Projek Ladang Amal. Derma & Infaq Covid-19.

Salah satu initiatif kami menyediakan senarai kumpulan yang membuat kerja amal dan membantu frontliner serta masyarakat yang terkandas kewangan mereka akibat Covid-19.

Sebarang Maklum balas boleh berkongsi di ruangkomen untuk penambahbaikkan dan pembetulan. Bersyukur dengan yang sedikit insyaALLAH ia akan bertambah lagi.

1. Shield Them Up

Initiatif Tim Klinik Kesihatan di ketuai oleh Dr. Natasha Raqeen serta kerjasama UITM Pasir Gudang untuk menyediakan Face Cover, PPE, Gogle dan keperluan Frontliner.

Setakat ini lebih 4000 face cover telah di hantar dan di bekalkan kepada Hospital Sultan Ismail, Hospital Sultan Aminah, Malaysia Relief Agency dan Hospital Kluang. Untuk menderma boleh hubungi tim ini di 0138846191.

2. Medical Mythbusters Malaysia

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Dan selamat sejahtera.
Terima kasih tak terhingga kepada semua penyumbang untuk Projek Jahit PPE yang dianjurkan oleh Medical Mythbusters Malaysia.
Kami telah pun membuat pembayaran pendahuluan ke kilang untuk pembelian non woven material. Dan ia dijanjikan untuk siap pada 20/04/20.

Untuk permulaan, kami telah pun mendapat bantuan kewangan dari beberapa pihak dan badan kebajikan, maka kami bermula dengan RM17304.90 dalam akaun kami.
Dan wang yang disumbangkan tu kami gunakan dalam membeli batch pertama non woven material untuk kami hantar ke Perak dan Johor.

Untuk kali ni, kami berjaya menempah 25000m kain. Kami juga menggunakan bantuan tu untuk kos benang dan getah. Baki yang ada dalam akaun kami sekarang RM50837.69 dan kami telah pun membuat tempahan batch ketiga supaya ia menjadi projek berterusan.

Untuk pengetahuan semua, sekali lagi kami mahu mengingatkan bahawa kami hanya membantu menampung kekurangan PPE tatkala penggunaannya sangat cepat dan pantas di semua fasiliti KKM. Tak ada langsung niat kami untuk memperkecilkan usaha KKM yang bekerja keras dalam memastikan stok PPE sentiasa mencukupi.

NGO dan KKM saling melengkapi. Kita membantu sedaya mampu. Kami hanyalah sebuah NGO yang tidak ternama dan tidak terbilang, tapi kerana ramai ahli kami adalah frontliners dalam bidang perubatan, maka sedikit usaha kami ni semoga memudahkan lagi urusan semua petugas kesihatan.
In shaa Allah.

Dr. Rusyainie binti Ramli
Medical Mythbusters Malaysia

3. Dana Peduli Covid -19 Pemuda Ansor NAAM.

Pemuda Ansor Malaysia masih meneruskan perjuangan membela kemanusiaan. Kami tidak membezakan siapa, dari mana, keturunan apa. Insyallah setiap yg memerlukan di luar sana kami cuba sedaya upaya utk membantu.

Tidak peduli lagi soal penat, soal bimbang, soal lapar dan dahaga kerana kami pasti yang memerlukan bantuan kami, mereka jauh lebih penat mencari dan menunggu bantuan. Mereka lebih bimbang soal keluarga yang akan terus kelaparan. Dan pasti mereka juga punya rasa lapar dan dahaga sama seperti kita juga.

Mohon jasa baik tuan/puan utk membantu menyalurkan bantuan secepat mungkin kerana mereka sudah tiada simpanan, tidak dapat pulang dan tiada saudara lagi untuk membantu. Semoga dgn bantuan tuan/puan, Allah melimpahkan rahmat utk kita semua di masa yg getir ini, Amin.

Maybank 551 306 519 891
Maybank 114 115 219 477
Rujukan : GP Ansor
Mohon kirimkan bukti bantuan pada 0124705400 utk rujukan.

Wallahul muwafiq ila aqwamith thoriq

FISHA SAARANI
Gerakan Pemuda Ansor Malaysia
Nahdlatul Ulama Malaysia (NAAM)

4. UKHWAH FOR UMMAH

Sudah sebulan saya bersama Team #InfakSusu menjalankan kerja-kerja pengagihan wang susu kepada keluarga memerlukan di seluruh Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Projek ini masih kami jalankan walaupun tidak kami uar-uarkan dan promosi kerana kekangan dana dan juga pelbagai isu lain. Team kami bekerja bersama atas kapasiti individu dan ada banyak risiko yang kami hadapi.

Oleh itu bagi melancarkan lagi kerja-kerja team kami, mulai esok team kami akan dikenali sebagai U4U, ringkasan dari Ukhwah For Ummah yang telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Saya selaku Presiden U4U, ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kalian semua yang telah dan masih menyumbang bagi membantu team kami di dalam menjalankan kerja-kerja amal ini.

Saya masih lagi berharap agar kalian masih lagi sudi membantu saya dan team U4U untuk melaksanakan projek-projek terbaharu yang sedang kami rancang bagi menghadapi Ramadan yang menjelang seminggu sahaja lagi.

Semoga segala sumbangan dan bantuan kalian dapat membantu mereka yang memerlukan di waktu yang sukar begini.Semoga Allah SWT memberi kemudahan, kelapangan dan dikurniakan ganjaran syurga buat kita semua.
We love. We care.

Kami mengalukan sumbangan untuk projek #InfakRamadan kami yang akan bermula sehari dua lagi. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut:

Nama: Ukhwah For Ummah (U4U)
Bank: CIMB
Acc No: 8603537251
Ref: #InfakRamadan

Semoga sumbangan kalian dikurniakan ganjaran berlipat kali ganda olehNya. Aamiin.

Ukhwah For Ummah (U4U)
KHAIRUL ABDULLAH
Presiden

5. Komuniti Harmoni Kita By Si Rashid & Team.

Mereka adalah kelompok yang tak dapat bantuan kerana warga asing dan pemegang passport Imm3.

Ini antara keluarga di Semporna yang memohon bantuan. Sedih tak tahu nak cakap macam mana bila tengok. Kebanyakan mereka hilang sumber pendapatan semasa wabak Covid ini.

Betul-betul beli barang asas je, tak pikir nak beli benda lain dah.

Ramai lagi yang memohon bantuan, sehari dua ini terdapat sedikit kelewatan bantuan kerana kami terputus sumber. Jumlah yang memohon pun agak ramai.

Kami beri bantuan berdasarkan gambar IC/passport, nombor akaun, gambar ahli keluarga dan kena tunjuk barangan yang dibeli. Ramai juga yang senyap lepas minta maklumat. Selalunya yang betul-betul memerlukan akan bagi kerjasama dan memang akan dapat. Yang tak jujur takkan berani proceed lepas kami minta maklumat dan tanya soalan-soalan yang penting. Ya kami akan check satu persatu. Cara kami check? Itu rahsia. Huhu

Terima kasih pada penyumbang. Sumbangan Boleh di buat Kepada:
564397124637
Akaun Maybank Komuniti Harmoni Kita

Muhsih Zaidi

6. PROJEK COVID19 FOOD AID .

#LOVEUPDATES – BANTUAN MAKANAN KELUARGA ROHINGYA – PROJEK COVID19 FOOD AID.
Tarikh: 16 April 2020
Lokasi: Ampang
Masa: 9.30am – 10.30am
.
KESIAN MEREKA, TEBAL MUKA CARI MAKANAN UNTUK KELUARGA
Syukur Alhamdulillah, selesai pembelian makanan asas untuk 2 buah keluarga Rohingya.
.
Bantuan ini telah disumbangkan oleh Puan Farrah bersama anak2nya untuk membantu keluarga Rohingya dan ini adalah kejutan untuk mereka. Insyallah bantuan ini akan disampaikan esok kepada mereka
.
Tahniah Puan @farra.lulu kerana mendidik keluarga untuk Buat Baik Hidup Baik. Anak2 seronok menjadi sukarelawan.
.
Untuk makluman, bantuan Projek Covid19 Food Aid diteruskan kembali bergerak diatas talian. KITA BANTU KITA RAKYAT MALAYSIA
.
MOVE terus membantu sedaya mampu kami dan antara jenis bantuan yang akan diberikan adalah seperti berikut :
.
♧ Barangan asas makanan basah dan kering
♧ Kit susu lampin bayi dan oku
♧ Kit pelindungan wajah untuk Frontliner
♧ Kit hygiene (hand sanitizer) (akan datang)
.
1 tajaan : Serendah RM25 atau seikhlas hati
.
Kami sasarkan RM10,000 dan hulurkanlah berapa jumlah yang anda mampu
.
Anda boleh terus menyumbang di website kami:
.
KLIK SINI : bit.ly/movecovid19foodaid
KLIK SINI : bit.ly/movecovid19foodaid

Atau
.
Sekiranya anda ingin membuat sumbangan seikhlas hati secara manual, boleh dibuat terus ke akaun seperti dibawah dan Whatsapp slip sumbangan anda.
.
Sumbangan ke akaun atas nama:

Malaysia Outreach Volunteer Experience
Maybank Malaysia Berhad
(5623 4856 6865)
Ref: FOODAID
.
➳ Email : donate@bekindmove.org.my
➳ Call / WhatsApp:
019-3770361 (Syed)
.
Yakinlah bantuan ini sangat-sangat dapat meringankan bebanan keluarga yang memerlukan. Kita berikan mereka sedikit kelegaan dan pasti anda juga akan terima tempias kebaikannya.
.
BUAT BAIK HIDUP BAIK DENGAN BERSEDEKAH
.
#bekindmove #bekindlivekind #buatbaikhidupbaik #movecovid19foodaid #volunteer #asnaf #TabungHatiMOVE #AmalJumaatMOVE

Semoga dapat sebarkan dan kita bantu mana yang termampu. insyaAllah.

Share
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *