Perancangan Kewangan: Merangkumi Semua Aspek Kewangan.

Merancang kewangan, adakah sekadar memiliki takaful atau pelaburan sahaja?

Apabila kita membincangkan tentang pengurusan kewangan ( Financial Planning) ia bukan membabitkan sesuatu perkaran sahaja tapi lebih bersifat menyeluruh.

Yang mana merangkupi semua perkara di bawah, sama ada secara berperingkat atau serentak bagi memastikan perancangan yang lengkap dan berfungsi seperti kemahuan dan keperluan kits

1. 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗔𝗟𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗧𝗨𝗡𝗔𝗜
( Cashflow Management)

– mengenal pasti sumber sumber pendapatan sedia ada dan akan dibina.
– mengenal pasti aliran masuk (pendapatan) dan keluar duit (perbelanjaan).
– mengenal pasti komitmen sedia ada dan bakal berlaku.

2. 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗧𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗜𝗛
(Networth Management)

– mengenal pasti aset dan nilainya yang sedia ada dan bakal ada.
– mengenal pasti liabiliti ( hutang) yangbkota masih tanggung dan mahu dilupuskan.
– Nilai aset – nilai liabiliti = aset bersih (nilai kekayaan sebenar).

3. 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗥𝗜𝗦𝗜𝗞𝗢
( Risk Management).

– mengenal pasti risiko yang kita sedang tanggung dan bakal tanggung di masa hadapan terutamanya dalam aspek kesihatan, keluarga (impian) dan kewangan.

Instrumen = Takaful / Insurans

4. 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗕𝗨𝗥𝗔𝗡
( Investment Planning).

Di dalam topik ini perancangan pelaburan merangkumi 3 perkara.

A. 𝙋𝙚𝙧𝙖𝙣𝙘𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙋𝙚𝙧𝙨𝙖𝙧𝙖𝙖𝙣
( Retirement Planning).

B. 𝙋𝙚𝙧𝙖𝙣𝙘𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙋𝙚𝙣𝙙𝙞𝙙𝙞𝙠𝙖𝙣 𝘼𝙣𝙖𝙠
( Education Planning).

C. 𝙋𝙚𝙧𝙖𝙣𝙘𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙄𝙗𝙖𝙙𝙖𝙝 𝙃𝙖𝙟𝙞 & 𝙐𝙢𝙧𝙖𝙝 ( Hajj Umrah Planning).

Instrumen = Fd, Money Market, Asb/f, TH, UT, Pasaran Saham, Hartanah, komoditi, Logam, forex dll.

5. 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗭𝗔𝗞𝗔𝗧 & 𝗖𝗨𝗞𝗔𝗜
( TAX & ZAKAT Management).

– Berapa zakat persendirian dan zakat harta yang wajib dikeluarkan setiap tahun apabila cukup haul berdasarkan nisab yang ditetapkan selepas di tolak kifatah.

– Pengurusan cukai, adakah kita layak dikenakan cukai dan membayarnya pada kadar yang di tentukan selain mendapatkan pengurangan daripadq pembayaran zakat.

6. 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗛𝗨𝗧𝗔𝗡𝗚
( Debt Management).

– Bagaimana kita dapat menguruskan hutang hutang kita supaya dapat di selesaikan pada masa yang di tetapkan, atau di singkatkan serta menaikkan aliran tunai positif dan nilai aset kita selain mengurangkan liabiliti.

7. 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗧𝗔 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗞𝗔
( Estate Planning)

– melantik pelaksana (wasi) bagi mewakilkan kita selepas ketiadaan kita.
– mengenal pasti ahli waris untuk di agihkan harta selepas pemergian kita.
– mengepasti instrument yang mahu di gunapakai di dalam proses pengagihan.
– melakukan wasiat untuk amal jariah yang berpanjangan untuk diri kita dan keluarga.

Instrumen: wasiat, hibah, hibah amanah/bersyarat, deklarasi harta sepencarian, surat kuasa, trust amanah dll.

Kesemuanya ada 11 perkara yang perlu dibuat termasuk sub perancangan dan pengurusan. Inilah perancangan kewangan yang holistik.

Kita boleh sahaja membuat perancangan ini sendiri jika kita mempunyai ilmu. Jika tidak lantiklah mana mana PERANCANGAN KEWANGAN yang berdaftar untuk melaksanakannya untuk kita.

Perancangan kewangan, FP adalah mereka yang mengikuti pensijilan professional di bawah badan badan yang diiktiraf oleh Bank Negara dan SC suruhanjaya securiti seperti IBFIM, MFPC dan beberapa lagi sama ada dalam mahupon luar negara.

Belajar sesuatu hari ini, semoga ianya bermanfaat dan kita boleh mulakan pelan perancangan kewangan kita secara menyeluruh hari ini.

Aliff shanusi
Towards Professional Financial Advisory

Share
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *