Cara Tukar Nama Pada Geran Kereta.

Ada pelbagai sebab untuk menukar nama pemilik lama kenderaan kepada pemilik baharu. Antara sebabnya adalah jual beli, pemberian hadiah, hibah dan juga kematian pemilik asal kepada kenderaan. Tidak kisahlah apa sebab sekali pon dan kenderaan apa jenis pon yang penting memerlukan pembaharuan cukai jalan dan insuren/takaful kenderaan setiap tahun.

Cara Ringkas Menukar Nama semasa Hidup.

  1. Pastikan kereta sudah milikan penuh ( bebas Hutang).
  2. pemilik kereta perlu kereta ke PUSPAKOM untuk di inspection , kosnya bernilai RM 35++ dan perlu mengisi borang B5.
  3. pemilik kereta dan bakal pemilik boleh hadir secara serentak atau berasingan ke JPJ.   pemilik kereta perlu mengisi  Borang JPJK3(Pind. 1/2014) – Borang Penyata Pertukaran Milikan Kenderaan Motor Secara Sukarela Oleh Pemunya Berdaftar/Pemunya Baharu.
  4. selesai mengisi borang dengan lengkap pemohon boleh ke kauter untuk pengesahan thumprint oleh pegawai bertugas.
  5. Setelah selesai, pemohon akan mendapat slip Rujukan Tukar Hak Milik.
  6. Selepas proses thum print berlaku, semua insuren/takaful kenderaan dan roadtax akan terbatal.
  7. Pemilik kereta baharu perlu membawa dokumen seperti berikup bagi tujuan thumprint pemilikan kereta baharu itu,  ic pemilik lama, slip keputusan inspection puspakom, geran asal, dan slip Rujukan Tukar Milik (thumprint pemilik lama).
  8. Setelah urusan thumprint selesai, perlulah    pemilik baharu memperbaharui roadtax dan juga insuren/takaful kenderaan untuk kenderaan tadi.
  9. selesai.

Cara Paling Mudah Uruskan Penukaran nama pemilik kereta selepas Meninggal dunia.

  1. Dapatkan Surat Kuasa ( klik: Bagaimana untuk dapatkan Surat Kuasa) daripada mahkamah.
  2. langsaikan hutang kereta jika masih ada ( baca: cara mudah langsai Hutang)
  3. dapatkan pelepasan geran dari bank, atau bawa geran asal.
  4. bawa kereta untuk di inspection di puspakom.
  5. hadir ke Jpj untuk proses penukaran nama.
  6.  tukarkan nama kepada pemilik (waris) yang dinyatakan didalam distribution order (sijil faraid).
  7. Selesai.

Apa Komplikasi Jika Kita Gunapakai Kereta yang Belum tukar nama setelah pemiliknya sudah Meninggal?

1. Di segi syarak, perlulah mendapat izin daripada waris yang lain, atau pon perlepasan hak kepada harta ( kenderaan) tadi. Takut takut jatuh berdosa jika mereka tidak izinkan atau makan harta batil.

2. Dari segi undang undang pula , boleh. Tiada masalah selagi roadtax dan takaful di perbaharui, walaupon begitu had di berikan selama 6 bulan sekali dan maksima 3 tahun sahaja.

3. Yang menjadi masalah adalah, jika berlaku kemalangan, bagaimana nak buat tuntutan Takaful kenderaan mahu di jalankan, sedangkan pemilik sudah meninggal?

4. Jika tuntutan lulus, duit tadi akan di masukkan kedalam akaun arwah dan akaun arwah sudah pula di bekukan setelah 3 hari meninggal. ini mewujudka masalah yang lain pula.

Belajar sesuatu? semoga bermanfaat dengan perkongsian dan info daripada penulisan ini. sudikanlah berkongsi dan komen di bawah untuk tahu lebih lanjut atau ada buah fikiran.

Share
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *