaji kini kita. Kiraan nya begini, jika gaji bulanan kita berjumlah Rm 2000 sebulan, maka jumlah untuk 6 bulan adalah Rm 12 ribu.

Semakin banyak simpanan ( reserve) yang di buat, semakin kukuh kewangan sesorang itu dan mereka dapat bertahan lebih lama menghadapi krisis berbanding orang lain.

Setiap bulan kita mempunyai komitmen dengan pihak bank dan juga perbelanjaan keluarga. Walaupon kita tidak bekerja, komitmen tadi terpaksa teruskan dan tidak dikecualikan pembayarannya.

Rata rata rakyat malaysia kurang peka dengan Tabungan Kecemasan ini kerana seakan sudah selesa dengan gaji pada hujung bulan. Sikap bergantung pada gaji bulan ke bulan boleh membawa kepada bencana kewangan.

Sebagai contoh, apabila komitmen bulanan kita tinggi dan gaji terpaksa dipotong separuh oleh pihak syarikat dalam keadaan krisis #Covid19 ini. Kita akan berasa hampa dan kecewa kerana rasa terbeban dengan komitmen bulanan yang tinggi.

Antara langkah langkah yang di ambil.oleh syarikat kewangan dan takaful untuk menangani isu ini dan membantu pelanggan mereka adalah dengan menyediakan beberapa fasiliti. Contohnya pengurangan BLR membuatkan bayaran bulanan kepada bank menjadi kurang.

keratan paparan malaysiakini

Untuk syarikat insurance dan takaful pula. Mereka memberikan imbuhan kewangan (pampasan) sekali gus kepada mereka yang di sahkan menghidap Covid-19. Contohnya Prudential dan PruBsn takaful menyediakan Rm 5000 kepada pelanggan mereka yang di sahakan terkena Covid-19.

Pemberitahuan Prubsntakaful.

Langkah langkah sebegini dapat membantu mereka yang masih lagi dalam proses membina kesedaran kewangan dan mengurangkan impak kepada keseluruhan kewangan mereka utamanya.

Tingkatkan kecerdasan dan kebijaksanaan kita dalam ilmu kewangan dan mulakan langkah langkah perlindungan dalam menghadapi krisis kewangan dan ekonomi mendatang dalam kitaran 10 tahun kehadapan.

Aliff shanusi
Kita sebarkan kefahaman.

Keratan Paparan Berita freemalaysiatoday.com

Author: Aliff Shanusi

Alumni USM Penang, Major Di Dalam Pengurusan Dan Minor Psikologi. Seorang Shariah Wealth Advisor suka berkongsi ilmu kehidupan dan kewangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s