𝟱 𝙃𝙖𝙧𝙩𝙖 𝙋𝙪𝙨𝙖𝙠𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙋𝙖𝙡𝙞𝙣𝙜 𝙆𝙤𝙣𝙩𝙧𝙤𝙫𝙚𝙧𝙨𝙞

𝟭. 𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵.

Kenapa boleh kontroversi?

Tidaklah menjadi masalah jika rumah itu ada banyak & bakal penerimanya kurang , tapi menjadi masalah bila rumahnya 1 & penghuninya ramai.

Sebagai contoh adik beradik yang tinggal bersama keluarga, atau ibu ayah yang tinggal bersama anak yang sudah bekerluarga.

Apabila pemiliknya meninggal dunia, siapakah pemilik rumah tersebut?

Sudah pasti waris yang menerima hak memiliki rumah tadi, sama ada menerusi jalan hibah, pindah milik, hibah amanah, mahupon surat perintah. Ini jika pemilik rumah sudah awal awal rancang pusakanya walaupon masih hidup.

Wujudnya perbalahan apabila tiada sebarang dokumen rasmi dibuat, tidak kiralah pelantikan wasi, wasiat mahupon semasa kontrak pembelian rumah. Lagi epik bila ada cakap cakap mulut yang rumah ini milik siapa selepas kematian pemilik.

Lagi lagi jika rumah itu di diami oleh adik beradik kita sekian lama, tapi sekarang ia menjadi milik bersama kerana kematian pemilik asal contohnya. Sama juga dengan rumah yang ibu tinggal sekali. Ibu ada hak, istri juga. Adakah mereka akan kekal duduk bersama?

𝟮. 𝗧𝗮𝗻𝗮𝗵

Sama juga tanah, tanah yang keluarga milik ayah yang di usahakan oleh salah seorang adik beradik, ataupon dibina rumah diatasnya. Sedangkan apabila si ayah meninggal tanah tadi akan menjadi milik bersama.

Adakah adik beradik tadi sanggup berpindah? Menebus bahagian atau melepaskan bahagian? Yang paling menarik adakah hasil sama ada seqa, pajak atau hasil tanah tadi di kongsi sesama waris yang layak atau di makan sendiri?

𝟯. 𝗕𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗞𝗲𝗺𝗮𝘀 & 𝗕𝗲𝗿𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮

Kadang si emak ini sayangkan anak anak perempuan mereka. Jadi mereka suka pinjamkan emas atau barang beharga kepada mereka. Ya lah bukan semua anak anak senang. Lagi lagi jika kenduri kendara, jelingan saudara mara melihat tangan kosong.

Setelah kematian emak, wajib pulang dan dibahagiakan mengikut bahagian yang ditetapkan. Masalahnya ada yang diam sahaja.

𝟰. 𝗞𝗲𝗿𝗲𝘁𝗮 𝗹𝗮𝗺𝗮

Kereta buruk ini nampak biasa, tapi ia sebagaian daripada harta pusaka yang kontroversi. Daripada penukaran nama, penggunaannya.

Memang nampak biasa jika kereta/kenderaan buruk habis tapi jika kereta mahal atau antik? Siapa tak nak. Walaupon semasa hidup ayah berikan pada anak di untuk pakai. Bukan bermakna itu harta si anak melainkan sudah pindah milik atau bersaksi.

Bila kita pakai kereta ini sedangkan ada hak orang lain dan mereka tidak redha . Walaupon kita yang menjaganya dan memperbaikinya.

𝟱. 𝗗𝘂𝗶𝘁 𝗞𝗪𝗦𝗣

Duit kswp tidak boleh di hibahkan, perlu meletakkan penama kepada akaun tadi. Penama adalah pelaksana ( wasi ) untuk membahagi bahagikan kepada Ahli waris yang lain.

Yang menjadi kontroversi apabila penama minghilangkan diri bersama duit tadi dan tidak membahagiakan pada yang lain. Ramai salah sangka terutamanya si isteri/pasangan ataupon ibu dan ayah.

Share
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *