7 Perkara ASAS Tentang TAKAFUL Yang Orang Muda Perlu Ambil Tahu.

1. TAKAFUL

Takaful ialah suatu skim yang berdasarkan prinsip ta`awun, jamin menjamin atau bantuan bersama diantara peserta (penyumbang) yang di kelolakan oleh Syarikat Takaful. Ia memberikan perlindungan bersama aset dan harta serta menawarkan perkongsian risiko bersama ahli sekiranya salah seorang ahlinya mengalami kerugian.

2. PERUNDING TAKAFUL.

Seseorang yang menawarkan perkhitmatan di bawah syarikat TAKAFUL dan membantu (fasilitate) bakal pelanggan untuk mendapatkan produk terbaik. Produk yang bersesuaian dengan keperluan serta perlindungan yang bersesuaian pelanggan.

3. SUMBANGAN ( PREMIUM)

Sejumlah nilai yang ditetapkan oleh syarikat dan di persetujui oleh penyumbang takaful atas dasar konsep sedekah ( Tabarru’) . Tabarru’ membawa maksud menyumbang dengan rela atau menyediakan khidmat bakti secara ikhlas.

Dalam konteks takaful, tabarru’ merujuk kepada peserta mendermakan sebahagian atau keseluruhan wang sumbangan yang dibayar semasa menyertai pelan atau skim takaful dengan tujuan untuk digunakan bagi membantu rakan peserta yang dibebani kehilangan atau kerugian berikutan dilanda musibah tertentu.

Oleh kerana tabarru’ dikategorikan sebagai kontrak satu pihak yang tidak memerlukan sebarang pertukaran atau timbal balas, aplikasi tabarru’ di dalam takaful telah menghapuskan unsur-unsur gharar, riba dan maisir yang menyebabkan insurans konvensional difatwakan haram. Unsur-unsur ini akan dijelaskan seperti di bawah.

4. MANFAAT

Secara asasnya manfaat takaful menawarkan perlindungan kepada Kematian, Hilang Upaya dan Sakit Kritikal. Akan tetapi kini perlindungan lebih meluas merangkumi pelbagai jenis risiko contohnya kos kos perubatan, perlindungan kemalangan, pendapatan dan bayi dalam kandungan.

Setiap manfaat boleh hadir secara bersama dengan pelan asas ( basic) mahupon berasingan (stande alone) . Makin pelbagai manfaat yang di ambil untuk melindungi sesetengah risiko, makin tinggi sumbangan yang perlu di buat.

5 . RISIKO

Takaful berfungsi mengalihkan & menyerap risiko yang bakal di hadapi oleh ahlinya. Syarikat takaful biasanya mengira Perlindungan yang ditawarkan berdasarkan faktor risiko contohnya jantina, umur, pekerjaan dan status kesihatan. Semakin tinggi risiko yang mahu dilindung semakin tinggi sumbangan yang dibayar.

6. PENERIMA (BENEFICIARY)

individu/entiti yang mempunyai hak dan layak untuk menerima manfaat daripada sijil takaful. Terdapat 2 cara penerima untuk mendapat manfaat, Yang pertama melalui wasiat dan yang ke 2 adalah hibah. Pelantikan penerima perlulah di buat oleh pemilik sijil dan di lakukan semasa hidup.

7. TEMPOH MATANG.

Tempoh matang boleh juga di sebut sebagai tempoh tamat sijil sama ada sijil tamat di sebabkan kematian, manfaat pampasan sudah di berikan dan tempoh sijil tamat kontrak ( matang) . Yang mana apabila sijil matang, manfaat akan terhenti / habis di berikan dan ada sesetengah sijil akan memberikan pulangan pelaburan atau nilai tunai atas caruman yang di lakukan.

Share
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *