Takaful pendidikan vs Simpanan Pendidikan

Secara asasnya, persoalan yang perlu di tanya adalah tujuan kita buat simpanan pendidikan ini.
.
Dan pasti jawapannya adalah bertujuan menyediakan dana pendidikan kepada anak anak kelak di masa hadapan. Setuju?
.
Penyediaan dana yang awal boleh mengelakkan daripada kita terpaksa berhutang atau mengadaikan/ pajak aset kita bagi membolehkan anak anak menyambung pendidikan.
.
Atau anak anak terpaksa membuat pinjaman pendidikan untuk mendapatkan biaya.
.
Kita punya banyak pilihan tempat untuk membuat Simpanan pendidikan antaranya seperti di Bank, unit trust, tabung haji, sspn dan macam macam lagi termasuklah membeli barang kemas atau emas. Masing masing punya kelebihan tertentu. Apa yamg penting kita tahu tujuan asas penyimpanan.
.
Kepana Takaful pendidikan?
.
Tujuan wujudnya takaful adalah melindungi impian para ibu bapa dalam memastikan anak anak mereka mendapat pembelajaran yang terbaik di masa hadapan.
.
Yang menarik tentang takaful pendidikan adalah bukan sekadar nilai tunai (cash value) yang terkumpul semasa sijil matang.
.
Akan tetapi manfaat jaminan kepada simpanan itu sendiri sekiranya penyimpan tidak lagi mampu menyimpan di sebabkan 3 perkara:

1. Hilang upaya menyeluruh.
2. Hilang upaya dan sakit kritikal.
3. Meninggal dunia

.

Sijil takaful akan di tanggung* sepenuhnya oleh prubsn pada caruman semasa sehingga umur anak tadi berusia 25 tahun.
.
Tambahan lagi sijil takaful juga boleh di sertakan dengan manfaat manfaat ( rider) lain contohnya MedicalCard , kemalangan peribadi, atau Takaful saver.
.
Gabungan sijil takaful pendidikan beserta manfaat takaful saver akan memberikan nilai tunai yang lebih tinggi kepada sijil semasa matang.
.
Sebagai contoh :

Ali mencarum pelan Takaful Pendidikan Rm 50 sebulan untuk anak lelaki beliau yang berumur 1 tahun.
.
Bagi melengkapkan sijil ini, beliau menambah takaful saver sebanyak Rm 50 setiap bulan. Jumlah sumbangan beliau adalah Rm 100.
.
Selepas 1 tahun menyimpan Ali mengalami serangan jantung dan terpaksa menjalani pembedahan.
.
Alhamdulillah pembedahan berjaya.
Penyakit jantung yang di hidap ali tergolong dalam 32 jenis sakit kritikal.
.
Apa yang berlaku sekarang adalah, ali tidak perlu lagi mencarum secara bulanan untuk anak beliau , kerana takaful sudah mengambil alih tugas beliau.
.
Dan pastikan simpanan pada waktu matang serta impian menyambung pendidikan anak beliau nanti terlaksana. Insya Allah.
.
Untuk penjelasan yang lebih terperinci bolehlah berhubung dengan perumding kami untuk pertanyaan. Anda semua juga boleh hubungi cikAliff di 017.269.2077.
.
Semoga artikel ini dapat memberikan sedikit maklumat asas berkaitan simpanan dan takaful pendidikan.
.

AliffShanusi
Perunding Takaful sepenuh masa.

#Brotakaful

Share
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *