Kenali 5 Penyakit Kanser Utama Di Malaysia.

Berdasarkan Penebitan Malaysia National Canser Registry Repor 2012-2016 yang dikeluarkan olek KKM januari tahun ini, kanser kolorektal tertinggi dikalangan lelaki dan ke dua tertinggi untuk wanita selepas kanser payudara.

Kanser merupakan penyebab kematian kedua tertinggi di dunia dan di Malaysia pada tahun 2018. Ia menyumbang kepada 9.6 juta kematian di dunia dan 16 ribu kematian di Malaysia.Oleh sebab jumlah kematian akibat kanser adalah tinggi, maklumat terkini beban kanser dalam populasi amat diperlukan dalam menentukan trend penyakit tersebut di Malaysia.

Kenyataan Akhbar KPK 3 Januari 2020 – Penerbitan Malaysia National Cancer Registry Report 2012 – 2016 (MNCRR)

infografik diatas ini menunjukkan pecahan pesakit dan kanser yang di hadapi mengikut jantina. Kanser tertinggi dalam kalangan lelaki ialah kanser kolorektal diikuti oleh kanser paru-paru dan kelenjar prostat.Manakala yang tertinggi dalam kalangan perempuan ialah kanser payudara diikuti oleh kanser kolorektal dan pangkal rahim.

Baca di sini Senarai 55 Penyakit Kritikal Yang Dibenarkan Pengeluaran KWSP

Kanser yang paling kerap dikesan dalam kalangan kanak-kanak berusia 0 – 14 tahun pula ialah leukemia dan kanser sistem saraf tunjang, manakala dalam kalangan remaja berusia 15 – 24 tahun adalah limfoma.

1.KANSER PAYUDARA

Photo by Anna Tarazevich on Pexels.com

Kanser payudara merupakan kanser utama di kalangan wanita di Malaysia, 1 dalam 19 wanita adalah berisiko. Berbanding 1 dalam 8 wanita di Eropah dan Amerika Syarikat. Kanser payudara bermula dari sel payudara.

Kanser payudara adalah biasa pada wanita dan hanya 1% lelaki mendapat kanser ini.Payudara wanita adalah terdiri dari sel-sel kelenjar lobul yang menghasilkan susu (lobulas), saluran yang bawa susu ke bahagian puting, lemak dan tisu pengantara, saluran darah dan limfa.

Kebanyakan kanser payudara bermula dari sel yang melapisi bahagian saluran (ductal cancer), sebahagian lain bermula pada kelenjar lobul (lobular cancer) dan selebihnya bermula dari tisu-tisu lain.

Apabila sel ini sampai ke bahagian tubuh badan yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di organ tersebut. Keadaan barah merebak ini adalah dikenali sebagai barah sekunder atau metastasis.

Perkataan barah juga boleh digunakan dalam keadaan pertambahan sel yang tidak normal tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor. Ini adalah seperti yang berlaku dalam penyakit yang melibatkan sel penghasilan darah iaitu penyakit leukimia.

Jenis jenis Kanser Payudara

  1. Kanser setempat ‘Carcinoma in situ’ : Istilah ini merujuk kepada kanser peringkat awal dan masih berada di tempat ia bermula iaitu terhad di saluran atau kelenjar susu payudara.
  2. Kanser saluran ‘Ductal carcinoma in situ’ (DCIS): Ia adalah jenis kanser payudara yang tidak merebak (noninvasive) dan berada di sekitar saluran susu payudara.
  3. Kanser lobular (Lobular carcinoma in situ) (LCIS): Keadaan ini bermula di kelenjar susu dan tidak melepasi dindingnya.
  4. Kanser saluran merebak (Invasive (infiltrating) ductal carcinoma) (IDC): Merupakan kanser payudara yang paling biasa. Bermula pada saluran susu, melepasi dinding saluran dan merebak ke tisu payudara lain.
  5. Kanser lobul merebak (Invasive (infiltrating) lobular carcinoma (ILC)): Kanser ini bermula pada kelenjar susu. Ia boleh merebak ke bahagian tubuh yang lain.

2.KANSER KOLOREKTAL

Kanser kolorektal atau kanser usus besar adalah kanser yang berlaku di bahagian kolon atau rektum. Kolon adalah usus besar manakala rektum adalah bahagian yang menghubungkan kolon dan dubur.

Kanser kolorektal kerap berlaku di dunia. Risiko mendapat kanser usus besar meningkat apabila umur semakin meningkat. Ia biasanya dijumpai di kalangan mereka yang berumur 50 tahun ke atas.

Photo From http://www.myhealth.gov.my/kanser-kolorektal/

Pada peringkat awal, kanser kolorektal berkemungkinan tidak mempunyai gejala. Ia biasanya bermula dengan polip (unjuran berbentuk jejari) di dalam usus besar yang kemudiannya berubah menjadi kanser.

Ujian saringan adalah penting untuk pengesanan awal penyakit kanser kolorektal. Jika kanser kolorektal dapat dikesan awal, peluang untuk sembuh adalah baik. 

3.KANSER PARU PARU

Kanser terjadi apabila sel-sel normal melalui satu proses transformasi yang mengakibatkan sel-sel membiak luar kawalan. Sel-sel ini akan membentuk suatu tumbuhan atau tumor yang berlainan daripada tisu asal.

Tumor adalah merbahaya kerana ia menggunakan oksigen, nutrien dan ruang sel-sel sihat seterusnya merebak, akibatnya, ia merosakkan atau mengurangkan upaya tisu berfungsi secara normal.

Photo by cottonbro on Pexels.com
  • Di dalam badan, tumor boleh merebak ke kelenjar berdekatan atau menular ke anggota lain melalui perjalanan darah. Proses ini dipanggil “metastasis”.
  • Apabila kanser paru-paru merebak atau bermetastasis, tumor di dalam paru-paru dipanggil tumor primari dan tumor di bahagian badan yang lain dikenali dengan tumor sekunder atau tumor metastatik.

Sesetengah kanser di dalam paru-paru datang dari bahagian lain dalam badan. Paru-paru merupakan tempat biasa untuk metastasis. Ini adalah bukan kanser paru-paru.

Sebagai contoh, jika kanser prostat merebak melalui darah ke paru-paru, ia adalah kanser metasatik daripada prostat dan bukan kanser paru-paru. Ianya merosakkan daya tisu berfungsi secara normal. Kebanyakan tumor metastasis adalah malignan. Ini bermakna ia merebak dan merosakkan tisu-tisu sihat di sekelilingnnya dan boleh merebak ke seluruh badan.

Jenis Kanser Paru-Paru

Kanser paru-paru biasanya dibahagi mengikut 2 kumpulan besar bergantung kepada jenis-jenis sel iaitu:

  1. “Non-small cell lung cancer” (NSCLC) yang boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:
    • Adenocarcinoma (30-40%)
    • Squamous cell carcinoma (30%)
    • Large cell cancer (10%)
  2. Small cell lung cancer” (SCLC) (20%), jenis ini jarang didapati, tetapi sel-sel kanser membiak secara sangat pantas dan telah merebak ke bahagian badan yang lain semasa didiagnos.Jenis-jenis lain kanser paru-paru yang jarang ditemui ialah “carcinoid tumor” dan “lymphoma” (5%)

4.KANSER PROSTAT

Kanser prostat ialah ketumbuhan berbahaya yang bermula dari dalam kelenjar prostat. Ia merupakan kanser yang paling kerap berlaku di kalangan lelaki. Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan lahan dan mungkin tidak menyebabkan masalah dalam beberapa tahun.

http://www.myhealth.gov.my/kanser-prostat/

Peringkat awal kanser prostat (juga dikenali sebagai kanser prostat setempat) terletak diantara prostat. Peringkat awal kanser tidak menghasilkan gejala dan mungkin tidak menjadi kanser dan tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun sesetengah kanser prostat membesar dan merebak ke sekeliling prostat, ini dipanggil kanser prostat yang teruk.

5.KANSER PANGKAL RAHIM (SERVIKS)

Pangkal rahim adalah bahagian sempit yang terletak di bawah rahim. Rahim pula bertindak sebagai ruang tumbesaran janin. Pangkal rahim adalah bahagian yang menyambungkan rahim dengan faraj dan ianya membentuk saluran kelahiran.

Apakah jenis kanser pangkal rahim?

Keabnormalan sel pangkal rahim sebelum menjadi kanser

  • Atypia – merujuk kepada sedikit perubahan pada sel. Boleh dikesan melalui ujian pap smear. Perubahan pada sel ini mungkin menjadi bertambah teruk atau pulih seperti biasa. Jika keputusan ujian pap smear menunjukkan perubahan atipikal, wanita itu akan dinasihatkan supaya mengulangi ujian “pap smear” dalam masa enam bulan lagi untuk melihat samada perubahan sel atipikal tiada.
  • Dysplasia – sejenis perubahan luar biasa dalam sel di pangkal rahim. Juga dikenali sebagai Cervical Intraepithelial Neoplasia (CIN) dan Squamous Intraepithelial Lesion (SIL).

Terima kasih atas kesudian membaca di sini, untuk maklumat dan info lanjut bolehlah terus ke laman sesawang KKM di http://www.myhealth.gov.my dan menghubungi doktor anda.

Share
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *