[Update] : Fidyah & Penerangan.

Hukum Fidyah

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan. 

Sebab sebab Fidyah di kenakan.

1. Uzur menunaikan puasa wajib

Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

2. Perempuan hamil

Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

3. Ibu yang menyusukan Anak

Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

4. Orang yang telah meninggal dunia

Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

5. Musafir dan Pesakit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia ditinggalkan

Musafir dan Pesakit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia ditinggalkan wajib mengqadhakan puasanya dan membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

6. Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

Kiraan Asas Fidyah.

Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).

Dalam bentuk nilaian matawang adalah berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 2019( rujuk negeri masing masing) , secupak beras bersamaan dengan 600 gram dinilai dengan kadar RM 4.00.


Rumus Kiraan Asas Fidyah:

1 cupak beras x jumlah hari yang di tinggalkan x jumlah tahun = Fidyah

contoh permasalahan:

1 Cupak Beras ( rm 4) x 5 hari x 3 tahun = RM 60.00

Senarai Laman sesawang Jabatan Agama Negeri dan Majlis Agama mengikut negeri untuk bayaran fidyah mengikut negeri masing masing di atas talian.

Wilayah Persekutuan http://www.jawi.gov.my/index.php/my/
Negeri Johor https://jainj.johor.gov.my/
Negeri Pahang http://jaip.pahang.gov.my/
Negeri Kelantan http://www.jaheaik.gov.my/v6/index.php?lang=ms
Negeri Perak http://jaipk.perak.gov.my/ / https://www.maiamp.gov.my/
Negeri Perlis https://www.perlis.gov.my/jaips/index.php/ms/
Negeri Selangor https://jais.net.my/
Negeri Sembilan http://jheains.ns.gov.my/
Negeri Terangganu http://jheatweb.terengganu.gov.my/
Negeri Pulau Pinang http://jaipp.penang.gov.my/
Negeri Sabah https://jheains.sabah.gov.my/ / https://muis.sabah.gov.my/
Negeri Melaka http://www.jaim.gov.my/
Negeri Sarawak https://jais.sarawak.gov.my/
Negeri Kedah http://www.jaik.gov.my/

Bermanfaat?
mohon sebarkan pada kawan kawan wanita yang lain utamanya.

Share
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

1 thought on “[Update] : Fidyah & Penerangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *