Derma Darah Masa PKP, Boleh ker?

Ramai di antra kita yang terlepas pandang berkaitan derma darah ini, lagi lagi mereka yang tidak pernah menderma. Baguskah menderma darah ini dan apa manfaatnya? ,Bagaimana pula cara cara menderma darah?.

Ini adalah antara persoalan yang selalu di tanya oleh netizen yang belum pernah berpengalaman menderma darah. Berikutan Wabak Covid 19 melanda Negara, bekalan darah di Tabung Darah di hospital kerajaan semakin berkurang, akibat aktiviti pendermaan kian berkurang.

Bolehkah kita menderma darah semasa Musim Covid19 ini?
Jawapannya BOLEH, boleh ikuti flow di bawah.

Proses Menderma Darah

  1. Setiap individu yang menderma darah dengan Pusat Darah Negara (PDN) akan melalui proses pendermaan seperti berikut:Mengisi borang PDN3/2000/Pin. 1 atau 2.

    anda juga boleh mengisi borang secara atas talian https://regdonor.bbis.moh.gov.my/ dan membuat temujanji sebelum hadir ke pusat berkaitan.

  2. Sebarang keterangan atau bantuan mengisi borang ini boleh diperolehi daripada kakitangan PDN yang bertugas Menjalani pemeriksaan darah untuk tahap kepekatan sel darah merah (paras hemoglobin) dan mengenal pasti kumpulan darah ABO.

  3. Melalui sesi soal selidik atau kaunseling pra-pendermaan untuk mengenal pasti sebarang masalah perubatan dan tahap risiko penderma.

  4. Penderma yang layak menderma akan menjalani proses pengambilan darah (phlebotomy).

  5. Setelah selesai proses pengambilan darah, penderma akan diberikan sedikit makan dan minuman ringan.


Pengalaman Menderma Darah Semasa PKP

Keistimewaan Penderma Darah.

Penderma – penderma darah yang menderma di Pusat Darah Negara dan lain – lain Tabung Darah di Hospital Kerajaan adalah layak mendapatkan rawatan percuma seperti di jadual berikut :

Jadual Keistimewaan Rawatan Penderma Darah di Fasiliti Kesihatan (Hospital, Institusi dan Klinik Kesihatan), Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut Surat Pekeliling KPK 5/2005 bertarikh 20 Julai 2005.

https://www.pdn.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=16&Itemid=227&lang=ms

*Tempoh masa keistimewaan yang dinyatakan adalah sah digunakan bermula dari tarikh pendermaan terakhir.ย Penderma perlu menunjukkan buku sijil (buku merah) kepada pihak hospital sebelum layak menggunakan keistimewaan seperti dalam jadual di atas.


ย Kemudahan wad adalah bergantung kepada keadaan semasa. Jika wad yang dinyatakan dalam jadual telah penuh, maka penderma akan ditempatkan di wad lain yang sesuai.ย 


Keistimewaan ini hanya boleh digunakan oleh penderma darah sahaja.ย Penderma darah yang berstatus penduduk tetap adalah layak untuk menggunakan keistimewaan ini.


Jadi saya mengajak semua kawan kawan, kenalan dan follower untuk sama sama kita menyumbang darah kita kepada TABUNG DARAH NEGARA hari ini terutamanya anak muda .Kita Penyelamat Ramai Nyawa.

Sumber: http://www.pdn.gov.my/

Author: Aliff Shanusi

Alumni USM Penang, Major Di Dalam Pengurusan Dan Minor Psikologi. Seorang Shariah Wealth Advisor suka berkongsi ilmu kehidupan dan kewangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s