Ramadan Kembali, Jom Refresh.

Alhamdulillah, Bulan Ramadan kembali lagi tahun dengan dengan pengharapan dan impian bahawa kali ini akan menjadi Ramadan terbaik dalam kehidupan. Bukan sekadar Bulan Pesta ibadah, bulan Ramadan ini juga medan bagi kita diuji keimanan dan kebolehan menahan nafsu, bukan hanya lapar dan dahaga tapi juga panca indera yang lain.


Puasa adalah salah satu daripada 5 rukun dalam Rukun Islam, yang mana sebagai seorang muslim wajib kita patuh dan laksanakan tanpa ada rasa mahu meninggalkannya. Jadi apa yang patut kita lakukan untuk mendapat Ramadan Yang TERBAIK? Jom teruskan membaca.

Rasulullah bersabda: “Bulan Ramadan telah mendatangi kalian. Satu bulan yang diberkahi. Allah Azza Wajalla telah mewajibkan puasa di bulan itu kepada kalian. Pada bulan itu, pintu- pintu langit dibuka, pintu-pintu neraka Jahim ditutup, dan syaitan-syaitan yang sangat durhaka dibelenggu. Di bulan itu, Allah memiliki sebuah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Siapa saja yang terhalang dari kebaikan malam itu, maka ia terhalang dari kebaikan.”

[Sunan an-Nasa’i]

Rasulullah bersabda: Allah berfirman, “Semua amal ibadah anak Adam adalah untuk dirinya sendiri kecuali puasa, kerana puasa adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya”. Pada bahagian akhir hadis disebutkan: “Orang yang berpuasa mendapat dua kesenangan, dia merasa senang ketika bertemu dengan Tuhannya, dia juga merasa senang dengan pahala puasanya.”

Diriwayatkan dari Abu Hurairah DI DALAM SAHIH BUKHARI

7 Perkara Yang Boleh Lakukan Untuk Jadikan Ramadan Kali ini TERBAIK.

1. FAHAMI DENGAN JELAS APA ITU IBADAH PUASA.

Apa Syarat Sah Puasa.

1. Islam.
Tidah sah bagi mereka yang bukan islam dan batal pusa pada mereka yag murtad jika berlaku dalam bulan puasa.

2. Berakal.
Ia ini mumaiz. Tidah sah bagi mereka yang tidak mumaiz dan batal puasa pada orang yang hilang akal ( gila) pada hari puasanya. Tetapi jika hanya pitam seketika dan masih punya kewarasan tidaklah batal puasanya.

3. Suci daripada Haid Dan Nifaz.

4. Berniat di malam hari (sebelum masuk waktu Subuh)


Niat Puasa Ramadhan (seharian)

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Niat Puasa Ramadhan ( sebulan )

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

** Perlulah diingatkan, untuk niat puasa sebulan perlulah di taqlidkan kepada mazhab maliki.

5. Menghindarkan diri daripada perkara yang membatalkan puasa.

  • Seperti makan dan minum dengan sengaja.
  • keluar mani dengan sengaja.
  • muntah dengan sengaja.
  • memasukkan sesuatu pada rongga terbuka dengan sengaja.
  • dsb

2. RANCANG PERJALANAN IBADAH KITA.

Antara perkara yang kita sering berharap sebelum hadirnya Ramadhan dan sesudah perginya adalah kita terlupa atau terlalai dalam memaksimakan ibadah di dalam Bulan ini.

Untuk itu mungkin dengan adanya Kalender dan checklist ibadah di bulan Puasa ini dapat membantu kita. Tujuannya adalah seperti jurnal untuk kita mengingati ibadah ibadah Khususi yang kita rancang sepanjang ramadhan dan memaksimakan keberkatan dan limpahan rahmat di bulan ini.

Antara Ibadah sunnat yang boleh di banyakkan contohnya solat sunat dhuha, tasbih, tahajjud, sedekah, berzikir dan berbuat baik.

“AMALAN YANG PALING DICINTAI OLEH ALLAH TA’ALA ADALAH AMALAN YANG BERTERUSAN WALAUPUN JUMLAHNYA SEDIKIT.”

[AL BUKHARI]

3. RANCANG KEWANGAN KITA DI BULAN INI.

Berbincang soal Kewangan adalah perkara yang sangat stress untuk sesetengah orang, pasangan mahupon keluarga. Tapi kita perlu belajar untuk mengatasi perasaan itu dari sekarang.

Sempena Ramadan ini kita perlu merancang pengunaan wang dengan betul. Manatidaknya ramai yang pendapatan mereka makin berkurang manakala perbelanjaan masih kekal atau bertambah walaupon pada bulan ini . Jadi apa yang kita tindakan kita?

1. Senaraikan semua sumber kewangan yang kita ada. Pendapatan sedia ada, akan masuk contoh sewa atau pulangan perlaburan. Selain itu semak jumlah simpanan yang masih berbaki lagi. Kita perlu bekerjasama yang kuat.

2. Senaraikan perbelanjaan bulanan sedia ada yang masih berbayar, di tangguhkan atau sudah habis. Mana mana bayaran komitmen yang ditangguhkan dan di batalkan masukkan kealam simpanan.

3. Rancang aliran keluar duit. Ya sebagai ketua kelarga dan pasangan kita perlu sama sama rancang aliran keluar duit. 3 perkara perlu di UTAMAKAN iaitu makanan, keperluan harian ( sabun mandi, basuh baju, pad dll) serta ubat ubatan.

Bab makanan antara yang kritikal lagi lagi di bulan puasa ini . Apa menu sahur dan berbuka, masak atau beli? ini yang paling hangat di bincangkan lagi lagi di media sosial. Rancang menu sihat yang jimat tapi sedap sepanjang bulan puasa ini.

4. MULA QADA SOLAT DAN PUASA YANG MASIH BERBAKI LAGI.

Utamakan ibadah wajib sepanjang bulan puasa, Jangan kerana mahu kejar yang sunat ibadah wajib ditinggalkan dan di ambil ringan. Gunakan masa lapang yang ada untuk menggantikan solat yang tertinggal sebelum ini.

Bagi yang ada puasa tertinggal dan belum sempat diganti perlu diingatkan yang bayaran fidyah perlu dilaksanakan segera.

5. BUAT PENGIRAAN FIDYAH DAN SEDIAKAN BAYARAN.

Hukum Fidyah
Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

Sebab sebab Fidyah di kenakan

1. Uzur menunaikan puasa wajib

Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

2. Perempuan hamil

Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

3. Ibu yang menyusukan Anak

Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

4. Orang yang telah meninggal dunia

Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

5. Musafir dan Pesakit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia ditinggalkan

Musafir dan Pesakit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia ditinggalkan wajib mengqadhakan puasanya dan membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

6. Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

Baca Penuh Di Sini. [Update] : Fidyah & Penerangan

6. Pastikan Zakat Di Bayar.

Ramai yang terlupa tentang zakat, Zakat Fitrah adalah kewajipan setiap muslim dan kegagalan melaksanakan membuatkan amalan dan pahala ibadah puasa kita tergantung. Ambillah peluang untuk membayar zakat lain juga di bulan puasa ini. antaranya zakat simpanan, zakat pendapatan dan zakat emas perhiasan.

Baca lebih Lanjut tentang zakat dan pengiraannya di sini: Update 2021 : Zakat & Pengiraan

7. Senantiasa Berdoa, Bertaubat dan Memohon Keampuanan Serta Kemaafan.

Jadikan bulan Puasa kali ini dengan kita senantiasa berdoa kepada ALLAH swt. Semua pintu langit di buka dan pintu pintu neraka di tutup sepanjang bulan. Para Syaitan di tambat dan dihalan daripada mengganggu kita.

Berdoalahh untuk berjaya di dunia dan akhirat, bertemu lailatulQadar dan di bebaskan daripada api neraka. Mohon keampuanan kepada ilahi dan kemaafan sesama insan.

Doa ketika berbuka puasa bersendirian dan berjemaah.

Semoga Allah ampunkan kita dan semua ahli keluarga kita dengan penuh rahmat dan barakahNYA di dalam bulan puasa kali ini. Amin. InsyaALLAH.

Share
  •  
    1.7K
    Shares
  • 500
  • 300
  •  
  • 298
  • 576
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *