REFLEKSI Diri Dalam PKP.

Alhamdullilah hari ini kita sudah sampai kepada hari yang ke 17 dalam tempoh PKP (perintah kawalan Pergerakkan) di sebabkan oleh wabak covid-19 yang bukan sahaja melanda negara kita akan tetapi dunia seluruhnya.

Masih ingat hari pertama PKP berlaku?
Masih ingat minggu pertama berlalu?
Dan kini kita sudah hampir separuh bulan dalam PKP ini, mungkin akan di lanjutkan dan mungkin akan berakhir awal. Semuanya terpulang pada kita sebenarnya.

Refleksi diri.

Dalam tempoh 17 hari yang sudah berlalu pergi dan mustahil untuk dikembalikan dalam hidup kita apa yang telah kita lakukan?
Apa yang telah kita capai?

Ambil sehelai kertas dan kita sama sam tulis hari ini. Kita refleksi diri kita bersama sama. Asingkan diri sendiri secara bersendirian, tidak perlu lama hanya 10 minit sahaja. Kita tanya diri kita. 3 soalan ini.

  1. Apa berlaku 17 hari lepas dalam hidup kita?
  2. Apa yang telah kita capai dalam hidup kita?
  3. Apa yang kita mahu capai dalam tempoh 14 hari kehadapan ini?

Kita tanya diri kita. Jawapannya ikhlas untuk diri kita.

Ramai yang menjadi buntu, kaku dan bingung bila PKP dilaksanakan. Tidak kiralah yang di atas atau dibawah, yang B40,M40 atau T20. Yang bekerja atau yang meniaga. Semuanya rasa tersentap dengan apa yang berlaku. Semuanya teresan lagi lagi mereka yang tiada simpanan. Kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Terima kasih kepada yang masih membaca sehingga baris ini.

Dalam kehidupan ini kadang kadang kita leka, mungkin kehadiran covid-19 ini kita boleh ambil ibrah ( pengajaran) dan peluang mengenal pasti di mana kelompongan dalam kehidupan kita hari ini dan sebelum ini yang kita rasa sudah cukup.

6 dimensi dalam kehidupan yang kita perlu berikan penekanan dalam mencapai Kesejahteraan Hidup. Dengan memaksimakan setiap dimensi dan mengimbangi satu sama lain kita mampu menjadi bahagia. Secara hakiki kita memang tidak mampu mendapat 10/10 dalam kehidupan sebagai seorang manusia. Akan tetapi tambah tolak setiap bahagian akan menjadikan kita hampir sempurna dan bahagia.

โ€œ ๐—œ ๐—™๐—ผ๐—ฐ๐˜‚๐˜€ ๐—ข๐—ป ๐— ๐˜† ๐—–๐—ถ๐—ฟ๐—ฐ๐—น๐—ฒ ๐—ข๐—ณ ๐—–๐—ผ๐—ป๐˜๐—ฟ๐—ผ๐—นโ€

  1. ๐—™๐—ถ๐˜€๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—น

Hormati tubuh badan kita, sayangi anugerah yang Tuhan telah berikan kerana ianya tiada ganti. Kesihatan kita adalah Anugerah, Ia seperti Sebuah mahkota untuk diri kita dan hanya dapat dilihat oleh mereka yang sudah hilang akibat sakit.

Jaga tubuh badan dan anggotanya termasuk luar dalam dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Dapatkan makanan yang seimbang dan berkhasiat, lakukan senaman sekurang kurangnya 15-20 minit, 3 kali seminggu. Pekerjaan rumah atau berkemas memang keluarkan peluh tapi impaknya berbeza dengan senaman.

Elakkan pengambilan barang terlarang, ubatan tanpa saranan doktor atau jamu jamu yang tidak tahu sumbernya. Kurang dan elakkan merokok dan minum minuman keras atau dadah. Ia merosakkan badan kita pada jangka masa panjang.

Tempoh PKP ini memberikan kita peluang untuk melaksanakan rancangan tertangguh contohnya berpuasa, atau IF. Ia bagus untuk meingkatkan metabolisma dan pemikiran kita. Jangan lupa minum air yang secukupnya dan dapatkan sinaran matahari paling kurang 10 minit sehari bagi mengelakkan depressi.

  1. ๐—œ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—น๐—น๐—ฒ๐—ฐ๐˜๐˜‚๐—ฎ๐—น (๐—ธ๐—ฒ๐—ฐ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ณ๐—ถ๐—ธ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป)

Apa yang kita lakukan dan laksanakan adalah hasil interpertasi fikiran kita, yang di pengaruhi oleh daya kecerdasan fikiran kita. Kecerdasan kita di pengaruhi dengan apa yang kita lihat, dengar dan rasa. Ia berlaku secara sengaja atau tidak, lihat sahaja siapa di sekeliling kita dan apa yang kita lakukan sekarang itulah kita 5 tahun lagi.

Manfaatkan PKP ini dengan membaca, membaca buku buku yang boleh menambah pengetahuan dan ilmu terutama tentang pekerjaan kita sekarang. Selain kita lebih yakin, kita juga akan lebih mahir dalam lapangan sedia ada. Dengar Dan tonton podcat, video atau talk ilmiah ia juga membantu.

Banyak masa terluang semasa PKP ini, kita perbaiki cara kita berfikir, kita jadi orang yang berbeza dan bertambah baik apabila selesai PKP nanti. Manusia yang memberi positif dan manfaat kepada ramai orang.

  1. ๐—˜๐—บ๐—ผ๐˜€๐—ถ

Takut, itulah emosi yang menyelubungi kebanyakkan daripada kita apabila PKP di umumkan. Takat sakit, takut tidak cukup makan, takut hilang punca pendapatan, takut tiada duit, takut bisnes lingkup, takut hilang orang yang tersayang, takut dan takut.

Kita kena sedar yang PKP tetap berlaku dan kita pon tidak tahu bila kesudahannya. Ya TERIMA. Mahu tidak mahu kita kena TERIMA, terima yang semua orang terkesan dalam keadaan ini. Kena Sedar yang ia berlaku jangan sesekali kita menolak atau menarikan perasan Takut kita.

PKP juga mmeberikan peluang kita memahami perasaan sendiri dan orang yang tersayang. Adakah kita sama macam mula luka berkahwin dahulu atau perasaan cinta kian hambar. Adakah kita mula rindu pada ibu ayah bila terpisah atau biasa biasa sahaja. Kita boleh tanya diri kita.

Emosi ini Komplek, dipengaruhi oleh tahap fisikal ( kesihatan, hormon dalam badan) mental ( kecerdasan dan pengalaman) juga. Jadi kita kena Akur dan sedar dengan emosi dan perasaan kita sekarang ini. Lakukan perkara yang mampu membuatkan kita rasa bahagia dalam masa yang sama belajar untuk sabar dengan orang lain seperti mana orang lain boleh sabar dengan kita.

Elakkan menyalurkan emosi dengan kekerasan atau kata kata yang kesat. Cuba kawal dan salurkan tenaga kepada perkara yang baik dan bermanfaat contohnya aktiviti fizikal seperti mengemas rumah atau mandi dan beribadah.
Hubungi ahli keluarga dan kawan kawan untuk berbual, dengan cara ini kita dapat meredakan emosi yang terpendam.

Dapatkan bantuan pakar seperti ahli psycologi atau kaunselor di talian talian yang di sediakan oleh kerajaan untuk bimbingan yang sesuai. Dalami ilmu agama atau bermeditasi consciousnesses diri kita. Aktiviti avtivi fizikal senaman dan permainna juga mampu meransang hormon baik yang mempengaruhi emosi positif.

  1. ๐—ฆ๐—ฝ๐—ฟ๐—ถ๐˜๐˜‚๐—ฎ๐—น

Kita tanya diri kita hari ini, bagaimana dengan ibadah kita, hubungan kita dengan Tuhan adakah ia bertambah baik sepanjang tempoh PKP ini. Jika sebelum ini kita mengadu tiada masa untuk dhuha, solat tidak sempat berzikir dan berdoa serta tidak dapat bangun malam untuk bertahajjud atau tidak dapat ganti puasa kerana seharian penat bekerja?

Alhamdullilah, mungkin inilah masanya , dalam PKP ini kita boleh manfaatkan diri dengan mmebetulkan perhubungan dan pergantungan kita padaNYA yang kian lemah akibat leka dengan kerja seharian kita. Rancang perjalanan harian dengan mengkhususkan waktu tertentu untuk kita khaskan beribadah. Ini peluang kita membetulkan diri menjelang Ramadhan nanti.

Semoga dengan Tuhan memberikan ketenangan dan kesabaran kepqda kita semua dalam menghadapai cabaran wabak Covid19 ini. Amin.

  1. ๐—ž๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป

Sepanjang PKP ini banyak yang kita belajar tentang kewangan, kenapa, bagaimana dan apa keperluan merancang kewangan peribadi. Bukan hanya mereka yang kerja gaji hari saja terasa, malah mereka yang bergaji โ€œbesarโ€ juga merasa tempiasnya, berikutan pengurusan kewangan kecemasan yang di ambil sambil lewa sebelum ini.

Perkara utama dalam PKP ini adalah menguruskan sumber yang ada. Berapa baki wang yang kita ada dan bakal masuk. Kedua adalah merancang perbelanjaan harian, mingguan dan bulanan serta selepas PKP berakhir. Banyak pengecualian, penangguhan serta bantuan yang kerajaan sediakan melalui bank, syarikat kewangan dan perkhitmatan.

Inilah masanya kita memanfaatkan segala peluang yang ada untuk merancang dan menstruktur semula perancangan kewangan kita. Sama ada dalam perbelanjaan, mengenal pasti yang mana keperluan dan kehendak, ataupon pelaburan, yang mana aset dan yang mana liabiliti. Ambil masa belajar dan merujuk kepada pakar kewangan dan pengurus yang memang berkhitmat dalam industri kewangan atau di media sosial.

  1. ๐—ฆ๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น

PKP ini membuatkan kita memahami banyak perkara, bahawasanya kita hidup dalam masyarakat yang besar dan unik, bergantung satu sama lain secara terus atau tidak. Kunci utama dalam bersosial adalah menghormati prinsip dan maruah seseorang, selagi mana tidak bercanggah dengan nilai masyarakat dan agama.

Sosial ini diperngaruhi dan mempengaruhi banyak perkara termasuk 5 dimensi Kesejateraan diatas. Mereka yang sihat akan melahirkan masyarakat yang sihat. Individu yang hebat minda dan akalnya akan mempengaruhi orang lain menjadi lebih baik dan positif. Individu yang stabil emosi dan kuat spritualnya akan menyebarkan aura ketenangan dan berkasih sayang dalam masyarakat.

Begitu juga dalam aspek kewangan, bila semua orang cukup makan dan ekonomi bagus tiada ancaman sesama sendiri dalam masyarakat. Cukup sahaja kita lihat dan belajar dengan apa yang berlaku di media sosial apabila ada mereka saling menidakkan keperluan dan sokongan sesetengah golongan sosial dalam masyarakat. Golongan ini bangkit beramai ramai membantah dan menyerang golong tersebut.

Kita juga dapat belajar apabila ada golongan yang sanggup berhabis dan bersedekah kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira kaum, agama dan bangsa. Mereka menyumbang kepada frontliner yang bertunggus lumus mengadai nyawa berkhitmat untuk negara dan rakyat. Inilah dimensi sosial sejahtera apabila kita dapat membantu tanpa balasan.

Alhamdullilah, terima kasih kerana sudi membaca nukilan panjang ini sehingga akhir. Semoga kita dapat menjadi Insan Yang sejahtera apabila habisnya PKP Dan menjelang RAMADHAN ini. Sama sama kita , tingkatkan kesedaran diri sama ada fizikal dan mental, kuasai emosi personal, perkuatkan spritual diri, merancang kewangan lebih baik serta menjadi ahli sosial yang terbaik. amin

Aliff Shanusi
Kita mencari kesempurnaan dalam kesejahteraan.

Share
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *