Menabung Untuk Hari Tua

Dalam proses menabung untuk hari tua kita kena bijak memahami strategi dan Game plan yang kita mahu gunakan, bukan sekadar simpan sahaja.

Selain displin bulanan menyimpan, tempat simpanan dan risiko simpanan pon kena ambil tahu. Paling mustahak yang kita perlu tahu adalah pulangan keuntungan dan masa yang kita ada.

Simpanan adalah asas kepada kekayaan. Ya, sebelum melabur kita perlu ada modal, modal itu boleh di dapati sama ada lebihan tunai, simpanan atau keuntungan.

Menabung hari tua ini dalam bahasa kewangan adalah menyediakan tabungan persaraan. Bila kita meningkat umur, kemampuan kita bekerja dan mendapatkan wang daripada aktiviti melibatkan tenaga agak terbatas.

Dengan persediaan awal di masa muda, paling kurang kita dapat mengadakan kewangan bagi menutup lompong keperluan semasa umur tua. Ramai orang lupa dan kurang mahu ambil peduli dengan perkara ini.

Ada yang menyerahkannya kepada kerajaan, atau badan simpanan wang pekerja. Yang mereka tahu pada umur sekian sekian mereka akan mendapat wang dan wang itu akan digunakan untuk keperluan hidup.

Betul, itu lebih baik daripada yang tiada. Tapi harus di ingati kehidupan ini tidaklah selancar dan indah seperti bayangan. Di usia tua kita memerlukan pelbagai keperluan walaupon kita sihat. Faktor pemakanan, kehidupan dan keperluan lebih berbeza , lebih mahal inikan jika sakit.

Rancang dan ambil peduli tabungan hari tua kita. Belajar urus dengan baik, ambil tindakan dengan berjumpa perunding bertauliah yang diiktiraf bank negara. Fahami produk produk kewangan yang mampu bantu kita untuk merancang persaraan.

Bersambung.

Share
  •  
    172
    Shares
  • 50
  • 23
  •  
  • 65
  • 34
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *