Lapis Kedua : SIMPANAN (SAVING)

Secara ASASnya simpanan adalah sebahagian duit yang kita asingkan atau ketepikan daripada setiap pendapatan yang diperolehi bagi membina #TabungKecemasan dan membina modal.

Apa itu TABUNG KECEMASAN?

Tabung Kecemasan adalah simpanan yang digunakan pada perkara dan pada masa masa kecemasan. Tujuannya supaya kita tidak mengunakan pendapatan sedia ada bulan itu dan juga tidak merosakkan simpanan serta pelan pelaburan yang sedang berjalan.

Apa contohnya perkara kecemasan?

Contoh kejadian kecemasan, antaranya seperti di berhentikan atau terpaksa berhenti kerja, gaji di potong separuh, sakit, kemalangan atau kerosakkan kenderaan atau rumah yang menggangu aliran tunai bulan tersebut atau mendatang.

Jumlah Tabung kecemasan di sarankan oleh pakar kewangan adalah 6 – 12 bulan simpanan pada jumlah gaji kini kita. Kiraan mudahnya begini, jika pendapatan bulanan kita berjumlah Rm 2000 sebulan, maka jumlah untuk 6 bulan adalah Rm 12 ribu.

Semakin banyak simpanan ( reserve) yang di buat, semakin kukuh kewangan sesorang itu dan mereka dapat bertahan lebih lama menghadapi krisis berbanding orang lain. Bermakna jaringan keselatan kita lebih kukuh dan luas, kita mempunyai masa yang panjang untuk pulih dan lebih tenang menghadapi risiko.

Setiap bulan kita mempunyai komitmen dengan pihak bank dan juga perbelanjaan keluarga yang tetap . Walaupon kita tidak bekerja, komitmen tadi terpaksa berjalan dan tidak berkurangan serta dikecualikan pembayarannya.

Rata rata rakyat malaysia kurang peka dengan Tabungan Kecemasan ini kerana seakan sudah selesa dengan pendapatan yang masuk pada setiap hujung bulan. Sikap bergantung pada gaji bulan ke bulan boleh membawa kepada bencana kewangan.

Sebagai contoh, apabila komitmen bulanan kita tinggi dan gaji terpaksa dipotong separuh oleh pihak syarikat dalam keadaan krisis ini. Kita akan berasa hampa dan kecewa kerana rasa terbeban dengan komitmen bulanan yang tinggi. Akibat tiada simpanan kecemasan untuk menampung kekurangan pendapatan tadi.

Di Malaysia, hampir 70% rakyat kita tidak mempunyai Rm 1000 sebagai simpanan kecemasan. Amat dikuatiri perkara ini kerana apabila berlaku musibah kita akan mula berhutang. Apabila berhutang kita akan meningkatkan lagi perbelanjaan bulanan dan akhirnya beban kewangan semakin bertambah dan kita terperangkap.

Membina Modal.

bersambung.

Share
  •  
    875
    Shares
  • 300
  • 200
  •  
  • 255
  • 120
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *