Skip to content

Bijak Kewangan: Panduan Terbaik Memilih Tempat Simpanan Wang.

Zaman kini bukan lagi zaman menyimpan yang di bawah bantal mahupon di dalam peti besi seperti dahulu. Dengan kewujudan wang dalam pelbagai bentuk bukan sekadar helaian kertas mahupon kepingan syiling, Kita perlu tahu yang simpanan kita selamat. Apabila kita membuat keputusan untuk menyimpan wang, ada beberapa faktor penting yang perlu kita pertimbangkan dengan cermat:

1. Patuh Syariah:

Bagi individu yang mengamalkan prinsip-prinsip Islam, adalah penting untuk memastikan bahawa tempat penyimpanan wang mematuhi tatacara syariah. Ia adalah keutamaan untuk mencari penyelesaian yang memenuhi keperluan syariah. Melainkan kita berada di dalam situasi terdesak ataupon berada di negara yang tidak mengamalkan sistem kewangan patuh syariah.


2. Keselamatan Tempat Simpanan:

Sama ada dalam bentuk fizikal atau digital, keselamatan wang simpanan kita adalah faktor utama, adakah simpanan kita terjamin. Walaupun ancaman dan kemalangan diluar kemampuan kita, kita boleh memilih tempat simpanan yang menawarkan jaminan keselamatan yang tinggi. Contohnya simpanan di perbankan di bawah BNM memberikan jaminan perlindungan sehingga RM 250k bagi deposit tunai oleh PIDM.


3. Bayaran Cas:

Tiada makan tengahari percuma, hampir semua perkhidmatan yang di beri sekarang mengenakan bayaran. Oleh itu, adalah penting untuk kita ambil tahu dan memahami jumlah dan kekerapan cas yang dikenakan ke atas tempat kita meletakkan simpanan. Pilihlah tempat yang mengenakan bayaran cas yang paling rendah untuk memastikan simpanan kita tidak menyusut sama ada jumlah ataupon nilainya.


4. Pulangan atau Hibah:

Utamakan tempat penyimpanan yang memberikan pulangan, walaupun ia mungkin kecil tapi tetap bernilai. Simpanan kita akan berkurangan kerana dikenakan cas perkhitmatan selain daripada kesan inflasi. Sekurang-kurangnya, pulangan ini boleh membantu menampung bayaran dan mengekalkan nilai simpanan kita dalam jangka masa panjang.


5. Pengeluaran Ketika Kecemasan:

Perlu juga kita ambil peduli bagaimana pengeluaran untuk simpanan kita semasa kecemasan, adakah pengeluran berlaku segera atau ada masa yang perlu diambil, sama ada secara fizikal di kaunter atau secara atas talian , adalah penting untuk memahami proses pengeluaran wang pada masa kecemasan. Pengetahuan ini memastikan bahawa kita tidak berasa putus asa atau tertekan semasa memerlukan wang dengan segera, terutama dalam zaman yang mencabar ini.

Dengan mempertimbangkan faktor faktor ini, kita dapat membuat keputusan yang bijak mengenai tempat dan cara untuk menyimpan wang, meningkatkan keselamatan kewangan dan selaras dengan keperluan semasa kita. Salam kejayaan.

Aliff Shanusi

Share this post on social