Takaful: Apa kita Perlu Tahu?

Takaful adalah salah suatu instrumen dibawah PERLINDUNGAN RISIKO dalam perancangan kewangan. Serupa dengan Insuran, takaful adalah medium untuk mengalihkan dan menanggung risiko cumanya rangka dan pelaksanaanya sedikir berbeza serta berdasarkan konsep syariah.

KONSEP & PENGERTIAN.

Takaful ︱ persetujuan diantara para peserta peserta takaful yang menyumbang ke dalam suatu dana yang akan memberi manfaat kewangan. Manfaat ini akan dibayar kepada peserta-peserta Takaful atau kepada waris mereka sekiranya berlaku perkara-perkara yang telah dipersetujui ( kontrak) terdahulu atas dasar prinsip ta`awun, iaitu jamin menjamin dan saling tolong menolong serta berkongsi risiko.

Perkataan Takaful berasal dari perkataan Arab Kafala yang bermaksud untuk menjamin, untuk membantu atau untuk menjaga keperluan sesama insan. Setiap peserta yang dilindungi menyumbang atas dasar Tabarru` (sumbangan/sedekah) ke dalam dana yang akan digunakan untuk membantu semasa diperlukan.

Rangka Takaful di bina berdasarkan Prinsip Maqasid Syariah, yang mana bebas daripada unsur RIBA, MAISIR & GHARAR yang terdapat dalam produk insuran konvesional.

BEZA TAKAFUL & INSURAN KONVESIONAL.

Terdapat beberapa perbezaan yang jelas di antara sistem operasi takaful dan insuran konvesional. Contohnya, Dana hasil sumbangan peserta di uruskan oleh syarikat takaful dan bukan menjadi milik syarikat, risiko dikongsi bersama sesam ahli peserta.

Berbanding Insurans , bayaran menjadi milik syarikat, dan syarikat yang menjadi penangung risiko kepada pelanggan mereka. Perbezaan secara ringkasnya seperti jadual di bawah.

Jadual Perbezaan Takaful & Insuran Konvesional.
  1. RIBA

Riba menurut bahasa bererti ‘tambahan’.

Maksud riba secara ringkas adalah sebarang tambahan antara nilai barang yang diberikan dengan nilai barang yang diterima.

Riba boleh terjadi apabila berlaku tambahan dalam kuantiti semasa pertukaran barangan ribawi (iaitu emas, perak, gandum, barli, kurma dan garam). Riba juga berlaku apabila wujudnya tambahan atas jumlah pokok hutang akibat penangguhan tempoh, sama ada penambahan itu dijanjikan oleh peminjam atau ditetapkan oleh pemberi pinjam ketika memeterai kontrak atau apabila berlakunya pelanggaran kontrak.

Pada dasarnya, Islam tidak membenarkan sebarang transaksi yang melibatkan riba, sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Baqarah ayat 276: “Allah telah menghalalkan berjual beli dan mengharamkan riba.”

2. GHARAR

Gharar merujuk kepada elemen ketidakpastian di dalam sesuatu kontrak yang menyebabkan ianya kabur dan tidak pasti.

Gharar berlaku di dalam sesuatu transaksi apabila terdapatnya ketidakpastian atau kurangnya maklumat tentang keadaan barang ataupun objek sehingga menyebabkan keraguan pada kewujudan barang, kuantiti dan juga harga. Ia turut berkait dengan masa penyerahan barang terutamanya ketika wang sudah dibayar tetapi masa untuk diserahkan barang tidak diketahui.

Contoh klasik berkaitan gharar ialah seperti membeli atau memajak buah yang masih dalam bentuk bunga atau putik, kerana kewujudan buah itu masih belum dapat dipastikan.

3. MAISIR

Gharar dan maisir (perjudian) mempunyai kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur judi turut ada.

Maisir menurut bahasa bermaksud memperoleh sesuatu dengan sangat mudah tanpa kerja keras atau mendapat keuntungan tanpa bekerja.

Menurut istilah, maisir merujuk kepada suatu transaksi yang dilakukan oleh dua pihak untuk pemilikan suatu benda yang menguntungkan satu pihak dan merugikan pihak lain dengan cara mengaitkan transaksi tersebut dengan suatu tindakan atau kejadian tertentu.

Islam melarang semua bentuk urusniaga di mana keuntungan kewangan diperolehi hanya berdasarkan nasib dan bukannya dengan usaha gigih untuk mendapatkannya.

JENIS JENIS TAKAFUL.

Secara asasnya produk takaful terbahagi kepada 2 bahagian sama seperti Insurans, iaitu TAKAFUL KELUARGA dan TAKAFUL AM ( General).

TAKAFUL KELUARGA.
Asasnya Takaful Keluarga ini gabungan perlindungan dan simpanan jangka masa panjang yang mempunyai tempoh perlindungan melebihi 1 tahun.

  • Takaful Hayat.
  • Takaful Kesihatan & Perubatan.
    • Kad Perubatan.
    • Pampasan Sakit Kritikal.
  • Takaful Kemalangan.
  • Takaful Anuiti Persaraan.
  • Takaful Pendidikan.
  • Takaful link ( Produk pelaburan)

TAKAFUL AM ( General)
Perlindungan suatu jangka pendek seperti kehilangan atau kerosakan harta atau barangan peribadi.

  • Takaful Terma (Term/bertempoh)
  • Takaful Motor (kenderaan)
  • Kebakaran, Hutang (MRTT/TA), Empunya/isi rumah
  • Porjek, alatan, Mesin Dll.

BILA SESUAI UNTUK BERMULA?

Setiap orang mempunyai jalur masa yang sesuai untuk bermula memiliki takaful dan produk takaful yang sesuai. Sebagai contoh :

1. Mula Bekerja.
2. Baru Berkahwin.
3. Melahirkan Bayi Baharu
4. Membeli Rumah Baharu.
5. Komitment Bertambah.
6. Mulakan Hutang Baharu.
7. Merancang Masa Depan ( pendidikan anak, Bersara)

FAKTOR YANG PERLU DI AMBIL TAHU SEBELUM MENCARUM SESEBUAH TAKAFUL.

  • Jenis- jenis sijil dan pelan yang dijual.
  • Manfaat dan risiko yang dilindungi.
  • Terma dan syarat termasuklah keadaan pra-syarat dan pengecualian dalam sijil am atau khas.
  • Jumlah caruman yang setuju untuk di sumbang.
  • Jenis risiko dan tempoh dilindungi.
  • Keadaan dan cara yang membolehkan tuntutan dibuat.

Siapa Yang LAYAK mengambil Takaful?

Berdasarkan kontek syarikat takaful yang di amalkan di Malaysia dan tertakluk kepada BANK NEGARA dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia ada beberapa syarat yang di tetapkan.

  1. Warganegara dan Bukan Warganegara ( Penduduk Tetap,Bermastautin, Bekerja)
  2. Berumur 18 tahun dan keatas untuk memiliki sijil dan jika dia bawah 18 tahun ke bawah perlu disertakan bersama Pemilik sijil dan hanya sebagai penerima manfaat.
  3. Bebas daripada Bankrup dan pengecualian mahkahmah.
Share
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *