Belajar Kewangan Menurusi Board Game.

Siapa yang tidak pernah bermain monopoli, sebuah permainan Board game yang menjadi satu kegilaan apabila di hujung tahun persekolahan, bila peperiksaan tamat.
.
Board game ini orang have have sahaja boleh ada, jika kanak kanak biasa hanya mampu memiliki JUTARIA, permainan yang hampir sama cuma kualiti dan jalan cerita sedikit berbeza.
.
Monopoli berkisarkan bagaimana kita boleh menjadi kaya dengan membeli hartanah dan mengenakan sewa kepada pemain yang lalu di petak hartanah kita.

Advertisements

Cara lain meningkat nilai hartanah adalah dengan membina rumah, seterusnya cottage dan akhir sekali hotel hotel. Dengan ini mereka yang “singgah” dikenakan sewa mahal.
.
Ada yang gembira apabila setiap kali orang lain melangkah dia akan dapat wang, dan setiap kali mereka melintas petak ambil Gaji mereka akn mendapat pendapatan yang tinggi.
.
Ada juga yang bersedih, duit diambil bank kerana cukai. Ditangkap ke penjara serta terpaksa membayar sewa yang tinggi pada petak petak hartanah milik orang lain. kalian yang mana?
.
Seronok bila dapat pendedahan sebegini di awal remaja tapi selepas itu?
Tapi apakan daya kita sendiri tidak faham kesudahannya dan bagaimana kita boleh aplikasikan di dalam kehidupan.
.
Pada Tahun 2013, pertama kali bermain CASHFLOW Game di sebuah seminar kecil di Jb waktu itu yang dikelolakan oleh Abang Abu Mekanik wang. Mesti ramai kenalkan?. Beliau salah seorang sifu kewangan di Malaysia.
.
Permainan Cashflow ini di ilhamkan oleh Robert T. Kiyosaki, seorang Rakyat Amerika, berketurunan Jepun dan berasal Dari Hawaii. Banyak menulis dan membuat video berkaitan kewangan dan pelaburan di youtube.
.
Antara buku terawal yang aku baca adalah buku RICH DAD POOR DAD yang banyak diterjemahkan kepada pelbagai bahasa di seluruh dunia. Buku ini mengisahkan pengalaman beliau yang mempunyai 2 orang ayah, RICH DAD & POOR DAD.
.
Refleksi daripada cerita dan ideologi RDPD ini di buatnya Permainan BOARD Game ini. Tujuannya biar kita dapat merasa situasi sebenar kewangan secara simulasi kehidupan di luar sana. Permainan ini terbahagi 2 jalan. Rate RACE dan Fast RACE.
.
Rat race ini bayangan kepada kebanyakkan kehidupan orang di sekeliling kita. Pergi kerja pagi balik kerja Malam. Dapat gaji pagi, petang dah habis gaji, tunggu pula hujung bulan depan untuk gaji baharu.
.
Struggle?
.
Rat Race memang sukar dan ramai yang masih berpusing di sini sampai hujung hayat, hakikatnya tidak kemana. Orang kita biasa cakap kejar dunia, hakikatnya bukan kita mahu kejar dunia pon tapi kita terperangkap dalam sistem ini itulah Rat Race.
.
Untuk kita lebih faham aku kongsikan 1 video untuk kita sama sama mengerti, apa itu #RatRace.

Advertisements

Laluan selepas Rat Race adalah Fast Track. Untuk kesini kita perlu membuat 1 perkara di Rat Race, Perlu membina pendapatan pasif melebihi jumlah perbelanjaan kita. Jika matlamat itu tercapai kita sudah boleh bertukar laluan, Laluan Fast Track.

Di sini kita sudah tidak perlu struggle seperti rat race, kita lebih mudah mendapat pendapatan aktif, pasif dan sampingan. kita tidak se stress di laluan tikus tadi, berebut dan berasak untuk satu perkara.

Itu sebabnya ramai yang Fake It mereka kaya didunia ini. Kenapa? kerana mereka mahukan previllage yang orang kaya dapat. Ya, orang kaya ada 2 jenis. 1 benar benar kaya dan lagi satu pura pura kaya walaupon merana.

Permainan Cashflow game ini sangat sangat aku cadangkan di mainkan bersama keluarga. Buka seperti monopoli, CFG menekankan konsep pengurusan kewangan, cabaran hidup dan bagaimana mahu mencipta kekayaan. Pasaran saham, hartanah, perniagaan di satukan di dalam permainan ini untuk kita faham hakikat di luar sana.

Ada 2 cara untuk bermain CFG ini, pertama menurusi Board game sama ada bahasa melayu atau ingeris. Kedua secara online , boleh daftar disini https://www.richdad.com/products/cashflow-classic . Kalian boleh bermain bersama kawan kawan atau mereka yang lain daripada serata dunia.

Kalian pernah bermain Cashflow Game?
kongsikan pengalaman kalian di ruang komen, untuk mereka yang inginkan pengalam bermain board game ini insyaALLAH selepas PKP kita akan buka peluang untuk kalian. sementara itu boleh bermain menggunakan online platform.

Author: Aliff Shanusi

Alumni USM Penang, Major Di Dalam Pengurusan Dan Minor Psikologi. Seorang Shariah Wealth Advisor suka berkongsi ilmu kehidupan dan kewangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s