Skip to content

Belanjawan 2024: 15 Manfaat Terus Kepada Para Belia.

When you purchase through referral links on our site, we earn a commission. Read our Advertiser Disclosure

#Belanjawan2023 telah pon di bentangkan oleh PMX dan 15 manfaat dan kelebihan terus kepada pada belia dan orang muda. Ini adalah ringkasan, maklumt dan perkongsin akan di kemas kini selaras dengan pemberitahuan dan perlaksanaan pihak kerajaan. Semoga bermanfaat.

1. Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Peruntukan STR akan ditingkatkan kepada RM 10 Bilion bagi tahun 2024 berbanding RM 8 Bilion pada tahun 2023.

Kadar maksimum STR akan dinaikkan kepada RM 3,700 berbanding RM 3,100 sebelum ini.

Kadar minimum Bagi golongan belia pula, kadar miniumum STR juga meningkat daripada RM350 kepada RM500 ringgit.

Bayaran maksimum kali pertama STR untuk tahun 2024 akan dinaikkan daripada Rm300 kepada RM 500, dan dijangka akan disalurkan pada Februari 2024 sebelum Ramadhan.

Permohonan baharu STR 2024 akan dibuka seawal November 2023

2. Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Penerima STR akan menerima RM 100 sebulan (kredit dalam myKad) untuk tempoh 12 bulan bagi pembelian barang-barang asas di kedai runcit.

3. Rebat Bil Elektrik Dan Pengecualian Deposit

Akaun Bil Elektrik Isi rumah miskin tegar akan mendapat sebanyak RM 40 rebat elektrik sebulan serta pengecualian deposit akaun bil elektrik.

4. Diskaun PTPTN Diskaun bayaran balik PTPTN

Bermula 14 Oktober 2023 – 31 Mac 2024 mengikut kadar berikut:

Pertama: Diskaun 10%, bagi bayaran penuh hutang.

Kedua: Diskaun 10%, bagi sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah hutang dalam satu bayaran

Ketiga: Diskaun 15% bagi bayaran potongan gaji atau debit berjadual.

5. Bonus Penjawat Dan Pesara Awam

Bayaran Insetif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam akan diberikan kepada penjawat awam sebanyak:

a. RM 2,000, kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk juga kepada lantikan kontrak

b. RM 1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam melibatkan semua termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform

c. Bagi pesara kerajaan pula, RM 1,000 akan diberikan termasuk kepada veteran berpencen serta tidak berpencen.

Bayaran ini akan disalurkan secara sekali gus pada akhir Februari, menjelang Ramadhan tahun 2024

6. Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik

Golongan yang berpendapatan bawah RM 120,000 setahun layak mendapat rebat sebanyak RM 2,400 bagi pembelian motosikal elektrik.

7. Bayaran Ujian Memandu Bagi tahun 2024

Bayaran bagi ujian memandu lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi untuk 40,000 belia daripada keluarga kurang mampu akan ditanggung kerajaan.

8. Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan Siswa (FLYsiswa)

Program FLYsiswa yang telah diperkenalkan tahun ini akan diteruskan untuk memberi manfaat kepada hampir 60,000 pelajar dari golongan kurang mampu.

9. Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Akaun fleksibel KWSP akan diperkenalkan. Akaun yang berbeza ini memudahkan akses ahli kepada simpanan pada bila-bila masa.

10. Ganjaran Aktiviti Kesukarelawanan.

Sebanyak RM 500 akan diberikan sebagai ganjaran kepada belia yang melakukan aktiviti kesukarelawanan di badan-badan berdaftar oleh kerajaan.

11. Pelepasan Cukai Yuran Kursus Peningkatan Diri.

RM 2,000 pelepasan cukai sehingga tahun taksiran 2026 akan diberikan bagi yuran kursus peningkatan kemahiran dan kemajuan diri.

12. Yuran Pendaftaran Kemasukan Universiti Awam.

Bermula 2024, Had yuran pendaftaran ditetapkan tidak melebihi RM1,500 selari dengan nilai pemberian wang pendahuluan PTPTN.

Dalam masa yang sama, Pelajar sedia ada yang tidak mampu membayar yuran pengajian tidak akan disekat mendaftar subjek pada setiap semester dan bayaran boleh dilunaskan selepas pendaftaran subjek.

13. Pas My 50 di teruskan.

Pas My50 akan diteruskan bagi perkhidmtan bas dan rel PRASANA 20.

14.nSkim MySalam

Pelaksanaan Skim MySalam akan diteruskan lagi bagi tempoh dua tahun.

15. Sumbangan Khas

Sumbangan khas kepada Guru Takmir, Guru KAFA, Imam, Bilal, Siak, Noja dan Marbut Kerajaan setuju untuk memberikan sumbagan sebanyak RM 700 sebagai perhargaan jasa.

Semoga bermanfaat.

Aliff Shanusi

Share this post on social