APA ITU PELABURAN?

Pelaburan adalah mengalih sedikit daripada kewangan dan simpanan kita untuk bekerja dengan mengharapkan pulangan ke atas wang itu.

Kita mungkin sudah mula melabur dalam pelbagai perkara sepanjang hidup kita . Antaranya melabur dalam pendidikan sendiri , pulangan yang kita harapkan adalah memperolehi pekerjaan yang di impikan dan gaji yang tinggi di masa depan .

Apabila kita melabur untuk mendapatkan kasut ataupon pakaian berjenama, kita mungkin mengharapkan pulangan dalam bentuk pujian atau pengikhtirafan status sosial dalam kalangan kawan kawan kita atau masyarakat.

Begitu juga dalam pemilihan pemakanan, kita melabur mendapatkan makanan yang baik dan berkualiti untuk dapatkan kesihatan yang baik bergitu juga kita melaburkan masa untuk bersenam.

Berbeza dalam aspek kewangan, mengenai kewangan kita, melabur bermaksud meletakkan wang yang kita ada untuk bekerja dalam stok, bon, atau sesebuah perniagaan dengan harapan dapat memperoleh keuntungan.

Sebagai Contoh, RM 10k yang di simpan di dalam Skim Simpanan ASB akan bertambah simpanannya dengan purata 4% faedah setahun berbanding hanya meletakkan wang kita di dalam akaun simpanan biasa.

Pada jangka masa 10 tahun ke hadapan, wang Rm 10k itu akan menjadi RM 15k, manakala jika dalam akaun simpanan biasa hanya mempunyai tambahan rm 1000 sebelum di tolak cas pengunaan servise bank tersebut.

woman writing on a notebook beside teacup and tablet computer
Photo by Tirachard Kumtanom on Pexels.com

KENAPA PERLU MELABUR.

Sudah semestinya dalam dunia sebenar, pulangan pelaburan boleh turun dan naik. Kebiasaannya pulaburan tidak memberikan pulangan yang lancar seperti yang disangkakan setiap tahun.

Akan tetapi dalam jangka masa panjang, pelaburan dalam industri kewangan biasanya menghasilkan wang kita lebih cepat daripada alternatif lain.

Pengalaman perlu di uruskan dengan baik untuk menghasilkan pulangan yang baik.

“How many millionaires do you know who have become wealthy  by investing in savings accounts?“

Robert G. Allen

BAGAIMANA PELABURAN BEKERJA?

Pasaran saham pada umumnya meningkat dalam jangka masa panjang kerana ekonomi biasanya berkembang — sejajar pertumbuhan penduduk sesebuah negara dan kemajuan teknologi.

Lebih ramai orang di dunia bermaksud lebih banyak orang akan membeli barang. Perkembangan kemajuan teknologi dapat meningkatkan produktiviti pekerja dan memacu penemuan baru.

Kedua-dua faktor tersebut membantu syarikat menjual lebih banyak barang dan memperoleh keuntungan lebih besar dari masa ke masa. Melabur membolehkan kita mendapatkan sedikit bahagian daripada pasaran keuntungan.

Photo by Pixabay on Pexels.com

Inilah Langkah ASAS Pelaburan:

Langkah 1: Kita melabur dengan membeli saham pemilikan dalam sesebuah syarikat (Ekuiti) atau meminjam wang/memberi hutang kepada syarikat (Bond/Sukuk)

Langkah 2: Syarikat menjalankan aktiviti perniagaan dan berkembang.

Langkah 3: Pemilikan saham kita sebelum ini lebih bernilai, meningkat harganya berbanding sebelum ini. Kita boleh menjualnya untuk mendapat keuntungan atau menerima faedah daripada wang yang di pinjamkan.

JENIS DAN KEPELBAGAIAN DALAM SAHAM.

Bukan semua orang serasi dan menyukai saham atau pasaran modal. Ada pelbagai lagi Pelaburan lain yang boleh di ambil kira atau di ceburi.

Antaranya Pasaran Hartanah, Pelaburan Emas dan logam berharga, Barangan lama dan Vintage seperti lukisan serta barangan tembaga dll.

BAGAIMANA MEMILIH PELABURAN?

Tidak ada satu cara pemilihan pelaburan yang sempurna untuk semua orang.

Mungkin kita boleh ambil kira faktor di bawah terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu pelaburan:

  1. Berapa kos untuk mula melabur ?
  2. Berapakah jangkaan pulangan untuk pelaburan yang di buat ?
  3. Apa & berapa banyak risiko yang ditanggung oleh kita sebagai pelabur ?
  4. Seberapa mudah pelaburan ini di cairkan? (untuk di jual semula)
  5. Adakah pelaburan ini di kenakan cukai atau cas ?
  6. Adakah pelaburan ini memenuhi matlamat pelaburan kita dan membantu kita untuk mempelbagaikannya nanti ( diversify)?
Photo by Karolina Grabowska on Pexels.com

KESIMPULAN

Melabur adalah proses menyerahkan wang kita kepada sesuatu instrumen dengan harapan mendapatkan lebih banyak wang sebagai balasan.

Pilihan pelaburan bermula daripada saham, bon hinggalah logam beharga serta hartanah.

Dalam jangka masa panjang, pelaburan biasanya memberikan pulangan yang lebih baik daripada akaun simpanan atau wang yang disumbat di bawah tilam kita.

Walau bagaimanapun, semua pelaburan mempunyai risiko tersendiri, dan tidak ada jaminan 100% akan menghasilkan wang kepada kita.

Pertimbangkan risiko, ganjaran, dan tujuan pelaburan kita sebelum memilih dan memulakan sebarang pelaburan.

Share
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *