Apa Penting Penyata Kewangan ?

Dalam permainan Cashflow Game oleh Robert Kiyosaki, setiap pemain akan di bekalkan dengan sehelai penyata kewangan. (Rujuk gambar di bawah)


Di dalam penyata ini ada terbahagi 6 bahagian, ia itu bahagian 1,1a,2,3,4 & 5. Setiap bahagian ada fungsi masing masing. Tapi tujuannya hanya 1, untuk melihat aliran keluar masuk duit kita.
.
1. Pendapatan Keseluruhan
1a. Perkembangan Pendapatan Pasif.
2. Perbelanjaan.
3. Aset.
4. Liabiliti.
5. Tunai di tangan.
.
Secara asasnya setiap daripada kita perlu memperolehi penyata kewangan individu.Ya, Bukan hanya syarikat atau perniagaan sahaja perlu di pantau aliran kewangan, diri kita pon sama.
.
Zaman sekarang lebih mudah untuk memantau keluar masuk kewangan kita. Sama ada kita masih menulis pada penyata seperti ini, atau mengunakan aplikasi dalam talian yang disambungkan dengan kredit/debit kad. Setiap transaksi akan di rekodkan secara automatik.
.
Menariknya di dalam permainan CFG ini, kita bukan hanya di dedahkan dengan pengalaman & peluang kewangan seperti saham, hartanah dan perniagaan . Kita juga di ajar untuk menghadapi risiko kewangan. Seperti Kejatuhan saham, kerosakkan hartanah dll.
.
Kewangan Yang sihat adalah kewangan yang positif. Ya, seperti dalam permainan ini. Peserta di minta untuk mencari peluang dan menjana pendapatan daripada pendapatan pasif untuk keluar daripada rat race kepada Fast Track dan tidak bergantung pada pendapatan sedia ada.
.
Ada beberapa cara untuk menjana pendapatan pasif yang di ajar di dalam permainan ini. Antaranya memiliki hartanah. Dengan cara ini kita akan mendapat tambahan pendapatan melalui sewa yang kita perolehi atau melalui peluang perniagaan.
.
Berapa jumlah Pendapatan Pasif yang perlu di capai?
.
Pendapatan pasif bulanan perlulah melebihi perbelanjaan bulanan kita. Perbelanjaan ini boleh bertambah dan berkurang. Perbelanjaan bulanan boleh bertambah apabila komitmen bulanan kita bertambah.
.
Contohnya apabila kita berhutang dengan pihak bank, pertambahan anak, menukar gaya hidup dan bertambah pendapatan.Dengan pertambahan pendapatan,ย #Cukaiย pada kita juga akan bertambah. Itu belum termasuk kebocoran kewangan yang berlaku.
.
Sepertimana perbelanjaan boleh bertambah, ia juga boleh berkurang. antara langkah yang boleh diambil adalah dengan mengecilkan dan menukar gaya hidup, bayar hutang bank serta maksimakan pengecualian & pengurangan cukai.
.
Apabila perbelanjaan bulanan kita rendah, pendapatan pasif yang di perlukan juga tidak tinggi dan mudah serta cepat di capai. Ada kelebihan mempunyai pendapatan yang tinggi dan rendah. Kebiasaanya Makin tinggi pendapatan , makin tinggi perbelanjaan yang berlaku.
.
Kenapa Perlu ada pendapatan pasif?
.
Tujuan untam menjana pendapatan pasif adalah mencapai ๐—™๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—–๐—œ๐—”๐—Ÿ ๐—™๐—ฅ๐—˜๐—˜๐——๐—ข๐— . ada banyak takrifan financial freedom, terpulang kepada bacaan masing masing. Dalam permainan CFG ini, financial freedom di capai apabila Pendapatan pasif melebihi perbelanjaan. Jadi kita tidak berggantung kepada pendapatan aktif kita.
.
Seperti yang kita tahu, pendapatan aktif hanya diperolehi dengan kehadiran kita, masa, tenaga dan juga pengetahuan yang kita ada. Manakala Pasif, Wang bekerja untuk wang, orang lain bekerja untuk kita dan pasti kita tidak perlu berada di sana untuk bekerja.
.
Apabila kita tidak bergantung kepada pendapatan aktif, kita lebih banyak masa melakukan apa yang kita suka dan apa yang boleh buat kita gembira. Kita fokus apa yang kita mahu lakukan. Bekerja sekadar mahu bukan perlu lagi. Itulah tujuannya mencapaiย #๐—™๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—–๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—™๐—ฅ๐—˜๐—˜๐——๐—ข๐— .
.
๐—™๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—–๐—œ๐—”๐—Ÿ ๐—™๐—ฅ๐—˜๐—˜๐——๐—ข๐—  bukan sesuatu yang mudah dan bukan sesuatu yang mustahil kerana sudah ada yang mencapainya dan sudah ada yang mahu berkongsi cara untuk mencapainya. Kita perlu berusaha dan kita berlu belajar bagaimana kita boleh capai dengan cara kita dan keadaan kita sekarang.
.
Di dalam permainan ini, Peserta di galakkan untuk bermain beberapa kali dengan karektor yang berbeza.Ya, Karektor yang di sediakan terbahagi kepada 3 golongan, B40,M40 dan T20. di sini kita akan lihat bagaimana sikap setiap daripada mereka ini berubah apabila mendapat karektor yang berbeza.
.
Apabila kita sudah bermain beberapa kali, mungkin kita sudah terfikir apa strategi yang kita perlu ambil dan lakukan. Apa topik kewangan yang perlu kita utamakan dan belajar dahulu. Yang pasti adalah menguruskan Aliran keluar masuk ini nombor 1.
.
Tapi malangnya ada mereka yang bermain CFG ini tidak belajar apa apa, hanya mendapat marah dan geram kenapa di kalah, tidak mendapat peluang dan sia sia. Itu biasa dan realiti yang biasa kita nampak di sekeliling kita, sama ada mereka yang mengambil ibrah tentang apa yang berlaku atau menyalahi takdir.
.
๐™—๐™š๐™ง๐™จ๐™–๐™ข๐™—๐™ช๐™ฃ๐™œ

Author: Aliff Shanusi

Alumni USM Penang, Major Di Dalam Pengurusan Dan Minor Psikologi. Seorang Shariah Wealth Advisor suka berkongsi ilmu kehidupan dan kewangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s