Adakah Kita Bersedia Sebenarnya?

Banyak yang kita boleh belajar (refleksi) tentang PKP Covid-19 ini. Antaranya bab kewangan dan perhubungan.

Pasti ramai yang setuju bilamana PKP dijalankan aliran kewangan kita juga terbatas malah ada yang terhenti terus. Kita perasan yang simpanan kita memang tiada atau tidak kukuh langsung. Pekerjaan dan perniagaan kita yang dahulu kita banggakan terkesan.

Perkara ini memberi kesan kepada kehidupan kita, kehidupan pasangan dan keluarga kita. Lantas perhubungan kita juga terjejas, mungkin. Ini dinamakan domino effect. Bila sesuatu berlaku , perkara lain juga turut terkesan. Sudahnya boleh sakit jiwa jika tidak ditangani dengan baik.

Refleksi PKP ini sama dengan situasi selepas bersara atau apabila kita hilang keupayaan bekerja suatu masa nanti (mohon dijauhkan). Kita tanya pada diri kita adakah kita sungguh sungguh bersedia menghadapinya jika ia benar benar berlaku. Jika diberi pilihan moga kita elakkan tapi kita sendiri tidak tahu walaupon kita penuh berhati hati dalam kehidupan.

Berapa tabungan kecemasan yang kita perlu sediakan?

Berapa pula bahagian perbelanjaan perubatan perlu diketepikan?

Berapa perbelanjaan harian diri, pasangan dan keluarga di perlukan?

Berapa pendapatan yang masih tinggal?

Semoga kita ambil belajar daripada apa yang berlaku hari ini untuk kita membuat persedian yang lebih ampuh di masa depan, sejarah untuk di pelajari dan diambil ibrah (pengajaan) daripada. Mereka yang tidak belajar adalah mereka yang sia sia hidupnya. Dan setiap sejarah itu ada pengulangannya.

Aliff shanusi

Kita sama sama belajar

Share
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *