Sat. Jan 29th, 2022
green scale model car on brown pavement

Ada pelbagai sebab untuk menukar nama pemilik lama kenderaan kepada pemilik baharu. Antara sebabnya adalah jual beli,selesai bayaran hutang, pemberian hadiah, hibah dan juga kematian pemilik asal kepada kenderaan. Tidak kisahlah apa jeniskenderaan sekali pon yang penting, kenderaan itu memerlukan pembaharuan cukai jalan dan insuran/takaful kenderaan untuk terus di gunakan.

Cara Ringkas Menukar Nama semasa Hidup.

  1. Pastikan kereta sudah milikan penuh ( bebas Hutang).
  2. Pemilik kereta perlu kereta ke PUSPAKOM untuk di inspection , kosnya bernilai RM 35++ dan perlu mengisi borang B5.
  3. Pemilik kereta dan bakal pemilik boleh hadir secara serentak atau berasingan ke JPJ.   pemilik kereta perlu mengisi  Borang JPJK3(Pind. 1/2014) – Borang Penyata Pertukaran Milikan Kenderaan Motor Secara Sukarela Oleh Pemunya Berdaftar/Pemunya Baharu.
  4. Selesai mengisi borang dengan lengkap pemohon boleh ke kauter untuk pengesahan thumprint oleh pegawai bertugas.
  5. Setelah selesai, pemohon akan mendapat slip Rujukan Tukar Hak Milik.
  6. Selepas proses thum print berlaku, semua insuren/takaful kenderaan dan roadtax akan terbatal.
  7. Pemilik kereta baharu perlu membawa dokumen seperti berikup bagi tujuan thumprint pemilikan kereta baharu itu,  ic pemilik lama, slip keputusan inspection puspakom, geran asal, dan slip Rujukan Tukar Milik (thumprint pemilik lama).
  8. Setelah urusan thumprint selesai, perlulah    pemilik baharu memperbaharui roadtax dan juga insuren/takaful kenderaan untuk kenderaan tadi.
  9. Selesai.


Cara Paling Mudah Uruskan Penukaran nama pemilik kereta selepas Meninggal dunia.

  1. Dapatkan Surat Kuasa ( klik: Bagaimana untuk dapatkan Surat Kuasa) daripada mahkamah.
  2. Langsaikan hutang kereta jika masih ada ( baca: cara mudah langsai Hutang)
  3. Dapatkan pelepasan geran dari bank, atau bawa geran asal.
  4. Bawa kereta untuk di inspection di puspakom
  5. Hadir ke JPJ untuk proses penukaran nama.
  6.  Tukarkan nama kepada pemilik (waris) yang dinyatakan didalam distribution order (sijil faraid).
  7. Selesai.

Apa Risiko Kita Gunapakai Kereta yang Belum tukar nama setelah pemiliknya sudah Meninggal?

1. Dari segi syarak perlulah meminta izin waris waris yang lain yang berkaitan untuk kita menggunakan kenderaan tadi , atau boleh juga kita melepaskan hak kepada harta tadi kerana dikuatiri jatuh berdosa jika mereka tidak izinkan dan kita memakai harta batil.

2. Dari segi undang undang tidaklah menjadi masalah selagi mana roadtax (6 bulan sekali) dan takaful di perbaharui.

3. Yang akan menjadi masalah adalah, apabila berlaku kemalangan, bagaimana tuntutan Takaful kenderaan akan di buat sedangkan pemilik sudah meninggal?

4. Jika tuntutan lulus, duit tadi akan di masukkan kedalam akaun arwah dan akaun arwah sudah pula di bekukan setelah 3 hari meninggal .

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published.