Emas, Apa Yang Kita Perlu Tahu

Emas dan wanita tidak dapat di pisahkan, Logam ini sudah menjadi sahabat setia serta teman rapat para wanita sejak berabad lama lagi. Penemuan ahli Arkeologi, menyatakan dalam sejarah emas sudah di gunapakai sebagai barang kemas dan perhiasan seawal 4000 bc di sekitar daerah timur Eropah.

infografik emas.

Sejarah Dan Pengaruh Dalam Masyarakat.

Emas dan wanita tidak dapat di pisahkan, Logam ini sudah menjadi sahabat setia serta teman rapat para wanita sejak berabad lama lagi. Penemuan ahli Arkeologi, menyatakan dalam sejarah emas sudah di gunapakai sebagai barang kemas dan perhiasan seawal 4000 bc di sekitar daerah timur eropah.

Kilauan kuning bersinar menjadi tarikan pada sesiapan sahaja yang melihat dan penambah seri pada si pemakainya. Selain daripada menjadi simbol kekayaan dan status , emas juga menjadi simbul kepada agama, kerajaan mahupon kekuasaan.

Dalam peradaban Mesir kuno, emas sangat meluas di gunakan. Daerah Nubia yang sangat kaya dengan kandungan emas sekitar tahun 1500 bc membuat mesir menjadi negara yang sangat kaya apabila emas diangkat sebagai alat pertukaraan untuk perdagangan antarabangsa.

Mumia ( mayat ) di semadiakn dengan harta dan syiling emas sebagai bekalan dan kegunaan di alam barzahk untuk di bangkit semula. Jika kita tidak membawa apa apa harta, kita tidak akan di bangkitkan mengikut kepercayaan mesir kuno.

Dalam sejarah tanah Melayu pula , Bunga emas menjadi salah satu hantaran ufti dan pemberian daripada kerajaan kecil kepada kerajaan penanung mereka sebagai tanda hormat dan perlindungan keselamatan serta keamanan kepada negara mereka.

Negeri-negeri Melayu seperti Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis ada kaitan dari segi sejarah dengan negara Siam. Negeri-negeri ini pernah dikatakan menghantar Bunga Emas kepada negeri Siam. Tamadun Melayu Srivijaya dan Majapahit menggunakan emas sebagai mata wang untuk perdagangan maritim.

Pada tahun 1972, Undang-undang mata wang logam Amerika Syarikat menetapkan standard bimetallic emas perak, dimana telah ditetapkan dolar AS setara dengan 24,75 gm emas grain dan 371,25 grain perak (1 grain = 0.0648 grams).

Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang daripada simpanan emas negara telah dihentikan pada tahun 1971 oleh dasar President Amerika Nixon setelah itu digantikan dengan nilai tukaran berdasarkan ekonomi dan petrodollar.

Kini Logam emas bukan sahaja menjadi barangan perhiasan dan pilihan pelaburan ataupon simpanan malah penggunaannya lebih meluas lagi dalam kompenan industri elektronik serta bidang kecantikan.

Sifat logam emas yang kuat, stabil, kurang aktif secara kimia serta mudah dibentuk menjadikan emas antara konduktor elektron yang baik di dalam peranti elektronik contohnya mikrocip, kad grafik , Processor.

Penggunaan emas dalam kompenan elektronik membuatkan alatan ini lebih tahan lama serta kurang berlakunya pencemaran berbanding penggunaan logam tembaga mahupon perak . Fakta menarik, 10% emas di pasaran adalah dikitar semula daripada industri elektronik.

Jenis Emas Dan Kandungannya.

Emas tulen bersifat lembut dan tidak berapa sesuai digunakan sebagai barang perhiasan ataupon kegunaan barangan harian, ia perlu di campur dengan logam dan bahan lain supaya memberikan sedikit ketahanan dan tahan lasak.

Selain itu, ia juga boleh memberikan perubahan warna yang berbeza emas. Paladium atau nikel boleh ditambah untuk menghasilkan emas putih. mankala tembaga pula menghasilkan warna mawar (rose gold) atau merah muda.

Barang kemas tumpat adalah pilihan terbaik, berbanding barangan yang di sadur emas mahupon campuran logam lain. Ini boleh mencetuskan alahan kepada si pemakai selain daripada harga jualan semula yang rendah atau menyusut.

Jenis Emas.

1) Emas 999
• Mempunyai kandungan 99.9% emas
• Tidak di campur dengan bahan-bahan lain (Pure emas)
• Di kenali juga sebagai Emas 10 & Emas 24 Karat (24K)
• Kebanyakkan berbentuk ‘gold bar’.

2) Emas 950
• Mempunyai kandungan 95.0% emas.
• Mempunyai 5.0% campuran kandungan lain seperti besi, aluminium dan sebagainya
• Di kenali juga sebagai Emas 23 Karat (23K)

3) Emas 916
• Mempunyai kandungan 91.6% emas.
• Mempunyai 8.4% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya
• Di kenali juga sebagai Emas 22 Karat (22K)
• Kebiasaannya di gunakan untuk membuat barang kemas.

4) Emas 835
• Mempunyai kandungan 83.5% emas.
• Mempunyai 16.5% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya.
• Di kenali juga sebagai Emas 20 Karat (20K)
• Amat terkenal dan popular di kalangan peminat emas di Kelantan.

5) Emas 750
• Mempunyai kandungan 75% emas.
• Mempunyai 25% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya
• Di kenali juga sebagai Paun atau Emas 18 Karat (18K)
• Kurang popular dikalangan pembeli emas kerana mutunya.
• Wujud dalam bentuk emas putih, Rose Gold.

Ar- Rahnu – Pajakan Patuh Syariah.

Secara asasnya Emas adalah mata wang dan medium pengekalan nilai sejak zaman berzaman. Menjadi satu kelebihan menyimpan emas yang mana kita boleh menukar pemilikan emas kita kepada sesuatu bentuk nilai yang lain, sama ada tunai wang ringgit mahupon barangan.

Sejak Zaman Rasullullah, Seekor kambing bersamaan dengan 1 dinar, dan harga itu masih kekal sehingga kini. Seekor kambing masih bernilai 1 dinar, cuma nilai dinar semakin meningkat jika dibandingkan dengan emas.

Kita boleh menjual emas atau barang kemas untuk mendapatkan semula tunai. Cara lain untuk mendapatkan tunai adalah menggunakan Ar Rahnu, iaitu pajakan berkonsep syariah.

Ar rahnu atau pajakan adalah salah satu konsep dalam muamalat islam. Melalui cara ini kita tidak perlu menjual barangan kemas ataupon pegangan Emas kita, kita hanya perlu pajak pada tempoh tertentu dan tebus semula selepas itu.

Berikut adalah senarai Ar Rahnu di Malyasia beserta cawangan yang boleh kita dapatkan perkhitmatan mereka untuk pajakan emas.

  • Ar-Rahn PKB
  • Ar-Rahnu Pos Malaysia
  • Ar-Rahnu Bank Rakyat
  • Ar-Rahnu Exchange (francias Bank Rakyat)
  • Ar-Rahnu Agrobank
  • Ar-Rahnu Koperasi Tentera
  • Ar-Rahnu YAPEIM
  • Ar-Rahnu Express (Habib Jewel)
  • Ar-Rahnu Bank Islam (Kelantan sahaja)
  • Ar-Rahnu KPMNJ (Johor sahaja)
  • Ar-Rahnu YBU (Perak sahaja)
  • Ar-Rahnu MAIDAM (Terengganu sahaja)

Proses Pajakan.

Setiap Ar Rahnu mempunyai cara dan proses yang berbeza akan tetapi asasnya sama. Perkara yang paling penting adalah berapa cas yang di kenakan dan tempoh maksima pajakan boleh dilanjutkan.

Apa yang kita perlu bawa bersama semasa membuat pajakan adalah , Barang Kemas/ Emas, sijil ketulenan dan resit pembelian. Terdapat Ar Rahnu yang tidak memerlukan resit pembelian pon.

Nilai Pajakan Yang Di tawarkan.

Secara purata Ar Rahnu di Malaysia memberikan pajakan sebanyak 65% – 75% daripada nilai emas( marhum ) semasa, harga pasaran emas pada hari itu dan di tawarkan oleh ar rahnu tersebut. Harga dan peratusan berbeza setiap Ar Rahnu, mengikut perkhitmatan yang di sediakan.

Nilai pajakan dikira berdasarkan berat barang kemas dan ketulenan emas itu setelah di tolak logam lain, batu permata, mutiara dll. Sesetengah Ar Rahnu hanya menerima barang kemas sahaja dan ada pula yang menerima semua jenis barang dan emas seperti syiling, bar dan wafer.

Untuk menentukan berapakah nilai emas , ar-rahnu akan menimbang berat dan menguji ketulenan emas menggunakan alat densimeter. Mesin ini bertujuan memastikan barangan dan ketulenan emas selari dengan dakwaan pemilik / sijil pemilikkan.

Bagi emas yang mempunyai seal atau di dalam plastik sesetengah ar rahnu akan membukanya sebelum di berikan pajakkan. Ada pula tidak, mereka masih menerima sahaja akan tetapi bukan semua jenis di terimanya.

Upah Simpan Ar Rahnu & Tempoh Pajakan.

Upah simpan adalah bayaran yang dikenakan oleh ar rahnu untuk menyimpan emas kita semasa pajakan di buat. Ia selaras dengan kaedah syariah dan patuh muamalat islam. Tiada sebarang cas atau tambahan pada pinjaman pajakan yang di buat.

Maksimum tempoh pajakan adalah 6 bulan, selepas itu kita perlu memperbaharui atau memanjangkan tempoh pajakan. Pihak Ar Rahnu akan memberikan notis sekurang kurangnya 3 kali sebelum lelongan barang akan di lakukan.

Setelah lelongan di buat, hasil itu akan di tolak pinjaman yang diberikan dan upah. Jika ada baki, pihak ar rahnu akan memulangkannya kepada kita, manakala jika kurang kita perlu menambahnya.

Cara Mengira Upah Simpan Ar Rahnu.

Contoh:

Berat Emas : 10 gram.
Harga Semasa : RM 240/g
Upah simpan Setiap Gram untuk 1 bulan: Rm 0.85
Kadar Pajakan : 70% setiap pajakan.

10 gram x RM 240 : RM 2400
RM 2400 / 100 x RM 0.85 = RM 20.4 sebulan
RM 2400 x 70% : RM 1680 pajakan yang di berikan.

Kadar Pinjaman 1 Bulan:
RM 1680 + Rm 20.4 = RM 1700.4

Kadar Pinjaman 6 bulan:
RM 1680 + ( RM 20.4 x 6 bulan ) = RM 1802.4

Zakat Emas Dan Pengiraannya.

Zakat emas dikenakan pada emas perhiasan yang dipakai serta emas yang disimpan sebagai harta dan pelaburan. Ada perbezaan had simpanan emas bagi lelaki dan wanita sebelum di zakatkan.

Di sebutkan di dalam kitab Multa’ul badrain, had bagi seorang lelaki adalah 20 miskal manakala wanita pula 200 miskal. 1 miskal bersamaan 1 dinar, 1 dinar beratnya 4.25 gram.

Nisab Kiraan Zakat Emas menurut Rujukan Majlis Agama Negeri Johor.

Kadar Nisab Zakat Semasa: RM 19,803. 92
Emas = 20 misqal / 25 mayam 2.7108 saga / 85 gram.

* Kadar Nisab semasa adalah berdasarkan nilai 85 gram emas.
* Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan oleh syarak bagi sesuatu harta untuk dikeluarkan zakat.

Emas yang dipakai samada sekali-sekala atau berterusan sepanjang tahun tidak dikenakan zakat KECUALI jika melebihi uruf (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan) maka diwajibkan zakat atas lebihan daripada uruf tersebut.

Kadar pemakaian (uruf) yang dibenarkan di negeri Johor ialah 850 gram (200 miskal) bagi emas.

Bagi emas yang di simpan pula samaada bertujuan simpanan mahupon pelaburan, Ia perlu dizakatkan apabila cukup haul (genap setahun hijrah) . Kadar nisab yang di tetapkan adalah 85 gram minima dan kadar zakat dikenakan adalah 2.5% daripada jumlah keseluruhan nilai emas semasa.

Cara Pengiraan:
100 gram emas x RM 240/g = RM 24 000.00
RM 24 000 ( nilai emas semas) x 2.5% : RM 600 sahaja.

Sabda Rasulullah S.A.W.:
“Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka”.
(Hadis riwayat Abu Hurairah)

Share
  •  
    3.9K
    Shares
  • 1K
  • 989
  •  
  • 877
  • 987
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *