7 Lapis Kewangan Peribadi & Cara Menguruskannya.

& LAPIS KEWANGAN PERIBADI

Apabila kita membincangkan tentang pengurusan kewangan peribadi ( Personal Financial Planning) ia bukan membabitkan sesuatu perkara atau bahagian sahaja tapi lebih bersifat menyeluruh.

Yang mana merangkupi semua 7 Lapisan atau bahagian di bawah, sama ada secara berperingkat atau serentak bagi memastikan perancangan yang lengkap dan berfungsi seperti kemahuan dan keperluan kita mahukan.

Lapis Pertama : SUMBER PENDAPATAN (INCOME STREAM)

π—£π—˜π—‘π—šπ—¨π—₯𝗨𝗦𝗔𝗑 π—”π—Ÿπ—œπ—₯𝗔𝗑 π—§π—¨π—‘π—”π—œ
( Cashflow Management)

  • mengenal pasti sumber sumber pendapatan sedia ada sama ada aktif mahupon pasif dan sumber sumber yang bakal di bina.
  • mengenal pasti aliran masuk (pendapatan) dan keluar duit (perbelanjaan).
  • mengenal pasti komitmen wajib , sedia ada dan bakal berlaku.

Lapis Kedua : SIMPANAN (SAVING)

π—£π—˜π—‘π—šπ—¨π—₯𝗨𝗦𝗔𝗑 𝗛𝗔π—₯𝗧𝗔 π—•π—˜π—₯π—¦π—œπ—›
(Networth Management)

  • mengenal pasti aset alih atau tidak alih dan nilainya yang sedia ada dan bakal ada.
  • mengenal pasti liabiliti ( hutang) yang sedia ada dan mahu cara ia dilupuskan.
  • Nilai aset – nilai liabiliti = aset bersih (nilai kekayaan sebenar).

π—£π—˜π—‘π—šπ—¨π—₯𝗨𝗦𝗔𝗑 π—›π—¨π—§π—”π—‘π—š
( Debt Management).

  • Bagaimana kita dapat menguruskan hutang hutang kita supaya dapat di selesaikan pada masa yang di tetapkan, atau di singkatkan serta menaikkan aliran tunai positif dan nilai aset kita selain mengurangkan liabiliti.
  • Mengenalpasti teknik teknik penghapusan dan pengawalan yang bersesuaian untuk setiap hutang yang ada, dan langkah perlaksanaannya.

Lapis Ketiga : PERLINDUNGAN (PROTECTION)

π—£π—˜π—‘π—šπ—¨π—₯𝗨𝗦𝗔𝗑 π—₯π—œπ—¦π—œπ—žπ—’
( Risk Management).

  • mengenal pasti risiko yang kita sedang tanggung dan bakal tanggung di masa hadapan terutamanya dalam aspek kesihatan, keluarga (impian) dan kewangan.
  • mengendali dan mengalihkan risiko dengan instrumen yang bersesuaian.
  • Instrumen = Takaful / Insurans

Lapis Keempat : PERBELANJAAN (EXPENSES)

π—£π—˜π—‘π—šπ—¨π—₯𝗨𝗦𝗔𝗑 π—”π—Ÿπ—œπ—₯𝗔𝗑 π—§π—¨π—‘π—”π—œ
( Cashflow Management)

  • mengenal pasti perbelanjaan dan merancang Belanjawan Keluarga.
  • CPR – Cashflow Positioning Recovery.

Lapis Kelima : PERLABURAN (INVESTMENT)

π—£π—˜π—₯π—”π—‘π—–π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π—£π—˜π—Ÿπ—”π—•π—¨π—₯𝗔𝗑
( Investment Planning).

Di dalam topik ini perancangan pelaburan merangkumi 3 perancangan utama.

A. π™‹π™šπ™§π™–π™£π™˜π™–π™£π™œπ™–π™£ π™‹π™šπ™§π™¨π™–π™§π™–π™–π™£
( Retirement Planning).

B. π™‹π™šπ™§π™–π™£π™˜π™–π™£π™œπ™–π™£ π™‹π™šπ™£π™™π™žπ™™π™žπ™ π™–π™£ π˜Όπ™£π™–π™ 
( Education Planning).

C. π™‹π™šπ™§π™–π™£π™˜π™–π™£π™œπ™–π™£ 𝙄𝙗𝙖𝙙𝙖𝙝 π™ƒπ™–π™Ÿπ™ž & 𝙐𝙒𝙧𝙖𝙝
( Hajj Umrah Planning).

  • mengenal pasti instrumen yang bakal di gunakan, risiko dan pulangan yang bakal di perolehi dalam mencapai matlamat pelaburan. Contoh Fd, Money Market, Asb/f, TH, UT, Pasaran Saham, Hartanah, komoditi, Logam, forex dll.

Lapis Keenam : PENYUCIAN (PURIFICATION)

π—£π—˜π—‘π—šπ—¨π—₯𝗨𝗦𝗔𝗑 π—­π—”π—žπ—”π—§ & π—–π—¨π—žπ—”π—œ
( TAX & ZAKAT Management).

  • Berapa zakat persendirian dan zakat harta yang wajib dikeluarkan setiap tahun apabila cukup haul berdasarkan nisab yang ditetapkan selepas di tolak kifatah.
  • Pengurusan cukai, adakah kita layak dikenakan cukai dan membayarnya pada kadar yang di tentukan selain mendapatkan pengurangan daripadq pembayaran zakat.

Lapis Ketujuh: PENGANGIHAN (DISTRIBUTION)

π—£π—˜π—₯π—”π—‘π—–π—”π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗛𝗔π—₯𝗧𝗔 π—£π—¨π—¦π—”π—žπ—”
( Estate Planning)

  • melantik pelaksana (wasi) bagi mewakilkan kita selepas ketiadaan kita.
  • mengenal pasti ahli waris untuk di agihkan harta selepas pemergian kita.
  • mengepasti instrument yang mahu di gunapakai di dalam proses pengagihan.
  • melakukan wasiat untuk amal jariah yang berpanjangan untuk diri kita dan keluarga.
  • Instrumen: wasiat, hibah, hibah amanah/bersyarat, deklarasi harta sepencarian, surat kuasa, trust amanah dll.

  • Kesemuanya ada 11 perkara yang perlu dibuat termasuk sub perancangan dan pengurusan. Inilah perancangan kewangan yang holistik.

Kita boleh sahaja membuat perancangan ini sendiri jika kita mempunyai ilmu. Jika tidak lantiklah mana mana PERANCANG KEWANGAN yang berdaftar untuk melaksanakannya dan membantu kita menguruskan harta serta kewangan untuk kita.

Perancangan kewangan, FP adalah mereka yang mengikuti pensijilan professional di bawah badan badan yang diiktiraf oleh Bank Negara dan SC suruhanjaya securiti seperti IBFIM, MFPC, FPAM dan beberapa lagi sama ada dalam mahupon luar negara.

Ambil masa dan tahu tentang kewangan peribadi dengan memahami 7 lapis ini terlebih dahulu, semoga ianya memberi manfaat dan kita boleh mulakan pelan perancangan kewangan kita secara menyeluruh hari ini.

Share
  •  
    581
    Shares
  • 144
  • 182
  •  
  • 123
  • 132
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *