Takaful PEMBOHONG??

Pelanggan Tak declare sakit, Company still cover?

Baru baru ini berlaku tular di media sosial berkaitan seorang pelanggan syarikat takaful yang menyatakan tuntutan beliau ditolak buat kali ke 2 dan menyelar pihak syarikat takaful dan perunding syarikat berikut. Pelaq katanya.

Kes beliau sudah selesai secara baik apabila pihak pengurusan berjumpa dan menjalankan siasatan kepada semua rekod perubatan dan kesihatan beliau. Polisi beliau di tutup dan semua duit belaiu di kembalikan 100% beserta komisyen perunding juga ditarik balik. Adil kan?

Pernah cikAliff mengalami situasi sebegini dengan pelanggan?

Alhamdulillah memang pernah ada 5 kes setakat ini yang cik aliff hadap sepanjang berkerjaya sebagai Perunding takaful ini.

Kes 1: berkaitan dengan sakit dalam perut.

Sepuluh hari sebelum beliau signup takaful beliau baru selesai di rawat di sebuah hospital pakar. Selepas 1 tahun penyakit yang sama datang semula. Oleh kerana beliau tidak declare dan penyakit itu agak serius. Syarikat mengambil keputusan untuk menutup polisi beliau dan pulangkan semua duitnya semula.

Kes 2 : sama juga sakit perut.

Tapi kali ini lulus dan cover kerana sakit perut sebelum ini tiada kena mengena dengan yang berlaku sekarang . Sakit kini di sebabkan keracunan makanan.

Kes 3 : berkaitan dengan pneomonia.

Pelanggan pernah melanggan kad perubatan syarikat lain, akibat tidak perasan tarikh luput untuk di renewal syarikat telah membatalkan kad kesihatan beliau dan beliau ambil keputusan untuk ambil bersama CikAliff.

Setelah setahun lebih, beliau di serang pneomonia dan di warded kan. GL decline kerana syarikat dapat detact yang beliau pernah di serang dahulu.

Apa yang berlaku syarikat menjalankan siasatan kepada semua rekod perubatan beliau dan akhirnya cover dengan beberapa syarat baru yang di kenakan. Alhamdulillah settle.

Kes 4: baru selesai hari ini, sama berkaitan seperti kes 3. Syarikat memberikan syarat baharu dan pertambahan caruman. Tiada pengecualian dibuat.

Kes 5: berkaitan kanser perut. Ini masih lagi cikAliff uruskan.

3 kemungkinan yang berlaku sekiranya syarikat dapat detect yang kita sudah sakit ini dan tak declare.

1. Tutup policy dan pulang duit.

2. Teruskan poliai tapi kena naikkan caruman (loading)

3. Pengecualian ( not cover) dan kenaikkan caruman.

Jika kita tidak berpuas hati dengan keputusan syarikat takaful. Bolehlah merujuk kepada biro aduan BNM untuk tindakan lanjut.

Adakah anda belajar sesuatu?

Bermanfaat, mohon sharekan.

Aliff Shanusi

Unit Manager Prubsn Takaful.

Share
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *