Program Bantuan Covid-19, Penangguhan Bayaran Sumbangan Takaful.

Soalan LAZIM Bagi Menjawap Persoalan Khas Kepada Semua Pelangan PruBSN Takaful saya. Terima kasih kerana memilih saya sebagai perunding anda.

1. Apakah penangguhan pembayaran sumbangan di bawah Program Bantuan ini?

Program Bantuan ini adalah untuk memberikan pemegang sijil yang layak untuk menangguh pembayaran sumbangan untuk sijil Takaful mereka selama 3 bulan. Semasa tempoh penangguhan ini, kami akan terus menyediakan perlindungan Takaful. Program penangguhan sumbangan ini BUKAN secara automatik. Oleh itu, pemegang sijil mesti menghubungi syarikat pengendali Takaful untuk membuat permohonan.

2. Siapakah yang layak untuk memohon Program Bantuan ini?

Program Bantuan ini dibuka kepada semua pemegang sijil yang dikuat kuasa oleh PruBSN yang terjejas dari segi kewangan oleh COVID-19 atau Perintah Kawalan Pergerakan (MCO). Ini termasuk pemegang sijil yang dikuarantin di rumah atau mengalami kehilangan pendapatan dari kerja atau perniagaan disebabkan oleh MCO dan kejejasan ekonomi sepanjang pandemik.

3. Bilakah tarikh kuat kuasa bagi Program Bantuan ini?

Program Bantuan ini akan berkuat kuasa dari 1 April 2020 hingga 31 Disember 2020 (termasuk kedua-dua tarikh). Penangguhan pembayaran sumbangan, sekiranya diluluskan oleh PruBSN, adalah sehingga 3 bulan maksimum dari tarikh kelulusan.

Sebagai contoh:

  • Permohonan Penangguhan Bayaran yang dikemukakan pada Mei 2020.
  • Permohonan Penangguhan Bayaran yang diluluskan dan dimulakan pada 1 Jun 2020.
  • Tempoh penangguhan berakhir pada 31 Ogos 2020.

4. Bagaimana untuk memohon?

Pemegang sijil PruBSN boleh mengemukakan permohonan
mereka dengan menghantar dokumen berikut melalui customer@prubsn.com.my dengan perkara:

PERMOHONAN PENANGGUHAN PEMBAYARAN: SIJIL XXXXXXXX

  1. Surat Doktor mengesahkan jangkitan COVID-19 (jika pemegang sijil dijangkiti),
  2. Surat Pengurangan Gaji / Surat Penamatan Gaji Majikan, atau
  3. Surat Penutupan bagi perkhidmatan bukan penting oleh Pemilik Perniagaan, atau
  4. Bukti atau dokumen lain yang relevan, jika ada (contohnya: notis penutupan pusat penjaja)

5. Perkara yang perlu diketahui mengenai penangguhan pembayaran sumbangan.

  • Ini bukan penepian sumbangan.
  • Tiada faedah pembayaran lewat atau caj pentadbiran yang dikenakan untuk sijil Takaful sepanjang tempoh penangguhan.
  • Sekiranya permohonan anda diluluskan, perlindungan sijil anda akan berkuat kuasa semasa tempoh penangguhan.
  • Apabila tempoh penangguhan berakhir, kewajipan pemegang sijil untuk membayar sumbangan akan disambung semula. Sila rujuk pada sijil Takaful untuk memahami impak sekiranya anda tidak membayar sumbangan.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami, Isnin – Jumaat: 03 – 2053 7188. Sumber

Untuk sebarang khitmat nasihat berkaitan sijil takaful boleh hubungi saya Aliff shanusi di 017 269 2077.

Author: Aliff Shanusi

Alumni USM Penang, Major Di Dalam Pengurusan Dan Minor Psikologi. Seorang Shariah Wealth Advisor suka berkongsi ilmu kehidupan dan kewangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s