Boleh Melabur Pada Pelaburan Tidak Syariah, Apa Yang Kita Perlu Tahu?

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada ALLAH dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah bahwa ALLAH dan rasul-NYA akan memerangimu.”

surah al-Baqarah ayat 278

Bila bercerita tentang Pelaburan mesti ramai yang teruja tidak kurang juga anak muda. Lebih lagi kini, melabur lebih mudah dengan kehadiran aplikasi atas talian yang memudahkan urusan pembukaan akaun, pemilihan dana dan juga urusan jual beli. Tambahan kewujudan Robo- Advisor dalam dan luar negara.

baca di sini : Robo-Advisor Terbaik masa kini.

Akan tetapi keterujaan dan kemudahan ini janganlah dijadikan asbab untuk kita leka dan salah membuat pilihan dalam melabur. Sebagai seorang muslim perlulah kita memilih pelaburan yang terbaik, bukan sahaja dari segi pulangan dan instrumen malah dari segi syariah juga. Saham Patuh syariah perlulah menjadi pilihan dan di utamakan.

APA ITU PERLABURAN PATUH SYARIAH?

Secara asasnya pelaburan patuh syariah adalah pelaburan yang memenuhi dan mengikuti undang undang syariah dan bebas daripada RIBA, GHARAR & MAISIR. Undang undang Syariah ini bersandarkan Maqasid Syariah.

RIBA : adalah al-ziyadah (tambahan). Daripada segi bahasa, bermaksud tambahan atau kenaikan. Secara istilah, ia bermaksud penambahan nilai ke atas sesuatu pinjaman yang disyaratkan oleh pemberi pinjaman atau dijanjikan oleh penerima pinjaman manakala dalam pertukaran sesetengah barangan dan matawang, ia bermaksud perbezaan nilai akibat kuantiti yang berbeza ataupun perbezaan waktu pertukaran.

GHARAR : dimaksudkan dalam perbahasan sah atau tidak sesuatu kontrak itu merujuk kepada risiko dan ketidakpastian yang berpunca daripada perbuatan manipulasi manusia mengakibatkan kemudaratan ke atas pihak yang dizalimi. Umpamanya menjual ikan di dalam kolah atau burung yang sedang di atas pokok . Setelah selesai perjanjian jual beli, gharar dalam objek jual beli itu boleh dijadikan alasan membatalkan kontrak. Ini kerana gharar itu terhasil daripada perbuatan zalim yang disengajakan

MAISIR : Maysir atau Qimar secara harfiah bermakna judi. Secara tekniknya adalah setiap permainan yang di dalamnya disyaratkan adanya sesuatu (berupa loteri) yang diambil dari pihak yang kalah untuk pihak yang menang. Dalam Bahasa lain MAISIR ini bermaksud ketiadak tentuan atau ada unsur manipulasi dan spekulatif di dalam urus niaga yang di lakukan.

Di Malaysia, kriteria ini ditetapkan oleh Majlis Penasihat Syariah (Syariah Advisory Council atau β€œSAC”) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Menurut SAC, mereka menggunakan pendekatan kuantitatif 2 peringkat, iaitu:

  1. Tanda aras aktiviti perniagaan
  2. Tanda aras nisbah kewangan

Jika sesebuah syarikat berada di bawah tanda aras yang ditetapkan, ianya akan diambil kira sebagai sebuah perniagaan patuh Syariah (yang secara automatik, sahamnya juga menjadi saham patuh Syariah). Berikut adalah sedikit sebanyak penerangan tentang 2 tanda aras ini:

1. Tanda Aras Aktiviti Perniagaan

a) Tanda Aras 5%

SAC menetapkan sesebuah syarikat akan dikira sebagai patuh Syariah jika sumbangan daripada mana-mana aktiviti tidak patuh Syariah (seperti di bawah) tidak menyumbang lebih 5% kepada perolehan Kumpulan dan keuntungan cukai Kumpulan syarikat tersebut:

  • Arak dan aktiviti berkaitan (memproses, mengilang, menjual, dll)
  • Babi dan aktiviti berkaitan (menternak, memproses, menjual, dll)
  • Perjudian
  • Hiburan tidak patuh Syariah
  • Makanan dan minuman tidak halal
  • Tembakau dan aktiviti berkaitan (memproses, mengilang, menjual, dll)
  • Insurans konvensional
  • Pendapatan faedah daripada akaun dan instrumen konvensional
  • Dividen daripada pelaburan tidak patuh Syariah
  • Mana-mana aktiviti lain yang diputuskan SAC sebagai tidak mematuhi prinsip-prinsip Syariah

b) Tanda Aras 20%

Penanda aras 20% ini pula terpakai untuk jenis perniagaan atau aktiviti-aktiviti berikut:

  • jual beli saham
  • pembrokeran saham
  • Sewaan daripada aktiviti-aktiviti tidak patuh Syariah
  • Mana-mana aktiviti lain yang diputuskan SAC sebagai tidak mematuhi prinsip-prinsip Syariah

Jadi, di dalam kategori ini, sesebuah perniagaan hanya dikira sebagai patuh Syariah jika perolehan Kumpulan dan keuntungan cukai Kumpulan syarikat daripada aktiviti-aktiviti tersenarai adalahΒ kurang daripada 20%.

2. Tanda Aras Nisbah Kewangan

a) Tunai Ke Atas Jumlah Aset

Tunai yang diambil kira adalah tunai yang ditempatkan di dalam akaun dan instrumen konvensional. Tetapi, tunai yang ditempatkan di dalam akaun dan isntrumen Islam tidak diambil kira di dalam pengiraan ini.

b) Hutang ke Atas Jumlah Aset

Hutang yang diambil kira adalah hutang yang berteraskan faedah. Kaedah pembiayaan Islam ataupun sukuk tidak akan diambil kira di dalam pengiraan ini.

Setiap nisbah di atas, yang bertujuan untuk menilai riba atau elemen berteraskan riba dalam penyata kedudukan kewangan syarikat tidak boleh melebihi 33 peratus.

Selain penilaian melalui kaedah kuantitatif, SAC juga mengambil kira aspek kualitatif di dalam penilaian, iaitu melibatkan imej aktiviti syarikat dan persepsi umum dari perspektif pengajaran Islam. Mengetahui kriteria saham patuh Syariah adalah ilmu yang sangat berguna untuk seseorang pelabur.

Mencari yang halal adalah kewajipan pada muslim, memilih instrumen yang selamat dan boleh memberikan pulangan yang baik juga suatu yang pelu di ambil kira. semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat memberikan sedikit penjelasan kepada pelaburan patuh syariah daripada kontek kita di Malaysia.

Share
  •  
    550
    Shares
  • 100
  • 120
  •  
  • 130
  • 200
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *