20perkara yang boleh kita lakukan untuk penjimatan bulanan

1. Tracking setiap perbelanjaan harian kita. >> boleh guna money tracking app cikAliff guna Money Lover.

2. Kurangkan mengeteh/mengopi

( baik juga untuk kesihatan, tapi jika nak lepakking gunakan royalti kad atau bonus untuk dapatkan discount ata minuman percuma)

3. Bawa bekalan ke tempat kerja.

( masak di rumah, sediakan makanan di hujung minggu > > boleh rujuk goodful video dalam penyedian makanan ringkas dan enak)

4. Jangan membeli ketika anda dalam keadaan marah,sedih atau terlalu gembira.

5. Beli bekalan atau barang secara pukal, boleh berkongsi dengan kawan kawan atau member tempat kerja. #spreadbill

6. Buka akaun simpanan yang mempunyai purata pulangan yang tinggi (cth @TabungHaji , #Asb , unit trust dan simpanan dalam rider takaful berbanding di bank)

7. Sediakan tabung kecemasan .

( min 3 bulan gaji) >> untuk hal hal kecemasan seperti sakit, tayar pancit atau perlu balik kampung segera).

8. Elakkan penangguhan bill dan cas lewat bayar.

9. Gunakan debit card bukan credit card.

10. Jika gunkan credit card , pay on time.

11. Bandingkan harga, berbelanja di semasa ” sale”.

12. Rancang bajet dan kegunaan wang secara bulanan.

13. Dapatkan maklumat menyeluruh sebelum travel, buat persedian awal dan tempah tiket pada waktu sale.

14. Beli hadiah in advance ( semasa musim sale)

15. Kurangkan berbelanja pada benda yang remeh.

16. Ada perancangan dan matlamat kewangan yang kukuh dan jelas.

17. Tahu keperluan bulanan berapa kita perlu pakai.

18. Pantau setiap minggu perbelanjaan kita.

19. Gunakan SMART Dalam merancang.

20. Share dengan keluarga dan kawan kawan yang kita sedang berjimat dan mengawal perbelanjaan.

Menarik, best?

Kongsikan semoga menjadi amal.

Share
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *