Apa Beza Antara WASI, Pemengan Amanah & Penerima Hibah Dalam Borang Penama Sijil Takaful.

Adalah Kemestian pemilik sijil takaful meletakkan Penama dalam sijil sijil takaful mereka. Ini adalah bagi memastikan proses pembayaran pampasan dan pemberian manfaat takaful dapat berjalan lancar. Penama adalah mereka yang bakal menerima manfaat takaful daripada pimilik sijil tapi bukan semua adalah penerima manfaat multak.

Ada 3 jenis Penama didalam sijil takaful dan setiap satunya ada fungsi yang berbeza serta tanggungjawab yang berbeza. Jadi hari ini kita akn bincangkan apa perbeza Wasi, Pemengang Amanah dan Penerima Hibah ini dalam bahagian borang penama sijil takaful.

WASI / PELAKSANA

WASI membawa maksud Pelaksana, yang mana penama yang dilantik bertanggung jawab menguruskan dan mentadbir manfaat takaful (pampasan) yang di terima mengikut Undang-undang Islam Pusaka (Faraidh), Akta Probet dan Pentadbiran 1959 [Akta 97] , perintah mahkamah atau secara muafakat.

Wasi bukanlah penerima multak kepada pampasan takaful tadi. Jikalau Wasi adalah seorang isteri/balu kepada pemilik sijil takaful. Beliau hanya layak menerima 1/8 daripada keseluruhan manfaat tadi selepas di tolak kos pengurusan jenazah, hutang- hutang dengan Pihak Pemuitang, Hutang Agama, harta sepencarian.

PENERIMA HIBAH ( BENEFISIARI HIBAH BERSYARAT)

PENERIMA HIBAH atau Benefisiari ( penerima hak) di bawah Hibah Bersyarat adalah penerima mutlak kepada pampasan atau manfaat daripada pemilik sijil takaful berdasarkan jumlah tunai atau perincian peratusan yang ditentukan oleh si pemilik sijil sebelum meninggal dunia.

Selaras Dengan Akta Perkhitmatan Kewangan Islam 2013 ( IFSA2013) Seksyen 142, Perengan 3, (2) yang menyatakan

Suatu penamaan oleh peserta takaful menurut subperenggan 2(1) bagi seorang penama untuk menjadi seorang benefisiari di bawah hibah bersyarat, hendaklah, walau apa pun mana–mana undang–undang bertulis, mempunyai kesan memindahkan pemilikan, dan hendaklah memindahkan pemilikan, manfaat takaful yang kena dibayar itu kepada penama itu atas kematian peserta takaful itu dan manfaat takaful sedemikian yang dipindahkan tidak menjadi sebahagian daripada harta pusaka peserta takaful yang mati itu atau tertakluk kepada hutangnya.

Hal menyebabkan wang Pampasan dan manfaat tadi terkeluar daripada pembahagian harta pusaka si pemilik sijil. Penerima tidak wajib membayar sebarang hutang ataupon apa jua tanggungjawab si mati. Sesungguhnya hibah itu adalah pemberian ikhlas (Pemberi) kepada Penerima tanpa sebarang niat untuk mendapat balasan, manfaat atau pulangan daripada mereka yang menerima hibah.

Sambung baca : Hibah Dan Pengertiannya Di Sini .

Bagi pemilik Polisi Insuren pula, mereka tidak boleh mengunakan hibah bersyarat seperti pemegang sijil takaful. APKI 2013 hanya terpakai untuk servis kewangan yang berlandaskan syariah sahaja. Walau begitu pemilik polisi insuren boleh mengunakan Dokumen absolute assignment.

Apa Itu Absolute Assignment?

Takrifan: Absolute Assignment adalah tindakan pemindahan lengkap pemilikan (semua hak, manfaat dan liabiliti) dasar sepenuhnya kepada pihak lain tanpa sebarang syarat dan syarat.

Penerangan: Tugas mutlak mengalihkan pemilikan polisi insurans. Contohnya, pemilik polisi X ingin memberikan polisi insurans hayatnya kepada orang lain yang bernama Y. Oleh itu, X melakukan tugasan mutlak.

Di sini X adalah penyerah dan Y adalah penerima tugas. Sekarang semua faedah, pulangan dan bahkan liabiliti adalah atas nama Y. Jika Y mahu, dia boleh menggunakan peruntukan mutlak dan memindahkan polisi tersebut kepada pihak lain.

https://economictimes.indiatimes.com/definition/absolute-assignment

PEMEGANG AMANAH

Sekiranya penama sama ada wasi atau penerima hibah belum mencapai umur 18 tahun, atau yang tidak waras yang telah diperakui oleh pengamal perubatan yang berdaftar di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50] , Pemilik sijil hendaklah melantik Pemegang Amanah untuk menerima pampasan dan manfaat daripada sijil yang ada.

Pemengan Amanah bolehlah dilantik daripada kalangan individu seperti waris terdekat ataupon peguam bebas. Selain daripada itu Pemengan amanah boleh daripada syarikat syarikat Amanah yang berdaftar di bawah SSM dan tertakluk pada Akta Pemegang Amanah 1949 dan Akta Syarikat Amanah 1949 sebagai contoh Syarikat Amanah Raya Berhad dan Syarikat As Salihin Trustee Berhad.

Tanggungjawab pemegang amanah adalah sama seperti mana wasi, mereka hanyalah pelaksanan kepada hajat dan juga segala kemahuan kita berdasarkan kepentingan kepentingan kita seperti yang di nyatakan di dalam dokumen amanah.

Tujuan pelantikan syarikat amanah ini adalah mempercepatkan proses penerimaan pampasan dan manfaat tunai takaful si pemilik kepada penerima. Jika pelantikan tidak di laksanakan, wang tadi akan ke amanah raya dan hanya akan dapat di keluarkan dengan 2 cara.

Cara pertama mahkamah menentukan penjaga( legal Guardian) kepada penerima kebiasaanya kanak kanak atau mereka yang kurang sihat ( rujuk Akta Perubatan 1971 [Akta 50] ) . Cara ke 2, wang boleh dituntut penerima setelah umurnya 18 tahun.

Antara kelebihan jika kita memilih pemegang amanah daripada Pihak syarikat kita tidak perlu risau berkaitan pemegang amanah hidup atau tidak sempat melaksanakan amanah kita jika mereka individu. Selain daripada isu penyelewengan dan ketidakcekapan pelaksanaan. Kerana syarikat amanah di audit dan di pantau oleh badan badan tertentu.

Contoh ruang melantik Syarikat amanah dalam Borang Penamaan Takaful

Semoga para pembaca mendapat manfaat daripada perkongsian ringkas ini. Artikel akan di kemaskini di masa kan datang selaras dengan perubahan maklumat dan maklum balas pembaca, Like, Share Dan Comment buah fikiran kalian di bawah.

Aliff Shanusi

Apa Beza Antara Wasi Hibah dah Pemegang Amanah.
Share
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *