Lapisan 1 : Sumber Pendapatan ( Income Stream)

Pendapatan adalah upah atau manfaat yang di terima hasil daripada sesuatu aktiviti boleh jadi wang, makanan ataupon sesuatu yang berharga yang di terima dalam masyarakat tersebut.

Secara asasnya pendapatan terbahagi kepada 2 iaitu:
1. Pendapatan Aktif.
2. Pendapatan Pasif.


Akan tetapi menurut Robert Kiyosaki dalam beberapa siri penulisannya menyatakan pendapatan terbahagi kepada 3, iaitu Peningkatan Modal ( Capital Gain Income) sebagai tambahan. Pada saya, Peningkatan Modal termasuk pada Pendapatan Pasif yang mana cirinya sama dengan ciri ciri pendapatan pasif.

Apa itu Pendapatan Aktif, dan apa bezanya dengan pendapatan Pasif?

Pendapatan aktif adalah Pendapatan utama yang terhasil daripada dengan pertukaran masa & tenaga kepada wang. Ia memerlukan kehadiran kita untuk menghasilkan pendapatan tersebut. Contohnya seperti bekerja dan berniaga. Sama juga bagi mereka yang melakukan trading saham.

Untuk mudah di fahami, pendapatan aktif ini adalah golongan di sebelah kiri dalam Quadran yang di kongsikan oleh Robert Kiyosaki. Dalam kotak Quadran ini kita boleh lihat terletaknya pekerja makan gaji dan bekerja sendiri.



Pendapatan Pasif pula boleh di takrif sebagai pendapatan yang terjana tanpa perlu kehadiran kita, tenaga mahupon masa. Pendapatan pasif ini terbina dengan mana kita leverage kan duit kita, kemahiran, idea mahupon aset yang sedia ada untuk menghasilkan wang ataupon keuntungan.

Jika di teliti dalam Quadran di atas, golongan ini terletak di sebelah kanan. Kebiasaannya mereka mempunya perniagaan yang sudah terbentuk sistem dan mereka tidak perlu berada di sana. Begitu juga sebagai seorang pelabur. Dalam bahasa English biasa di sebut MONEY WORK FOR MONEY.

7 Cabang Pendapatan yang boleh kita bina dan dapat.

1. Gaji.
2. Keuntungan
3. Pulangan
4. Dividen
5. Sewaan/ Pajakan
6. Kenaikkan Modal
7. Royalti.

a. Gaji.
Pendapatan yang diterima daripada pekerjaan atau perkhitmatan yang di berikan. sama ada dalam bentuk jam, harian, bulanan ataupon selepas sesuatu kerja di selesaikan.

b. Keuntungan.
Keuntungan adalah pendapatan yang di terima selepas sesuatu barang, servis yang di jual dan di tolak kos. Biasanya berlaku dalam perniagaan.

c. Pulangan.
Hasil daripada pinjaman yang diberikan kepada peminjan ( intesrest/Riba) ataupon hibah/ pulangan tahunan tanpa janji yang diberikan oleh pihak bank hasil simpanan yang dibuat.

d. Dividen.
Dividen di berikan kepada pemilik syarikat, perniagaan melalui pemilikian saham syarikat. Biasanya dibayar secara tahunan apabila syarikat memiliki keuntungan atau pelaburan dalam saham amanah & koperasi.

e. Sewaan/ Pajakan.
Sewaan/ Pajakan adalah pendapatan yang diperolehi daripada menyewakan barangan, kenderaan, hartanah mahupon hak exclusive kepada seseorang. Boleh jadi pendapatan secara bulaan atau sekali bayar sahaja.

f. Kenaikkan Modal.
Kenaikkan modal ini contohnya pada hartanah, emas mahupon saham saham pemilikan kita. sama ada perniagaan atau amanah. misalnya kita membeli sebiji rumah RM 100k, dan selepas 1 tahun harga pasaran hartanah tadii sudah RM110k, jadi kenaikkan modal kita 10k.

g. Royalti.
Royalti bayaran atau pendapatan yang terhasil daripada idea, membina atau membangunkan sesuatu yang menyebabkan orang lain terpaksa membayar kita. antaranya sistem francais, karya, Copy right atau patern. Karya itu termasuklah penulisan, lagu atau sesuatu yang membawa untung.

𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗔𝗟𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗧𝗨𝗡𝗔𝗜 ( Cashflow Management).

( bersambung)

Share
  •  
    406
    Shares
  • 126
  • 101
  •  
  • 99
  • 80
  •  
  •  
  •  
  •  

1 thought on “Lapisan 1 : Sumber Pendapatan ( Income Stream)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *