Skip to content

Aspek Penting dalam Perlindungan Kenderaan: Perkara yang Selalu Terlepas Pandang

When you purchase through referral links on our site, we earn a commission. Read our Advertiser Disclosure

Dengan kenaikkan kos sara hidup dan harga barangan semasa membuatkan kita mengamalkan sifat berjimat cermat dan pengurusan kewangan yang baik. Pilihan atau penawaran yang lebih murah akan menjadi keutamaan untuk mendapatkan penjimatan.

Akan tetapi, terlalu kerap juga ramai yang terperangkap dalam usaha mencari bayaran perlindungan yang lebih murah dan melupakan faktor-faktor kritikal yang boleh membantu melindungi harta kita.

Di bawah ini adalah panduan menyeluruh dan perkara yang sering terlepas pandang dalam memilih perlindungan kenderaan yang sesuai, termasuklah aspek yang sering diabaikan dan contoh yang relevan.

1. Takaful vs. Insurans: Memilih dengan Bijak

Bagi umat Islam, Takaful adalah pilihan yang lebih selaras dengan prinsip Shariah. Walaupun insurans mungkin menawarkan bayaran premium/caruman yang lebih rendah,akan tetapi menjadi keutamaan kita mendapatkan perlindungan takaful terlebih dahulu. Jika sudah bertemu jalan buntu barulah insuren boleh di guna pakai.

Ada pelbagai syarikat takaful yang menawarkan perlindungan yang terbaik untuk pelbagai jenis kenderaan. Meskipon begitu, ada beberapa jenis kenderaan yang tidak dapat dilindungi oleh syarikat takaful antaranya kenderaan lama, antik ataupon terlalu advance. Jika hal ini berlaku bolehlah kita menggunakan insuren.

2. Penilaian Pampasan (Coverage): Mengikut Nilai Kenderaan semasa.

Pilihlah jumlah pampasan yang setara dengan nilai kenderaan pada tahun semasa. Pastikan tidak terlalu rendah atau melebihi harga kenderaan semasa, kerana jika terlalu rendah, kita mungkin terpaksa membayar kos tambahan untuk membaiki kenderaan atau menanggung perbezaan nilai. Jika terlalu tinggi, syarikat hanya membayar dengan harga yang setara sahaja.

Contoh: Seseorang memiliki kenderaan bernilai RM50,000 dan memilih perlindungan dengan pampasan yang hanya RM30,000. Jika kenderaan itu mengalami kemalangan dan perlu dibaiki dengan kos RM40,000, individu tersebut perlu membayar kos lebihan RM10,000 dari poket sendiri.

3. Perlindungan Cermin: Lebih Penting Daripada kita sangka.

Perlu kita tahu yang cermin kenderaan tidak disertakan dalam perlindungan asas, ia perlu ditambah sebagai manfaat tambahan. Hal ini membuatkan ramai yang terlepas pandang dan kos untuk memperbaiki cermin bunya murah. Sekeping cermin depan myvi lagi best berharga RM 800 sekarang.
Nilai perlindungan.cermin boleh di ambil setara dengan harga terkini ataupon lebih rendah. Cumanya kita perlu menambah kos harga cermin semasa baik pulih.

Contoh: Kita memilih untuk tidak memasukkan perlindungan cermin dalam perlindungan kenderaan kita. Suatu hari, cermin sisi kenderaan kita pecah akibat kemalangan. Kos untuk menggantikan cermin tersebut lebih tinggi daripada jumlah yang kita bayar untuk menambahkannya dalam sijil perlindungan. Sekiranya kita memilih perlindungan cermin, kos penggantian akan ditanggung sepenuhnya.

4. Perlindungan Bencana: Lindungi Kenderaan Kita Dengan Baik

Untuk sesiapa yang tinggal atau kerap berada di kawasan yang dilanda banjir kilat atau bencana alam lain, adalah bijak untuk mempertimbangkan perlindungan tambahan untuk melindungi kenderaan daripada kerosakan yang disebabkan oleh bencana. Perlindungan bencana ada peril/ rider tambahan dan tidak termasuk dalam perlindungan asas.

Contoh: Seseorang tinggal di kawasan yang sering berlaku banjir kilat dan memilih untuk tidak menambah perlindungan bencana dalam polisi kenderaan. Kemudian, banjir kilat melanda dan merosakkan enjin kenderaan, memerlukan kos pembaikan yang sangat tinggi. Sebarang permohonan untuk pampasan atau pemulihan akan di tolak melainkan Jika memilih perlindungan bencana, kos ini akan dicover sepenuhnya.

5. Pemandu Tambahan: Tetapkan Pilihan Bijak

Jika terdapat pemandu lain yang sering memandu kenderaan kita seperti ibu ayah, adik beradik ataupon kawan, adalah bijak untuk memasukkan nama mereka dalam polisi sebagai pemandu tambahan. Ini akan membantu melindungi mereka dan memastikan bahawa tuntutan masih boleh dibuat tanpa sebarang cas tambahan oleh pihak syarikat.

Contoh: kita memiliki kenderaan yang sering dipandu oleh adik kita. Adik kita terlibat dalam kemalangan dan kenderaan mengalami kerosakan. Jika adik kita disenaraikan sebagai pemandu tambahan dalam polisi, tuntutan akan diproses tanpa cas tambahan.

6. Caj Pembaikan Lebih Baik (Betterment Charge): Fahami dengan Jelas

Betterment charge adalah cas tambahan yang dikenakan untuk membayar kos pertukaran barang kenderaan yang rosak kepada barang ganti original jika berlaku kemalangan selepas kereta sudah melebihi 5 tahun.

Contoh: Selepas kemalangan, bahagian kenderaan perlu diganti dengan yang baru. Jika kita memilih untuk menggunakan barang ganti terpakai, betterment charge mungkin tidak dikenakan. Tetapi jika anda memilih untuk menggantinya dengan barang ganti original, kita mungkin perlu membayar sebahagian daripada kos pertukaran.

7. Perkhidmatan Bengkel dan Penyelenggaraan: Keselamatan di Utamakan

Kebiasaannya kenderaan yang melebihi 5 tahun tidak lagi di hantar ke pusat servic jenama kereta itu tapi kepada bengkel bengkel yang tersenarai di bawah syarikat takaful/insurence. Cumanya pastikan alatan ganti di ganti dengan yang original ataupon yang berkualiti dan bukan tiruan. Ada juga pelan tambahan untuk mendapatkan pertukaran kepada alat ganti original cuma perlu tambahan bayaran pada pelan yang di ambil.

Sangat penting memilih perlindungan kenderaan dengan bijak. Pilihlah perlindungan yang sesuai dengan keperluan dan gaya hidup kita.Dapatkan maklumat dengan lengkap terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk mendapatkan perlindungan kenderaan. Mahal tidak semestinya bagus dan murah tidak semestinya tidak, yang bagus adalah yang sesuai dengan keperluan risiko kita.

Aliff Shanusi

Share this post on social