Siapakah Ahli Waris Kita?

Siapakah ahli waris kita?

Sistem Faraid adalah sistem pengurusan harta yang telah di tentukan oleh Allah swt.

Hakikatnya kelebihan yang sebenar hanya di ketahui oleh Allah Swt yang yelah menentukan dan menetapkan hukum tersebut.

Faraid bertujuan memelihara harta yang di usahakan dan menguruskan penggantuannya kepada yang berhak dan layak untuk memilikinya.

Penggantian ini di sifatkan sebagai satu ketentuan yang ditetapkan dan pasti dan bukannya pilihan terhadap harta yang di tinggalkan.

” Sesungguhnya Allah SWT tidak mewajibkan zakat melainkan untuk menyucikan harta yang kamu miliki, dan mewajibkan pewarisan sebagai satu hak kepada ahli waris selepas (kematian) kamu.” [ Abu Dawud].

Waris daripada kalangan lelaki, yang layak menerima harta pusaka dalam faraid ada 15 orang kesemuanya. Susunan di bawah mengikut keutamaan yang layak menerima harta.

1. Anak Lelaki

2. Cucu Lelaki

3. Bapa

4. Atuk

5. Saudara Lelaki Seibu Sebapa

6. Saudara Lelaki Sebapa

7. Saudara Lelaki Seibu

8. Anak Lelaki kepada Saudara Lelaki Seibu Sebapa.

9. Anak Lelaki kepada saudara Lelaki Sebapa.

10. Saudara Lelaki Bapa ( seibu sebapa)

11. Saudara Lelaki Bapa (Sebapa)

12. Zauj ( pasangan)

13. Anak kepada Saudara Lelaki Bapa ( seibu sebapa)

14. Anak kepada saudara lelaki Bapa ( sebapa)

15. Tuan Kepada Hamba yang di merdeka.

Manakala untuk wanita pula ada 10 waris wanita yang layak menerima pusaka menurusi faraid dan senarai di bawah mengikut turutan, bermula dengan

1. Anak perempuan

2. Cucu Perempuan Daripada anak lelaki

3. Adik beradik perempuan seibu sebapa

4. Adik beradik perempuan sebapa

5. Adik beradik perempuan seibu

6. Ibu

7. Ibu kepada ibu (nenek sebelah ibu)

8. Ibu kepada ayah (Nenek sebelah ayah)

9. Pasangan

10. Puan kepada hamba yang dibebaskan.

Ilmu faraid merangkumi perintah perintah Allah di dalam Alquran dan berkaitan dengan prinsip prinsip yang di ambil daripada Alhadis, ijmak dalam proses pembahagian hak kepada yang layak.

Perlukah mempelajari ilmu faraid?

Marhum hadis,

” Belajarlah ilmu faraid dan ajarkanlah kepada manusia. Sesungguhnya ia merupakan sebahagian ilmu dan ianya akan dilupakan serta ilmu yang pertama yang akan diangkat daripada Ummatku” [Ibnu Mฤjah].

Semoga kita dapat menambah sedikit ilmu dan menguraikan ketidak fahaman kita tentang ilmu dan pembahagian faraid.

Aliff shanusi | Perunding Harta Dan Pusaka Islam.

Share
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

2 thoughts on “Siapakah Ahli Waris Kita?

  1. Maaf bertanya, bagaimana pula sekiranya anak kandung lelaki si mati belum cukup umur atau capai usia baligh? Adakah masih layak diberikan keutamaan untuk faraid juga?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *