Berlaku KEMALANGAN Jalan Raya? Apa Yang Anda Perlu Lakukan.

Jika anda terlibat dalam kemalangan, apa yang anda perlu lakukan anda lakukan, di sini CikAliff tuliskan langkah langkah yang anda perlu lakukan berdasarkan pengalaman sendiri dan kawan kawan,

Semoga dapat memberikan manfaat kepada semua, insyaAllah akan di muat naik dan di perbaiki dengan informasi yang lebih.

Selamat membaca.

1) kawal emosi ( bernafas dan tidak cemas).

2) cuba keluar dari kenderaan, jika cedera dapatkan bantuan. Bantu juga mereka yang berkaitan.

3) semasa dapatkan bantuan pastikan anda di tempat yang selamat , elakkan berdiri di tepi jalan atau berdekatan dengan kereta jika kereta itu teruk atau terbakar.

4) Jaga emosi. Jika anda di langgar atau melanggar. Turun dari kenderaan berhati hati. Jika rasa tidak selamat pandu terus ke balas polis berdekatan atau jika kenderaan tidak boleh berjalan. Jangan turun hubungi rakan, polis atau plus hotline jika di lebuhraya.

5) Ambil gambar tempat kejadian beserta nombor plet kenderaan, cukai jalan, jika dilanggar dapatkan ic atau gambar lesen atau cam muka pemandu. Boleh juga ambil gambar keadaan kereta dan kesan kemalangan sebagai bukti.

6) Jika boleh, alihkan kereta anda ke tepi untuk mengelakkan kesesakan.

7) Pastikan apa  kerosakan kereta anda. Jika tidak boleh bergerak, call insuran/takaful  untuk perkhidmatan tunda yang disediakan oleh mereka. Elakkan daripada truk tunda yang lalu lalang menawarkan perkhidmatan.

10 HOTLINE NUMBERS OF MOTOR INSURANCE/MOTOR TAKAFUL FOR 24 HOURS ROADSIDE ASSISTANCE SERVICE

AIG Malaysia 24 Hours Road Assistance Service

1-300-88-3933

Allianz 24 Hours Car Assistance Programme

1-800-88-6278

Am Assurance 24 Hours Breakdown or Accident Service

1-300-88-2647 (powered by Kurnia Auto Assist)

1-300-22-1188 (Accident Assist Call Centre)

AXA Affin 24 Hours Motor Roadside Assistance

1-800-88-1033

Berjaya Sompo Rakan Auto

03-7628 3822/03-7841 5660

Etiqa 24 Hours Emergency and Car Breakdown Assistance

1-800-88-6491

MSIG Insurance 24 Hours Motor Assist

1-300-88-0833

Takaful Ikhlas 24 Hours Bantuan Ikhlas (Assistance Service)

1-800-88-1186

Takaful Malaysia 24 Hours Tele Bantuan

1-800-88-8788

Tokio Marine Auto Partner

03-2053 5800

1-800-88-1301 (Tow Truck Services)

Cadangan Simpan dalam telepon masing masing supaya jika berlaku kita sudah tahu untuk menghubungi pihak syarikat insuren/takaful.

8) Cuba berbincang dengan professional. Jika perlu terus ke balai untuk buat laporan polis, jika kerosakan kecil mungkin boleh memohon maaf atau membayar sedikit ganti rugi.

9) Semasa membuat laporan polis, ceritakan hal yang sebenarnya secara menyeluruh bagaimana kemalangan terjadi, laporan perlu dibuat dalam tempoh 24 jam.

Sekiranya kita terpaksa ke hospital atau di wadkan sila dapatkan discharge note daripada hospital untuk maklumkan kepada balai sebab lambat melaporkan atau keluarga terdekat boleh laporkan.

10) Anda akan di panggil oleh pegawai penyiasat, biasa selepas membuat laporan atau jika laporan di buat malam, pegawai akan menghubungi anda pada hari berikut.

siasatan akan di lakukan terlebih dahulu, jika anda bersalah melanggar undang undang atau menyebabkan kemalangan anda akan di saman. Jika anda tidak berpuas hati atau tidak bersalah boleh bawa kes ini untuk didengarkan di makamah.

Jika memang kita bersalah anda akan di saman Rm 300, mohon pengurangan saman jika mereka benarkan. Sila bayar segera.

11) Dapatkan salinan report polis di kaunter dengan lakukan pembayaran untuk dapatkannya kebiasaannya Rm 4 ringgit.

12) Boleh Dapatkan gambar dari jurugambar polis untuk tujuan claim insuran/takaful. ( kebiasaannya bengkel uruskan).

13) Pastikan kereta dihantar ke bengkel yang di pilih, terbaik adalah bengkel yang anda tahu dan autorise.

14) Sediakan Dokumen berikut,

• Salinan kad pengenalan

• Salinan geran kenderaan

• Salinan laporan kemalangan7

• Cover note takaful/insuren.

15) Kosongkan kereta daripada barang beharga sebelum serahkan kepada pihak bengkel.

16) Lengkapkan borang tuntutan dan pengesahan untuk bengkel membuat tuntutan bagi pihak kita.

17) Pulang Ke rumah, Buat follow up dengan bengkel untuk memastikan tuntutan dibuat dalam masa yang cepat dan pantas.

18) Selepas kenderaan selesai di perbaiki, semak semua kesan kemalangan dan kerosakan. Pastikan semua diperbaiki dengan betul.

19) Sesudah selesai sain borang pengesahan dan anda punya 1 minggu untuk kembali ke bengkel jika ada sebarang masalah.

20) Pandu seperti biasa. Baca doa dan Kita elakkan kemalangan daripada berlaku lagi.

Kesemua panduan ini adalah pengalaman peribadi dan rakan rakan yang saya rumuskan sebagai perkongsian kepada geng sekalian.

LIKE | KOMEN | KONGSIKAN | RETWEET | jika anda rasa tip ini bermanfaat dan berguna.✌

Share
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

1 thought on “Berlaku KEMALANGAN Jalan Raya? Apa Yang Anda Perlu Lakukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *