Ramadhan, Kau Tunggu Aku Datang.

” Ku harapkan Ramadhan kali ini pernuh makna… ” ungkapan lagu nyanyian mambai feat Raihan yang sering berkumandang menjelangan Bulan Ramdhan selain bisikan yusoooof taiyop di radio.

Advertisements

Ramadhan 2020 kali ini memang amat berbeza daripda Bulan Ramadhan yang pernah kita lalui sebelum ini mungkin seumur hidup kita. Sebelum ini mungkin pernah berlalu di fikiran kita.

Alangkah seronoknya bila bulan Ramadhan kita dapat fokus pada ibadah, tinggalkan masalah dunia, kerja dan sebagainya, barangkali inilah masanya yang kita tunggu itu.

#Covid19 mengubah lanskap kehidupan kita, sudah hampir sebulan kita tidak bekerja dan duduk di rumah atas Perintah Kawalan Pergerakkan.

Tujuan PKP mengekang penularan baharu covid-19 ini. Tahun ini memang berbeza, tiada buka puasa bersama, solat bersama dan taraweh di Masjid, moreh dan bazar Ramadhan juga tiada.

10 Perkara Yang Boleh Kita Lakukan Menjelang Bulan Ramadhan ini.

1. Fahami Dengan Jelas Apa Itu Ibadah Puasa.

Perintah Melaksanakan Ibadah Puasa

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
Surah Al Baqarah: Ayat: 185

Syarat Sah Puasa.

1. Islam.
Tidah sah bagi mereka yang bukan islam dan batal pusa pada mereka yag murtad jika berlaku dalam bulan puasa.

2. Berakal.
Ia ini mumaiz. Tidah sah bagi mereka yang tidak mumaiz dan batal puasa pada orang yang hilang akal ( gila) pada hari puasanya. Tetapi jika hanya pitam seketika dan masih punya kewarasan tidaklah batal puasanya.

3. Suci daripada Haid Dan Nifaz.

4. Berniat di malam hari.

Niat Puasa Ramadhan (seharian)

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Niat Puasa Ramadhan ( sebulan )

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

** untuk niat puasa sebulan perlulah di taqlidkan kepada mazhab maliki.

5. Menghindarkan diri daripada perkara yang membatalkan puasa.
– Seperti makan dan minum dengan sengaja.
– keluar mani dengan sengaja.
– muntah dengan sengaja.
– memasukkan sesuatu pada rongga terbuka dengan sengaja.
– dsb

( baca lanjut di sini )

2. Rancang Perjalanan Ibadah kita.

Antara perkara yang kita sering berharap sebelum hadirnya Ramadhan dan sesudah perginya adalah kita terlupa atau terlalai dalam memaksimakan ibadah di dalam Bulan ini.

Untuk itu mungkin dengan adanya Kalender dan checklist ibadah di bulan Puasa ini dapat membantu kita. Tujuannya adalah seperti jurnal untuk kita mengingati ibadah ibadah Khususi yang kita rancang sepanjang ramadhan dan memaksimakan keberkatan dan limpahan rahmat di bulan ini.
downLoad di sini.

Antara Ibadah sunnat yang boleh di banyakkan contohnya solat sunat dhuha, tasbih, tahajjud, sedekah, berzikir dan berbuat baik.

3. Rancang Kewangan Kita di Bulan Ini.

Berbincang soal Kewangan adalah perkara yang sangat stress untuk sesetengah orang,pasangan atau keluarga. Tapi kita perlu belajar sekarang untuk mengatasi perasaan itu.

Sempena Pkp ini kita perlu merancang pengunaan wang dengan betul. Manatidaknya pendapatan makin berkurang manakala perbelanjaan masih kekal atau bertambah. Jadi apa yang kita tindakan kita?

1. Senaraikan semua sumber kewangan yang kita ada. Pendapatan sedia ada, akan masuk contoh sewa atau pulangan perlaburan. Selain itu semak jumlah simpanan yang masih berbaki lagi. Kita perlu bekerjasama yang kuat.

2. Senaraikan perbelanjaan bulanan sedia ada yang masih berbayar, di tangguhkan atau sudah habis. Mana mana bayaran komitmen yang ditangguhkan dan di batalkan masukkan kealam simpanan.

3. Rancang aliran keluar duit. Ya sebagai ketua kelarga dan pasangan kita perlu sama sama rancang aliran keluar duit. 3 perkara perlu di UTAMAKAN semasa covid ini iaitu makanan, keperluan harian ( sabun mandi, basuh baju, pad dll) serta ubat ubatan.

Bab makanan antara yang kritikal lagi lagi di bulan puasa nanti. Apa menu sahur dan berbuka, masak atau beli? ini yang pali hangat di bincangkan lagi lagi di media sosial. Baca sini Rancang Menu Sahur Dan Berbuka.

4. Mula Qada Solat dan Puasa yang masih berbaki lagi.

5. Kemas Rumah Dan Sediakan Ruang Untuk Ibadah.

Photo by Daria Shevtsova on Pexels.com

6. Rancang Menu Sahur dan Berbuka.

Tahun ini seperti yang kita ketahun tiada lagi bazar atat pasar ramdhan. ramai peniaga cuba membuat penghantran melalui pesanan online.
ini adalah pilihan, harga yang di tawarkan mungkin tinggi beserta kos penghantaran dan kualiti makanan yang belum pasti mengikut citarasa kita.

Masak sendiri, bagi yang sudah berumah tangga dan keluarga besar masak sendiri adalah langkah bijak yang patut diambil. bukan dari segi jimat wang ia juga mengikut citarasa keluarga dan lebih sihat. kadang kadang belilah tapi jangan selalu.

Merancang menu membolehkan kita merancang perbelanjaan juga. kita boleh membeli bahan mentah yang banyak dan harga lebih jimat berbanding satu persatu, tambahan lagi PKP ini hanya 1 orang sahaja di benarkan keluar dan membuat pembelian.

Photo by Daria Shevtsova on Pexels.com

7. Buat Pengiraan Fidyah Dan Sediakan Bayaran

Hukum Fidyah
Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan. 

Sebab sebab Fidyah di kenakan

1. Uzur menunaikan puasa wajib

Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

2. Perempuan hamil

Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

3. Ibu yang menyusukan Anak

Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

4. Orang yang telah meninggal dunia

Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

5. Musafir dan Pesakit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia ditinggalkan

Musafir dan Pesakit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia ditinggalkan wajib mengqadhakan puasanya dan membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

6. Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

Kiraan Asas Fidyah.
Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).

Dalam bentuk nilaian matawang adalah berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 2019( rujuk negeri masing masing) , secupak beras bersamaan dengan 600 gram dinilai dengan kadar RM 4.00.


Rumus Kiraan Asas Fidyah:

1 cupak beras x jumlah hari yang di tinggalkan x jumlah tahun = Fidyah

contoh permasalahan:

1 Cupak Beras ( rm 4) x 5 hari x 3 tahun = RM 60.00

Senarai Laman sesawang Jabatan Agama Negeri dan Majlis Agama mengikut negeri untuk bayaran fidyah mengikut negeri masing masing di atas talian.

Wilayah Persekutuan http://www.jawi.gov.my/index.php/my/
Negeri Johor https://jainj.johor.gov.my/
Negeri Pahang http://jaip.pahang.gov.my/
Negeri Kelantan http://www.jaheaik.gov.my/v6/index.php?lang=ms
Negeri Perak http://jaipk.perak.gov.my/ / https://www.maiamp.gov.my/
Negeri Perlis https://www.perlis.gov.my/jaips/index.php/ms/
Negeri Selangor https://jais.net.my/
Negeri Sembilan http://jheains.ns.gov.my/
Negeri Terangganu http://jheatweb.terengganu.gov.my/
Negeri Pulau Pinang http://jaipp.penang.gov.my/
Negeri Sabah https://jheains.sabah.gov.my/ / https://muis.sabah.gov.my/
Negeri Melaka http://www.jaim.gov.my/
Negeri Sarawak https://jais.sarawak.gov.my/
Negeri Kedah http://www.jaik.gov.my/

8. Sediakan Kiraan Zakat ( Peribadi, Simpanan, Emas dan Lain- lain).

Zakat Fitrah

Bacaan Penuh di sini : Zakat & Pengiraan

Setakat ini hanya Pulau Pinang dan Negeri Kedah sahaja yang mengumumkan kadar zakat fitrah 2020. Negeri Kedah menetapkan kadar bermula RM 5, RM 7, RM 14 dan RM 21. Manakala Pulai Pinang hanya 2 ketetapan iaitu RM 7 dan RM 16 sahaja.

Zakat Pendapatan

Untuk tahun 2020, ketetapan yang di buat adalah RM 15762.00. bermaksud jika simpanan kita melebihi nilai tersebut wajiblah kita membayar zakat.
Ketetapan nilai ini juga sama untuk simpanan KWSP dan wang simpanan.

Zakat Emas

Tahun 2020, nilai uruf untuk emas ditetapkan adalah 800g pada kadar harga emas RM 164.33/g .

Untuk pengiraan yang lebih mudah dan juga zakat zakat yang lain. Boleh klik di sini Kalkulator Zakat.

9. Kita Mula bermaafan Sesama Manusia & Mohon Taubat Dengan Allah.



10. Mula Kurangkan Makan siang dan Menjaga Kesihatan Tubuh badan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, mohon kongsikan kepada rakan rakan yang lain dan sila komen di bawah untuk pertambahan info atau perbetulan fakta yang terlepas pandang.

Author: Aliff Shanusi

Alumni USM Penang, Major Di Dalam Pengurusan Dan Minor Psikologi. Seorang Shariah Wealth Advisor suka berkongsi ilmu kehidupan dan kewangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s