7 C Kunci Komunikasi Efektif dalam Ruang Suara.

7c Kunci Komunikasi Eketif dalam Ruang Suara.

Komunikasi adalah jalan untuk kita berhubung antara suatu sama lain, tidak kisahlah dengan mengunakan bunyi, gerak badan, sentuhan mahupon penulisan. Kini sosial media tumbuh dengan pesat dan pelbagai fungsi baharu dikenalkan. Ruang suara seperti Telegram Chat, Twitter space mahupon ClubHouse kini menarik perhatian pengguna, bagaiman kita mahu menjadi atau berkomunikasi secara efekti di sini, jom kita kupas mengunakan 7C.

1. CONTROL ( Kawal )

Kawalan diri adalah paling utama dalam percakapan atau berkomunikasi secara efektif. Seterusnya nada, rentak ( pace) dan tona suara. Kawal pendengar dengan mengelakkan ketidak sefahaman tentang topik yang sedang dibual atau dibincangkan. Dengan mengawal perasaan kita sendiri, bawa pendengar kepada penerangan dan idea yang cuba kita sampaikan.

Dalam komusikasi efektif bersetuju atau membuat orang lain setujuadalah matlamatnya tapi memahami apa punca dan asas perbualan kita. Tidak semua daripada kita ada pendangan & pendapat yang sama. Akan tetapi memahami dan mendengar pendapat orang lain membuatkan orang lain juga sudi mendengar pendapat & pandangan kita.

2. CONVERSATION ( Perbualan)

Dengan mengawal pengunaan perkataan dan tona suara, perbualan akan lebih lancar dan teratur. Bukan dengan membebel atau bernada memberi ceramah, pendengar akan mula bosan dan kurang berminat untuk berbual dengan kita.

Dengan berbual secara teratur dan santai, idea idea dan pandangan dapat di sampaikan dengan tenang dan jelas. Sekali lagi , bukan mahu pendengar bersetuju tapi cukup buat mereka berfikir dan mengetahui apa yang kita cuba sampaikan. Bersedia untuk di bangkang, tapi kekal tenang.

Cuba elakkan menyampuk, cuba jadi pendengar yang baik. Cuma sesekali anggukkan kepala bukan bermaksud kita setuju tapi memberi respon yang kita mendengar, ini jika kita berhadapan. Jika di dalam ruang suara seperti CH atau space, respon dengan perkataan menarik, faham, nampak.

3. CONFIDENT ( Berkeyakinan).

Pendengar lebih tertarik dengan mereka yang berkeyakinan ketika berbicara. Sama ada memberikan perkongsian secara terbuka mahupon di dalam sesuatu perbualan ruang suara. Secara semula jadi, manusia yang sukar mencabar orang yang berkeyakinan dan menuruti apa yang cuba di sampaikan oleh kita.

Sekali lagi, dengan mengawal suara, pemilihan perkataan dan juga tona suara kita akan tambil berkeyakinan di telinga dan hati pendengar. Perkataan tidak perlu terlampau JARGON, gunakan bahasa ringkas tapi jelas untuk menggambarkan sesuatu perkara. Cumanya ada masa juga kita perlu gunakan terma yang betul supaya lebih jelas.

Di dalam CH, mahupon podcast atau secara ruang suara . Suara perlulah jelas, lancar dan sedikit kuat (firm) dalam menyampaikan idea atau pendapat. Baru orang yakin dengan apa yang kita sampaikanmudah mempengaruhi orang lain dalam masa yang sama dilihat ” seksi” di telinga pendengar.

Berbanding di atas pentas atau secara berdepan, ia lebih komplek. Hal ini kerana membabitkan penampilan, gaya bahasa badan dan juga lenggok kita, komunikasi bukan sekadar mendengar, tapi juga memahami secara menyeluruh dengan deria lain seperti mata.

Wanita lebih perseptif dalam menilai dalam hal ini. Mereka lebih teliti dalam komunikasi. Jika berdepan mereka akan menilai semua sudut termasuk kerutan atau pergerakkan kita. Dengan persedian secara menyeluruh dan tampak berkeyakinan, komunikasi kita dan penyampaian lebih berkesan dalam mempengaruhi pendengar kita.

4. COMPETENT (Cekap)

Cekap dalam topik atau perbincangan yang kita bualkan atau sampaikan. Bukan sekadar bersedia tapi kita perlu bersedia dengan sebaraqng kemungkinan. Kemungkinan yang orang akan pertikaikan apa yang kita sampaikan atau cadangkan, Ready To Agree To Disagree. Mereka boleh pertikaikan sama ada dalam perkataan mahupon bahasa badan.

Fahami kontek perbualan, jika kita yang mula perbualan itu pastikan kita jelas kemana perbualan itu akan berakhir. jika kita masuk kepada perbualan orang lain, bagaimana kita boleh bertanya untuk mereka jelaskan lagi perbualan itu. Cekap dan mantap dalam perbualan yang kita mulakan.

5. CALM (Tenang)

Orang Tenang Akan Menang. Perbualan atau komunikasi bukanlah suatu pertandingan yang mana kita mahu menang. Tapi adalah medium untuk memahami dan mengetahu akan sesuatu perkara. Ramai orang akan cuba mengelakkan konfrantasi atau provokasi dalam perbualan. Sama ada mereka tidak suka kalah ataupon membosankan.

Semuanya bermula dengan kita, jika kita tenang pendengar juga akan tenang. Kawal pergerakkan bahasa badan walaupon hanya dalam ruang suara, tona dan juga perkataan. Kelantangan suara juga sangat mempengaruhi, bukan bermaksud bagus perlu di sesuaikan mengikut mood yang pasti yang provokatif.

Jangan Terlampau perlahan, atau terlampau laju. susun perkataan dan gunakan suara yang jelas, jika dalam ruang suara. Gunakan Mic yang bagus supaya jelas dan suara yang nyata. Kawal pernafasan, jangan lupa bernafas kerana kita nampak terburu buru dan boleh terlepas atau tersalah cakap.

Ingat, orang Tenang akan Menang.

6. CLEAR (Jelas)

Komunikasi yang efektif adalah apabila orang faham apa yang kita cuba sampaikan. Jangan buat pendengar membuat penilaian sendiri atau meneka apa yang kita cuba sampaikan. Nyatakan dengan sempurna, ringkas dan jelas. Tidak perlu terlampau berbunga, berfalsafah atau berpusing pusing, bukan semua orang faham hikayat kadang kadang cerita ringkas tanpa Jargon lebih sempurna.

Sampaikan dengan nyata kemahuan, idea dan pandangan, lebih lebih lagi jika ia suatu arahan atau perintah. Seorang pemimpin ( leader) mempunyai kemahiran komunikasi yang efektif akan tampak lebih kacak corak pentadbirannya berbanding yang tidak. Mereka akan lebih di hormati dan dipandang tinggi.

Gunakan 3P, (Polite,Profesional,Positive).

Dengan cara perbualan dan komunikasi yang profesional, pendapat kita lebih jelas dan sukar di salah tafsir oleh pendengar. Tambahan pula dengan cara sopan dan lembut serta kadang kadang sedikit tegas dengan pengunaan tona yang sedikit lantang membuatkan komunikasi lebih mudah di fahami. Manusia adalah makluk sosial yang penuh emosi, pengunaan perkataan yang ringkas dan positif boleh menaikkan semangat amat di gemari untuk di dengar.

7. CONCISE (Ringkas)

Ringkas, mudah faham adalah kunci kepada keseluruhan komunikasi berkesan. Pendengar lebih mudah membuat penilaian, memahami apa yang cuba di sampaikan dan paling penting jimat masa.

sama juga di dalam pekerjaan, perhubungan dan perbincangan. Idea dan kemahuan di sampaikan tanpa salah erti atau kurang jelas. dan banyak lagi perkara yang boleh di bincangkan tanpa pusing pusing tiada tujuan.

Keep It Simple and Sexy.

Share
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *