KEMELESETAN EKONOMI, APA KITA PERLU TAHU?

KEMELESETAN merujuk pada keadaan ekonomi yang merosot ( meguncup) dan bukannya meningkat (berkembang). Lebih khusus lagi, ahli ekonomi biasanya mendefinisikannya sebagai masa ketika KDNK turun sekurang-kurangnya dua suku berturut-turut.

RINGKASAN TENTANG KEMELESETAN EKONOMI.

APA YANG BERLAKU?

KEMELESETAN adalah pusingan ke bawah roda ekonomi. Kadang-kadang boleh menjadi agak lemah, dan ekonomi (berpotensi naik dan bertahan dengan bantuan kerajaan) pulih sendiri setelah beberapa bulan. Kadang-kadang ia boleh melampau. Bagaimana Kegawatan boleh berlaku?

TURUNNYA KEYAKINAN — Rakyat dan perniagaan mula bimbang tentang ekonomi. Atas sebab kebimbangan itu, rakyat dan syarikat mula berjimat dan kurang berbelanja.

KEJATUHAN KEUNTUNGAN — Apabila rakyat dan syarikat kurang membelanjakan wang, keuntungan korporat akan jatuh atau boleh berubah menjadi kerugian.

KEHILANGAN PEKERJAAN – Apabila keuntungan dan pendapatan syarikat mula jatuh, syarikat melaksanakan penjimatan dan mengurangkan kos perbelanjaan. Antara jalanya adalah menamatkan atau memberhentikan pekerja.

SAHAM MERUNDUM — Sekiranya syarikat memperoleh keuntungan yang sedikit, maka nilai saham syarikat akan menurun . Saham jatuh menambah masalah – rakyat dan syarikat berasa kurang berduit (kerana pelaburan mereka bernilai lebih rendah), ini bermaksud mereka kurang berbelanja.

BANK KURANG MEMBERI PINJAMAN — Apabila kejatuhan ekonomi, Bank mula risau peminjam dan syarikat tidak dapat membayar balik pinjaman. Dengan itu mereka kurang membeli pinjaman semula. Ini menyebabkan ransangan menurun dan duit dalam kitaran ekonomi semakin berkurang, roda ekonomi semakin perlahan.

PUNCA?

KEMELESETAN ini agak rumit untuk diterangkan, bahkan Pakar ekonomi pon saling tidak bersetuju tentang punca yang tepat mempengaruhi kegawatan ekonomi. Beberapa sebab yang saling dikaitkan dalam kejatuhan dan kegawatan ekonomi antaranya ialah:

  • PECAHNYA BUSA (Bursting bubbles)

Sekiranya sesebuah pelaburan itu naik mendadak atau harga saham melepasi nilai sebenar daripada harga pasaran yang sepatutnya. Maka perkara di sebut busa, ruang (gap) yang terbentuk dalam pasaran antara nilai sebenar dengan nilai kenaikkan luarbiasa. Apabila busa ini pecah, harga kembali kepada nilai yang sepatutnya akan tetapi ramai yang kehilangan wang.

Teruskan Membaca di sini : Krisis SubPrime 2008.

  • KENAIKKAN KADAR FAEDAH

Kadar faedah yang lebih tinggi melebihi kemampuan ekonomi.

  • INFLASI

Inflasi yang sangat tinggi menyukarkan ekonomi berjalan lancar. Harga barang menjadi tinggi, nilai duit semakin susut.

Teruskan membaca : APA ITU INFLASI.

  • HARGA MINYAK

Beberapa kemelesetan sejarah sebahagiannya disebabkan oleh kenaikan harga minyak secara tiba-tiba.

  • PERISTIWA/FENOMENA YANG MENGEJUT

Pada bulan April 2019, tiada yang memikirkan frasa “pandemi coronavirus” difikiran mereka. Menjelang April 2020, ekonomi dunia telah mengalami kemelesetan yang mendalam akibat pendemik ini.

KEMELESETAN VS KEGAWATAN

KEMELESETAN: Kemerosotan yang berlaku selama beberapa bulan atau mungkin selama beberapa tahun. Selalunya, hanya satu atau dua industri yang terkesan. Ia memberi kesan tetapi bukanlah malapetaka kepada sesetengah orang.

KEGAWATAN : Bermula sebagai kemelesetan tetapi lebih lama dan lebih teruk. Ia menyentuh hampir setiap bahagian ekonomi dan kehidupan seharian. Ia boleh menjadi bencana ekonomi bagi banyak orang dan memberi kesan kepada ekonomi negara.

Baca terus : TEORI KITARAN EKONOMI YUSUF.


“A Recession is where you tighten your belt; a Depression is when you haven’t any belt to tighten, and a Panic is when you have lost your pants.”

—Ephraim Enterprise newspaper


BAGAIMANA KEMELESETAN BOLEH BERAKHIR.

Kemelesetan sering berakhir dengan bantuan dasar kerajaan yang mengembalikan keyakinan rakyat terhadap ekonomi. Sebagai contoh, apabila kerajaan menurunkan kadar faedah dan membuat belanjawan rangsangan, ia dapat membantu orang dan perniagaan untuk mula membelanjakan dan meminjam wang lagi. Dengan cara ini kitaran positif yang menghidupkan semula enjin pertumbuhan ekonomi dapat dimulakan.

Pada masa yang sama, dasar kerajaan dan peningkatan keyakinan pengguna dapat dicapai. Semasa wabak coronavirus, misalnya, kebanyakan ahli ekonomi meramalkan nasib ekonomi dunia akan terikat dengan garis masa untuk vaksin atau rawatan yang lebih berkesan.

Walau bagaimanapun tidak kira betapa teruk sekali kemelesetan ekonomi, ianya akan berakhir juga.

KESIMPULANNYA

Kemelesetan adalah tempoh kemerosotan ekonomi. Secara amnya didefinisikan sebagai aktiviti ekonomi dalam sesuatu masa, seperti yang diukur oleh KDNK, menurun untuk sekurang-kurangnya dua suku berturut-turut.

Semasa kemelesetan, rakyat biasanya memnbelanjalan sedikit wang sahaja, pengangguran meningkat, saham menurun, dan bank berhenti membuat pinjaman. Kemelesetan boleh menakutkan, tetapi banyak yang datang dan berlalu sepanjang sejarah ekonomi dunia.

Share
  •  
    4.3K
    Shares
  • 1K
  • 999
  •  
  • 1K
  • 1.2K
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *