Kemudahan PengeluaranI-Lestari Daripada Akaun-2 Ahli KWSP .

Fasiliti Pengeluaran i-Lestari Akaun 2 KWSP

Bilakah ahli boleh mula mengemukakan Pengeluaran i-Lestari?
– Ahli boleh mula mengemukakan permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020

Berapakah amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari?
-Amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari adalah:

  1. Maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan (1 tahun) tertakluk kepada jumlah simpanan di dalam Akaun 2 pada bulan permohonan dibuat
  2. Bayaran bermula dari bulan permohonan diterima oleh KWSP sehingga Mac 2021
  3. Pengeluaran hanya boleh dibuat bagi tempoh 1 tahun (12 bulan) iaitu dari bulan April 2020 hingga bulan Mac 2021 tertakluk kepada para 2(i)
  4. Bayaran Pengeluaran i-Lestari akan mula dibuat mulai Mei 2020

Bagaimanakah ahli boleh mengemukakan permohonan Pengeluaran i-Lestari?
-Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dikemukakan melalui tiga (3) saluran berikut:

  1. Secara dalam talian (e-Pengeluaran melalui i-Akaun); atau
  2. Secare e-mel kepada ilestarimohon@epf.gov.my; atau
  3. Secara pos/pos berdaftar ke alamat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya (Pengeluaran iLestari)

Ahli perlu membuat permohonan sekali sahaja dan pembayaran Pengeluaran i-Lestari akan dikreditkan secara berulang (recurring) ke dalam akaun bank ahli seperti mana di para 2(i).

Siapakah yang layak untuk membuat Pengeluaran i-Lestari?
– Ahli-ahli berikut layak untuk membuat Pengeluaran i-Lestari:

  1. Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap; dan
  2. Berumur bawah 55 tahun; dan
  3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2 tertakluk kepada baki Akaun 2 semasa proses pembayaran pada bulan berkenaan dibuat
  4. Bukan Warganegara Malaysia (Fasa 2)

Mengapakah amaun Pengeluaran i-Lestari terhad kepada maksimum RM500 dan secara bulanan?
– Pengeluaran i-Lestari ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik Covid-19  ini. Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan.

Mengapakah kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari terhad untuk sekali sebulan?
– Kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari sekali sebulan adalah kerana pengeluaran ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan bulanan ahli bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan.

Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya untuk tempoh setahun sahaja?
– Tujuan i-Lestari adalah untuk  membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik Covid-19 pada ketika ini. Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik Covid-19 akan berakhir selepas tempoh tersebut.

Kami akan mengemaskini soalan lazim ini dari semasa ke semasa. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila kemukakan soalan anda melalui emel kepada ilestari@epf.gov.my

Sumber rujukan terus kepada https://www.kwsp.gov.my/ms/-/epf-to-allow-account-2-withdrawals-under-i-lestari

Author: Aliff Shanusi

Alumni USM Penang, Major Di Dalam Pengurusan Dan Minor Psikologi. Seorang Shariah Wealth Advisor suka berkongsi ilmu kehidupan dan kewangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s